Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Showing posts with label Ini Kisah Saya. Show all posts
Showing posts with label Ini Kisah Saya. Show all posts

Monday, June 4, 2012

Saya Cintakan Awak Tapi Akan Berkahwin Dengan Dia

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihi



Sudah sekian lama saya telah memendamkan perasaan terhadap awak dengan harapan bahawa kita berdua dapat bersama.Malah,saya sudah terlupa sejak bila saya mula menaruh cinta kepada awak.Masa berlalu dengan begitu pantas.

Suasana di sekeliling membuatkan cinta saya kepada awak semakin bertambah.Saya mula memasang harapan untuk menyunting awak menjadi teman hidup saya.Dan,saya tidak hanya memasang angan-angan kosong.Saya berusaha untuk menjadikan impian itu menjadi realiti.

Namun,lama-kelamaan saya menjadi semakin lalai dan usaha untuk mencapai impian manis itu mula terbengkalai.Tetapi,cinta saya kepada awak tidak pernah berubah.Tidak pernah pun tergerak hati saya untuk mencari yang lain.Aneh,kata cinta tetapi tidak berusaha demi cinta itu.Begitulah saya.



Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadamu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padamu


Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaimu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta



Akhirnya,ujian paling getir cinta kita melanda.Walaupun di saat-saat akhir namun saya tetap gagahkan harapan dan cuba menghidupkan cinta kita yang kian pudar itu.

Alhamdulillah,dengan izin Allah SWT saya ditunjukkan jalan oleh-Nya untuk kita bersatu.Alangkah gembiranya hati saya ketika itu.Diselang seli dengan perasaan gementar dan ragu-ragu kerana kurang meyakini akan kemampuan saya untuk berpegang teguh kepada cinta kita.

Tetapi,apakan daya.Takdir Allah jua yang menentukan.Sesungguhnya hanya kuasa Allah sahaja yang mengatasi segala-galanya.Manusia hanya mampu merancang,Allah yang menentukan.

Berpunca dari kesilapan saya,cinta kita terkubur buat selama-lamanya.Pantas.Sangat pantas.Semuanya berlaku dengan begitu pantas.Saya tidak mampu berbuat apa-apa.Walaupun saya mempunyai pilihan untuk meneruskan cinta kita,tetapi demi masa depan saya,saya terpaksa melupakan segala janji-janji manis yang telah kita impikan bersama.

Dia,muncul secara tiba-tiba.Meninggalkan saya tanpa banyak pilihan.Selain menerima dia dalam hidup saya.Ahh,hati mana yang tidak perit dan sedih apabila terpaksa melupakan kekasih yang dicintai dengan sepenuh hati sejak bertahun-tahun lamanya.

Saya mula mengenali dia secara perlahan-lahan.Saya akui,agak sukar pada mulanya untuk mencintai dia kerana tidak pernah pun terdetik dalam hati saya selama ini untuk mengenali dia,apatah lagi ingin bersama!

Tetapi,sekali lagi kuasa Allah mengatasi segala-galanya.Hati yang kering ini mula subur dengan cinta kepada dia.Hari demi hari,saya semakin menyukai dia.Dan berasa semakin selesa bersama dia.Banyak masa kami luangkan bersama.Pagi,petang,siang dan malam.Cinta baru mula mekar di hati saya.Tapi,saya tidak pernah melupakan awak!

Kadang-kadang,teringat juga diri ini akan kisah cinta dahulu bersama awak.Berlinangan juga air mata ini tatkala mengenangkan hasrat yang tidak kesampaian.Impian untuk bersama tidak mampu menjadi kenyataan.

Saya cuba untuk melangkah ke hadapan dan tidak menoleh ke belakang lagi.Tapi,perasaan cinta terhalang itu sangat sukar untuk dilupakan.Sekali sekala saya bercerita dan berkongsi kisah itu bersama teman-teman dan sahabat-sahabat saya dengan harapan untuk mengurangkan sedikit perasaan sedih itu.

Saya sedar bahawa saya tidak boleh membiarkan diri saya terperangkap dengan kisah-kisah silam itu.Saya mesti terus bergerak ke hadapan.

Saya sudah mempunyai dia untuk saya menumpukan cinta saya.Benarlah kata-kata Iman Muda Asyraf,walaupun ada sedikit perbezaan,

Menikahi seseorang yang kita cintai itu satu kemestian,
Mencintai seseorang yang kita nikahi itu satu kewajipan.

Memang,saya sedar bahawa saya tidak mampu untuk menjamin kebahagiaan saya bersama dia.Adakah jodoh kami akan berkekalan dan sebagainya.Namun,tidak dapat tidak,saya mesti berusaha mencari kebahagiaan itu.

Dan,Alhamdulillah.Setelah mendapat restu daripada kedua ibu bapa saya serta pendapat-pendapat mereka yang rapat dengan saya,saya telah pun melamar dia beberapa bulan yang lepas.Sekarang saya masih menunggu jawapan dari dia.Mudah-mudahan segala urusan berjalan lancar.Aminn. 

Dengan ini saya mengumumkan secara rasminya bahawa saya telah pun berpisah dengan awak,Miss Medic dan akan berkahwin,jika diizinkan Allah SWT,dengan dia,Cik Undang-undang juga dikenali sebagai Miss Law.Semoga jodoh kami berpanjangan dan diberkati oleh Allah SWT.Insya-Allah.

Sunday, May 13, 2012

Wajah Baru Yang Tidak Bernama

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum semuanya.Rasanya sudah agak lama saya tidak menulis apa-apa di ruangan ini kerana tahap kemalasan saya yang tiba-tiba memuncak sejak kebelakangan ini.Mungkin kerana faktor penurunan graf iman saya.

Haa,entri kali ini adalah untuk memberitahu semua pembaca bahawa Yang Tidak Bernama telah bertukar wajahnya.Dari yang gelap dan suram kepada putih dan suci.Harap semua pembaca berasa selesa untuk terus mengunjungi Yang Tidak Bernama ini.



Wassalam.

Friday, March 2, 2012

Reprogramming Myself

Dengan nama Allah 
yang maha pemurah 
lagi maha mengasihani

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya.Alhamdulillah,pada hari ini,tanggal 2 Mac 2012 saya telah berjaya menghabiskan kuliah saya sebagai pelajar Asasi Undang-Undang.Segala suka dan duka,kenangan bersama rakan-rakan di sini akan saya sentiasa sematkan di hati saya.Sememangnya,pengalaman di sini merupakan antara yang terindah yang Allah SWT telah kurniakan kepada saya.Alhamdulillah sekali lagi.Jangan risau,Insya-Allah akan ada satu entri khas berkenaan kelas saya,LWA02F dan mengenai rakan-rakan satu bilik saya.

Baiklah,kita lupakan seketika perasaan sedih nak berpisah tidak lama lagi.Oleh sebab kuliah sudah tamat maka kami sekarang berada di minggu mengulang kaji.Mungkin ada yang balik ke rumah masing-masing dan ada juga yang tinggal di kolej memandangkan minggu ini boleh dikatakan kami sudah bebas.Tidak perlu datang ke kelas lagi.Peperiksaan akhir akan bermula pada 16 hb Mac ini.Jadi,minggu mengulangkaji ini amatlah penting untuk menyemak balik apa topik-topik dan tajuk-tajuk yang kurang difahami.

Bagi saya,minggu mengulang kaji ini amatlah penting untuk saya mengatur kembali perencanaan hidup saya yangsudah semakin terumbang-ambing.Agak ketara perubahan yang berlaku kepada diri saya yang saya boleh lihat sendiri baik dari segi dalaman ataupun luaran.Entahlah jika mereka yang berada di sekeliling saya ini pun perasan akan perubahan saya.Saya membuat keputusan untuk balik ke rumah saya di Kelantan kerana saya rasakan saya perlu 'lari' sekejap dari segala masalah sekarang.Mungkin hanya untuk tenangkan diri.Kerana saya perlu mengenalpasti apakah yang perlu saya lakukan untuk memastikan segala target dan impian dapat dicapai.Insya-Allah.



Memang saya betul-betul berharap saya dapat menggunakan masa yang ada ini untuk kembali muhasabah diri saya,membetulkan diri saya serta menambahkan lagi ilmu yang cetek di dada ini.Saya sedar bahawa berat tanggungjawab yang saya akan pikul sebagai seorang Muslim.Maka,saya rasakan bahawa saya perlu lebih bersedia dan berwaspasa.Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan saya di dunia dan akhirat.Amiinn...


Tuesday, February 28, 2012

Kalau Tak Dipecahkan Ruyung,Masakan Dapat Sagunya.

Assalamualaikum semua.Kalau anda perasan,agak lama saya tidak kongsikan apa-apa yang berfaedah di sini.Memang,saya sekarang boleh dikatakan berada dalam keadaan yang agak teruk.Tidak perlu untuk saya ceritakan rasanya bagaimana teruk itu.Jadi kali ini saya tidak mahu menulis banyak.Cukuplah gambar-gambar ini untuk menjelaskan bagaimana keadaan saya sekarang.






"Ya Allah,permudahkanlah urusan aku di dunia dan akhirat."

"Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati,tetapkanlah hati ini sentiasa teguh di jalan agama-Mu"





Friday, December 23, 2011

Erti Sebuah Pertemuan

Assalamualaikum semua...Alhamdulillah ,saya rasa sangat bersyukur pada hari ini kerana dapat juga untuk bertemu dengan abang usrah saya di UiTM iaitu abang Khairul Anwar.Sudah agak lama kami tidak bertemu dan mengadakan usrah bersama 2 orang lagi rakan usrah saya iaitu Azri Arief dan Rais.Saya sebenarnya yang mahu bertemu dengan abang Nuar ni sebab rasa rindu pulak kat dia.Haha.Jadi,kami ada sedikit berbincang beberapa perkara dalam pertemuan singkat tadi kerana abang Nuar agak sibuk memandangkan musim peperiksaan semakin hampir.

Perlukah Kita Cakna Tentang Politik?

Abang Nuar bertanya kepada saya mengenai isu-isu politik semasa dan saya gagal menjawab kerana saya kurang minat mengenai politik.Abang Nuar kemudian menerangkan kepada saya bagaimana untuk menanam minat terhadap politik.Mungkin jika ditanya kepada orang ramai,ramai yang tidak berminat untuk berceritakan mengenai politik dengan alasan politik di Malaysia adalah politik kotor.Sebenarnya,politik itu tidak kotor.Namun,kita sebagai manusia yang mengotorkannya.Itu yang terlebih dahulu patut kita faham.

Dunia yang kita huni sekarang ini sebenarnya merupakan alat untuk kita sama ada mahu ke syurga atau ke neraka.Politik juga begitu.Politik boleh menjadi satu jalan untuk kita ke syurga namun boleh juga membawa kita ke neraka.Adakah cukup sekadar kita hanya membaca surat khabar,membaca blog-blog dan sebagainya?Adakah cukup sekadar kita bercakap-cakap kosong mengenai politik namun tidak mengambil sebarang tindakan?Abang Nuar memberikan satu analogi yang cukup mudah mengenai persoalan-persoalan ini.

Analogi Mudah

Dalam satu perlawanan bola sepak terdapat dua pasukan yang akan bertarung di antara satu sama lain untuk memenangi perlawanan itu.Dalam perlawanan itu,terdapat pemain-pemain yang berada di atas padang dan terdapat penyokong-penyokong yang memberikan sokonganSebagai contoh,kita ambil pasukan Barcelona menentang Real Madrid.Barcelona menggunakan strategi 4-3-3 manakala Real Madrid menggunakan strategi 4-4-2.Kedua-duanya menggunakan strategi yang berbeza untuk memenangi perlawanan tersebut.Tiada masalah tentang itu.Namun,Barcelona memberikan rasuah kepada pengadil dan Real Madrid pula bermain dengan kasar dengan niat untuk mencederakan pemain lain.Kita boleh lihat di sini bahawa kedua-dua pasukan menggunakan cara yang salah untuk memenangi perlawanan tersebut.Jika kita faham,siapakah pemain-pemain itu dalam konteks dunia politik kita?Sudah tentulah parti-parti politik sekarang ini iaitu PAS,UMNO,MCA dan sebagainya.

Menjawab persoalan di atas,jika kita sebagai penyokong yang menonton perlawanan bola sepak di antara Barcelona dan Real Madrid sebentar tadi,adakah kita mampu menjamin pasukan pilihan kita akan memenangi perlawanan tersebut?Katakanlah seramai 100,000 penyokong membanjiri stadium,namun adakah 100,000 orang ini mampu menjamin bahawa pasukan mereka akan menang seperti yang terjadi ketika perlawanan akhir Sukan SEA antara Indonesia menentang Malaysia.Jadi,apa yang perlu kita buat untuk memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan kita?Jawapannya mudah.Kita sendiri yang perlu menjadi pemain.Apa bila kita yang menajdi pemain,barulah kita boleh faham apa yang berlaku sebenarnya di sebalik sesebuah pasukan itu.Barulah kita boleh berusaha bersungguh-sungguh untuk menang.

Apa yang saya mahu katakan ialah kita tidak perlu lari dari politik ini.Tidak perlu takut sebenarnya.Kerana,kita yang perlu dan bertanggungjawab untuk memilih kepimpinan kita.Kalau saya sebab saya belum cukup umur untuk mengundi lagi,maka tanggungjawab tu belum ada.Dan,mengundi itu sebenarnya satu amanah kepada kita dalam memilih gerakan yang dilihat bersungguh-sungguh untuk menegakkan Islam di negara kita ini.Politik ini hanyalah salah satu jalan untuk menegakkan Islam,bukannya sebagai tujuan utama. 

Bagus Ke Kalau Kahwin Muda Ni?


Saya tanya kepada abang Nuar adakah dia sudah mempunyai calon isteri kerana umur dia sudah mencecah 25 pada hari ini.Saya pun baru tahu.Haha.Saya tanya pendapat dia tentang bernikah dalam usia yang muda sebab saya ni selalu berangan-angan nak kawin awal.Hehe.

Jawab abang Nuar,katanya tak salah jika mahu bernikah dalam usia yang muda namun tanggungjawab sebagai seorang suami tu sangat berbeza.Perkara ini memerlukan pengalaman kerana pengalamanlah yang mengajar kita erti kehidupan.Jika nak dikira,semalam juga merupakan pengalaman namun adakah cukup untuk mengajar kita?Sudah tentu bagi mereka yang seusia saya,pengalaman selama 18 tahun masih belum cukup untuk membuat kita lebih matang,Masih banyak lagi yang perlu kita tempuhi dan pelajari dalam kehidupan ini.

Tetapi,jika mahu juga bernikah awal,seeloknya carilah seorang pasangan yang mampu memahami apa yang kita perjuangkan,seorang yang sentiasa menyokong kita dalam setiap perkara kebaikan.Kata-kata abang Nuar itu membuatkan saya sedar bahawa tidak ada gunanya saya risau dalam soal nikah awal-awal kerana jodoh kita sudah ditentukan oleh Allah SWT,hanya masa yang menentukan.Kalau awal,awallah.Kalau lambat,lambatlah jawabnya.Tetapi,tidak dinafikan bagus jika bernikah dalam usia yang muda ni sebab boleh menjaga kita dari melakukan zina dan sebagainya.

Cuma,bagi diri saya,saya merasakan saya masih belum cukup bersedia dan matang dalam perkara ini.Calon ada atau tak itu hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui.Masih banyak perkara yang perlu saya baiki sebab pernikahan ini sememangnya bukan sesuatu yang main-main.

Itulah beberapa perkara yang saya bincangkan dengan abang Nuar tadi.Sedikit sebanyak menambahkan ilmu saya serta banyak pengajaran yang boleh saya ambil.Mengenai politik tu,saya rasakan perlu untuk saya kongsikan kerana kita semua perlu faham apa yang dimaksudkan dengan politik itu.Soal nikah dalam usia muda tu pulak,err...terpulang kepada pandangan masing-masing kerana kita semua berbeza.

Semoga kita mendapat kemenangan di dunia dan akhirat.Wallahu'alam.

Wednesday, December 21, 2011

11 Soalan:Antara Kebenaran dan Penipuan

Assalamualaikum semuanya...Dah lama rasanya saya tidak menulis sendiri.Sejak dua menjak ni,saya selalu copy and paste sahaja untuk perkongsian kita bersama.Namun,entri kali ini hanyalah sekadar untuk memenuhi permintaan sahabat baik saya,Naim yang telah 'tag' saya dalam blog ni untuk menjawab 11 soalan yang dirangka untuk dia sendiri.Naim ni memang saje je budak ni,suka betul main-main..Haha.Jadi,saya ikut je la ye ape permainan dia..Untuk suka-suka. ^_^


Ini Merupakan Peraturan-Peraturannya
You must post these rules
Each person must post 11 things about themselves in their journal
Answer the question that tagged set for you in their post and 
Create 11 new question for pther people.
You must tag 11 people and link them in the post
Tell them that you have tagged them
No tagging back
No stuff in the tagging session about


11 Perkara Tentang Diri Saya

Nama penuh saya Mohamad Nasruddin bin Ab Rahman
Saya dilahirkan dan berasal dari Kelantan
Keluarga saya terdiri daripada 7 orang adik beradik dan saya yang keempat
Dilahirkan pada 4 Ogos 1993.
Liverpool FC merupakan pasukan yang saya minati.
Bermain futsal menjadi 'passion' dalam hidup saya.
Saya biasanya tidak gemar mencuba sesuatu yang baru.Biasanya...
Saya bukan seorang vegetarian,langsung tidak ! Hehe
Sekarang sedang mengambil kursus pra Undang-undang di UiTM.
Bersekolah menengah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
Selalu berangan-angan untuk berkahwin awal..Hehe.

Okay,sekarang masa untuk menjawab soalan-soalan sengal daripada si Naim ni. ^_^

Lelaki pendek x sesuai buat pakwe?Setuju?Hahaha

Hmm... dalam kamus hidup saya,takde pun perkataan pakwe ataupun makwe.hehe.


Lelaki merokok tuu cool ke?


Bagi saya la,nak cool tak semestinya perlu merokok.Merokok bermaksud kita tidak amanah dalam menjaga badan yang kita pinjam dari Allah SWT.Tak cool la jawapannya.hehe


Pandai masak x?Masak ape je?


Masak ye?Saya kat rumah selalu masak megi je,tak pun masak air.Dengan buat burger untuk adik-adik.


Kalau Sabtu Ahad selalu bangun pagi pukul bape?


haha..Ni soalan susah ni.Naim ni tahu-tahu je saya selalu bangun lambat.Memang kalo weekend,kami satu bilik susah nak bangun awal sebab malam tu tido lambat.Haha.


Sebulan berapa kali topup?hehe


Saya kalo bab2 fon jarang guna sebab takde orang pun nak dimesej or call kecuali ibunda tercinta la.Rasanya,3 kali sebulan kot...


Kalau suka kat someone,ape korang buat?ngee~


Kalau suka,masuk je la meminang..Kan senang?hehe..


Cita2 masa depan?


Mahu jadi seorang yang memperjuangkan Islam sampai ke akhirnya...Insya-Allah..


Kalau kena marah,ape korang buat?


Kalo kena marah,biasanya saya cuba cool dulu,chill,chill..cari sebab kenapa orang tu marah.Kalau saya,yg silap,mintak maaf la.Kalau sebaliknya,biar je la..Huhu.


Kejayaan paling bermakna dalam hidup?


Setakat ni,belum ada....


Kenangan paling sedih?


Saya pernah membuatkan ummi saya menangis.. :(


What do you think about me?Im only an ordinary guy :)


Ahh Naim ni..mengada-ngada plak nak suh komen pasal dia.Haha..Sebagai sahabat saya,saya memang anggap dia seorang sahabat yg baik,selalu memberi nasihat serta ilmu yg banyak antara kami dalam bilik.Kepada wanita-wanita di luar sana,dia seorang calon suami yang soleh.Kalo nak,boleh contact saya..Hee :)


Sebenarnya saya perlu ikut rules no 4 hingga 6 tu tapi saya ni bukannya jenis yang rajin nak buat semua tu so setakat jawab soalan je la.Hehe.Sori Naim...Wallahu'alam... ^_^



Monday, December 12, 2011

Aku,Mereka Dan Pemandu Teksi:Part 2

Sambungan dari kisah lepas...Kepada yang ketinggalan yang Part 1,sila Klik Sini.

Maka,bergeraklah teksi tersebut sambil kami berempat meneruskan perbincangan kami.Bermacam-macam sindiran dan kritikan yang kami lemparkan lebih-lebih lagi si Naim yang sememangnya lebih mengetahui berbanding kami.

Kritikan bermula mengenai Shahrizat...
"katanya "Allah bersama kita!!" diulang 3x...tapi alamakkk...nampak jambul la makcik...jgn kata Allah,malaikat maut pun jeling kat u tau....haha!!


Apa lagi,terbahak-bahak la kami dalam teksi tu...Kami teruskan lagi...

Tengok Pemuda2 skang,PAS yang lagi menonjol sebab Pemuda PAS diberi peluang untuk memimpin.Tapi UMNO tak nmpak ape-ape pun sebab semua org yang lame-lame tu gile kuasa sampai Ketua Belia pun umur 40..mmg tak naik-naik la UMNO... 


Kami bertiga mengangguk tanda setuju.Selain itu,kami ada juga bercakap pasal Najib dan perkembangan politik semasa.Sekali sekala,saya toleh juga pakcik teksi tersebut kalau-kalau dia memberikan isyarat setuju dengan kami(saya berada sebelah dia).Namun,dia tiada reaksi.Kami pun apa lagi,teruskan saja mesyuarat dalam teksi.Sampailah ketika Naim meluahkan ayat ini...

Najib tu kan,kalo si Rosmah tu pakai tudung,mesti lagi ramai yang respect die...Bini sendiri pun tak reti nak jaga,camne nak jaga rakyat? 


Tiba-tiba,pakcik teksi tersebut menoleh ke belakang dengan muka yang merah...


Kau cakap ape tadi?!Kau cakap ape tadi?!Kau bangsa apa?!Melayu kan?!Kau reti mengucap tak?!


Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Naim.Naim menjawab,"ye saya bangsa Melayu pakcik."

PUKIMA* PUNYE BUDAK!!!!!!!!


Pakcik teksi tersebut sambil melakukan aksi fuc* off dengan penuh keyakinan dan patriotik sekali...

Kami sentap seketika....

Memang saya betul-betul terkejut masa tu.Pakcik tu marah-marah sambil menghentak-hentak setereng kereta.Dia mengugut untuk memberhentikan kami di tepi jalan.Perghh,masa tu saya memang dah redha gila dah kena jalan balik ke UiTM.Jauh lagi pulak tu.

Naim pun meminta maaf serta berjanji akan diam dan meminta pakcik teksi tu meneruskan perjalanan.Akhirnya pakcik itu teruskan membawa teksi.

Dalam teksi tu,kami berempat diceramahkan secara percuma dengan penuh kemarahan oleh pakcik teksi tersebut.Yang saya paling takut,takut-takut tiba -tiba kalo pakcik teksi tu keluarkan senapang ke pistol ke,memang kepala saya yang bersepai dulu sebab saya duduk di sebelah dia.


Kalo korang nak citer pasal politik takpe,pakcik tak kisah tapi jangan sesekali sebut dan kutuk bangsa Melayu!!


Pakcik memang pantang kalo anak-anak Melayu sendiri yang kutuk bangsa Melayu!!!


Pakcik rase bersyukur sebab korg ni dapat masuk u,dapat masuk UiTM..Korg tahu tak berapa ramai anak Melayu yang duk dalam pusat serenti tu?Berapa ramai yang mati atas jalan sebab merempit?!!


Nasib baek korang ni budak Melayu,kalo Cina ke India ke memang aku dah tapak kat dada,terajang  keluar dah dari teksi ni!!! 

Itulah kata-kata pakcik tersebut yang penuh dengan emosi.Kami hanya diam dan tidak menunjukkan apa-apa reaksi.Ye la,dah kena fuc* off sekali tadi,diam la kejap.Malas nak cari gaduh.

Tapi kami faham kenapa pakcik teksi tersebut begitu emosi mengenai bangsa sebab dia terlibat dengan peristiwa hitam 13 Mei.Dia cakap,peristiwa tu berlaku betul-betul depan rumah dia.Memang la,orang tua kan.Mesti la sensitif sikit pasal bangsa-bangsa ni.

Kami faham perasaan pakcik tu.Namun,kami juga mempunyai pendapat tersendiri.Bukan kami saja-saja cakap dan kritik tu,kami juga ada matlamat kami.Sebagai generasi baru,fikiran kami lebih terbuka berbanding zaman dahulu.

Rasanya pakcik tu tak paham dan kurang mengerti apa yang kami cuba maksudkan.Tapi,tak mengapalah.Kami tak kisah pun,Memang tak dinafikan ada betul apa yang pakcik tu cakap.Tapi kami maksudkan benda lain.Takpe lah,asalkan pakcik tu bahagia...Hehe

Lepas keluar dari teksi tu,kami terbahak-bahak gelak mengenangkan peristiwa tu.Memang tak dapat dilupakan.Untuk mengetahui kisah ini versi lain,versi mangsa iaitu Naim,sila  Klik Sini

Wallahu'alam..



Sunday, December 11, 2011

Kecundang

Assalamualaikum semuanya...Sekadar entri ringkas kerana mata ini rasanya setiap saat dan minit semakin memberat.

Jadi,hari ini telah menyaksikan kemaraan pasukan hoki lelaki dan wanita Fakulti Undang-Undang di Sukan Antara Fakulti (SAF) 2011  terhenti di pusingan kedua bagi lelaki dan suku akhir bagi wanita.

Pasukan lelaki disingkirkan oleh Fakulti Perakaunan menerusi penentuan pukulan penalti selepas terikat 0-0.Manakala pasukan wanita ditundukkan oleh pasukan pilihan kejuaraan,Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.

Namun,saya yakin bahawa ada hikmah di sebalik kekalahan ini.Ini semuanya adalah ujian dan nikmat daripada Allah SWT.

Semoga kita semua beroleh kemenangan di dunia dan akhirat.Amin...Wallahu'alam.

Friday, December 9, 2011

Aku,Mereka dan Palace of Justice


Assalamualaikum semuanya…Diharap kehidupan kita pada hari ini mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT.Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan berharaplah kita supaya hari esok lebih baik dari hari ini agar kita tidak tergolong dalam golongan yang celaka.
Hmm..Jadi kali ini saya ingin ceritakan pengalaman saya ketika melawat Istana Kehakiman ataupun Palace of Justice.
Lawatan ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada kami para pelajar Asasi Undang-Undang mengenai system kehakiman di Malaysia.Program ini berlangsung dari 5 hb Disember hingga 19 Disember 2011.Kelas saya,LWA02F,dijadual pada hari Rabu,7 hb Disember.
Oleh itu,macam biasalah,pelajar Undang-undang pemakaiannya sudah tentu hitam putih dan bertali leher serta berbaju kurung bagi pelajar perempuan.Kami berkumpul di Dataran Cendekiawan seawall  pukul 7.45 pagi dan bertolak pada pukul 8.00 pagi.
Di atas bas.

Alhamdulillah,kami selamat tiba di Putrajaya dan terus memasuki Palace of Justice.Perasaan saya pada ketika itu agak ‘excited’ sebab bukan senang nak datang ke Palace of Justice ni.Sebab tu,malam sebelum tu saya ‘struggle’ pinjam kamera dari kawan saya.Konon-kononnya nak tangkap gambar la.

Jadi,kami diperkenalkan kepada pegawai Undang-undang yang akan mengiringi kami sepanjang lawatan ini selama lebih kurang 3 jam.Kami dibawa masuk ke bilik persidangan di mana kesemua peguam akan bersidang di situ apabila ada sesuatu perkara.Kami menonton satu video yang menceritakan sejarah undang-undang di Malaysia.Sempat juga saya menanyakan satu soalan berkenaan ‘common law’ ketika sesi soal jawab.
Di dalam bilik conference.

Kemudian,kami dibawa ke Perpustakaan Pejabat Ketua Pendaftar yang menempatkan beribu-ribu bahan rujukan untuk hakim-hakim serta peguam-peguam.Semua buku kat situ tebal-tebal.Saya buku Introduction To Law 1 semester lepas yang nipis tu pun tak habis baca,inikan pulak yang tebal-tebal ni.
Suasana di dalam perpustakaan.
Bilik media di dalam perpustakaan.
Tamat di perpustakaan,kami menuju ke Muzium Undang-Undang yang mempamerkan bahan-bahan sejarah berkenaan undang-undang di Tanah Melayu.Terdapat juga model ‘open court’ yang menunjukkan suasana ketika proses di mahkamah dilakukan.Tapi,semua orang dalam ‘court’ tu adalah patung-patung.Siap dengan pakaian masing-masing yang menunjukkan watak yang dimainkan.
Model open court.
Haii pakcik jaga..Hehe..

Dan,kami pun dibawa oleh pegawai pengiring ke mahkamah yang sebenar tetapi masa tu takde kes yang dijalankan la.Kosong je mahkamah tu masa kami masuk.Pada awalnya,kami ditegur oleh pegawai tersebut kerana tidak ‘bow’ ketika masuk mahkamah.Sebab,’bow’ merupakan perbuatan wajib sekiranya seseorang ingin masuk mahkamah.Jika tidak,seseorang itu boleh disabit menghina mahkamah.Kami diterangkan mengenai posisi tempat yang terdapat dalam mahkamah tersebut.
Ini bukan gambar tangkap.Sekadar gambaran suasana.

Akhirnya,sampailah saat-saat yang ditunggu iaitu kami akan dibawa masuk ke mahkamah di mana mahkamah sedang bersidang.Saya sengaja tak nak masuk awal-awal dan tunggu sampai ‘turn’ yang terakhir sekali.Taktik saya nyata berhasil apabila pegawai tersebut membawa kami ke mahkamah persekutuan iaitu mahkamah yang tertinggi sekali dalam sistem judisiari di Malaysia.Yang lain yang awal-awal tu,diorang masuk mahkamah rayuan je.Hahaha.Kami lima orang je yang murah rezeki dapat rasa masuk mahkamah persekutuan.
Kami berada dalam mahkamah tersebut dari mula hingga tamat perbicaraan.Kiranya kami agak bertuah la.Tapi,memang bila tengok cara hakim-hakim tiga orang kat atas tu bercakap memang kagum ar.Diorang punya ‘speaking’,perghhh,memang power giler ar.Psiko giler diorang kat atas tu.
Selepas perbicaraan tamat,kami pun keluar dan menuju ke kafeteria Istana Kehakiman.Ye la,perut dah lapar ni.Kami yang paling lambat keluar sebab dengar ‘the whole judgement’.Makanan kat kafe tu pun boleh tahan la,takde la mahal sangat.Sedap pun sedap.
Mendengar taklimat dua pegawai pengiring.

Pukul 12.30 tengah hari,kami bertolak pulang ke UiTM dan dala perjalanan pulang tu,satu kemalangan telah berlaku antara sebuah kereta dan treler yang masuk surat khabar hari ni,8 hb.Kalau tak caye,cuba ‘check’ tengok.Dekat Banting.Kontena treler tu jatuh terbaring melintang atas jalan.Abis ‘jammed’ jalan.Alhamdulillah,takde apa-apa yang terjadi kepada kami.
Dah tak sabar nak balik dah ni... 

Pengalaman ke Istana Kehakiman ni memang sukar untuk dilupakan dan saya memang bercita-cita untuk menjadi seorang pengamal undang-undang yang akan menegakkan kebenaran dan bukan memandang kepada kemewahan dan pangkat semata-mata.Insya-Allah.Semoga Allah SWT menguatkan iman dan akidah saya agar tidak terpesong dari jalan yang benar.Amiin ya Allah…Wallahu’alam. 

     

Thursday, December 8, 2011

Aku,Mereka Dan Pemandu Teksi:Part 1

Assalamualaikum semua...Agak lama jugak la saya  tak menulis cerita kat blog ni.Asyik maen copy paste je.Hehe.So,kali ni saya ingin bercerita satu kisah yang agak unik,yang tak disangka-sangka akan terjadi kepada saya dan rakan-rakan saya.Apapun,kejadian ini memang akan saya ingat sampai bila-bila...Nak tahu ceritanya?Jom layannn....


Alkisah,peristiwa ini berlaku pada hari Sabtu,3 hb Disember yang lepas.Saya dengan sahabat-sahabat saya,Azri,Naim dan Syafiq memang dah merancang untuk mengadakan lawatan tidak berilmiah ke Sunway Pyramid.Maka,dengan perasaan yang agak 'excited' dan kebudak-budakan kami pun   bertolaklah ke bandar Freemason Malaysia dengan menaiki bas RapidKL.




Sesudah menjejakkan kaki di Sunway tu,perkara pertama yang bermain dalam fikiran empat remaja 'innocent' ini adalah untuk berOMBAK RINDU.Haha.Namun,agak malang nasib kami apabila melihat panggung wayang sesak dengan manusia di segenap pelusuk.Disebabkan itu,kami mengubah rancangan dan 'proceed' kepada plan B iaitu mencari makanan,KFC!!!




Usai menjamah dua ketul ayam Spicy dan sebijik 'Double Zinger',kami pun memikirkan agenda lawatan kami yang seterusnya.Kami membuat keputusan untuk bermain bowling dan aktiviti itu berakhir dengan saya mendapat tempat yang terakhir walaupun mendahului pada suatu ketika.




Jam menunjukkan pukul 6,maka selepas solat Asar kami merasakan lawatan kami ini akan berakhir dengan lebih cepat.Semasa proses menunggu teksi,kami cuba untuk mendapatkan teksi berbangsa Melayu.Maksudnya,pemandu Melayu la.Bukan teksi yang Melayu.Jadi,tunggu punya tunggu,datanglah seorang pakcik Melayu.Si Azri pun pergi untuk menanyakan harga.


Pakcik teksi tu terima dengan harga RM20.Namun,si Naim ni pulak buat hal.Tiba-tiba dia nak memerut pulak.Jadi,kami bersama pemandu teksi pun tunggu selama 10 minit.Ketika itu,pakcik teksi itu memasang siaran radio ucapan Presiden UMNO,Dato' Seri Najib yang menekankan semangat orang Melayu.


Memandangkan kami berempat ini merupakan pelajar Asasi Undang-Undang,maka sudah tentulah kami begitu tertarik untuk melontarkan pandangan dan kritikan berkenaan ucapan tersebut.Saya duduk di sebelah pakcik teksi tersebut dan Azri serta Syafiq di belakang.




Sembang punya sembang,masuklah Naim dalam teksi tersebut sambil menambah perisa dan perencah dalam bicara ilmiah kami dalam teksi tersebut yang diwarnai dengan kritikan dan sindiran sinis sambil bergelak ketawa.Tetapi,kami sedikitpun tidak menghiraukan pemandu teksi tersebut....


Nak tahu apa yang berlaku seterusnya?Tunggu sambungannya.Jangan marah ye?Hehe ^_^

Wednesday, November 30, 2011

2 Minggu Tanpa Kredit...Hadoii..


Assalamualaikum...Alhamdulillah.Minggu masuk minggu kedua saya kat UiTM untuk semester kedua ni.Dan minggu ni adalah minggu yang paling mencabar sebab minggu ni saya memang terpaksa berhati-hati ketika berbelanja.Tapi,memang sesuai pun dengan tema saya dan sahabat-sahabat saya untuk sem ni iaitu 'Kembali Dengan Lebih Matang.'Haha...

Tapi tu la,saya dah dua minggu takde kredit dalam henset tu..Phone saya sejak dua tiga menjak ni memang macam dah takde function macam sebuah henset biasa dah.Guna pun untuk tengok jam,pastu dengar lagu-lagu kejap-kejap.Sebenarnya,saya nak tepon umi saya kat Kelantan tu..Rindu giler wa cakap lu..Dah dua minggu tak dengar suara dia.Adoii..Memang redha ar.Nak pinjam kawan punye,segan la nanti.

Last-last sekali kena sabar jugak la tunggu duit asasi masuk,entah bila entah duit tu nak masuk.Budak-budak asasi kat sini dah nak jadi gila dah asyik duk buat ramalan bila tarikh duit tu masuk.Pedih betul nak tunggu tu.Tapi,kene terus bersabar la.Insya-Allah,Allah SWT bersama orang-orang yang bersabar.

First thing yang saya akan buat bile duit asasi tu dah masuk ialah top up and then call umi dan abah saya.Banyak benda nak citer ni..Haha.Pastu,second destination adalah KFC,DOUBLE ZINGER!!!Haha...Kalo saya buat status nak gi makan KFC mesti kakak saya kat UNIMAS tu akan pesan suh jimat jangan boros sangat.Alhamdulilah,beruntung saya daat kakak yang selalu bagi nasihat kat saya.

Walaupun lambat,tapi saya tetap nak wish selamat maju jaya kepada kakak saya Siti Munirah yang sedang amik STPM.Semoga dia berjaya mencapai cita-cita untuk menjejakkan kaki ke universiti.Insya-Allah...

Hmm...Rasenye tu je la setakat ni.Skang ni memang susah nak online.Internet pun lembab macam kura-kura.Tapi,sebelum mengundurkan diri saya nak cakap,

I REALLY MISS MY UMMI AND ABAH!!!! ^_^

Wallahu'alam..

Thursday, November 24, 2011

Kembali dengan Lebih Matang


Assalamualaikum...Hmm.Sejak balik ke UiTM ni kurang sket masa untuk berblog sebab takde kemudahan internet.Bukan internet takde tapi sebab saya takde laptop,so payah ar sket nak update blog selalu.Ni pun online facebook kat Perindu Cyberzone.Alhamdulillah,still ade lagi alternatif.Ye la,takkan asyik nak pinjam laptop orang je manjang,nanti lama-lama orang pun naik meluat tengok muka ni.Dah la assignment sem ni lagi banyak,so susah ar sket nak pinjam.

Jadi,Alhamdulillah saya selamat sampai di UiTM pagi Ahad yg lepas.Dan,sem kedua ni saya berada di bilik 1418 bersama dengan 7 yang laen plus dua orang yang selalu lepak kat bilik saya.Mereka itu ialah Naim,Zaidi,Eli,Huzaimie,Azfarsyah,Azfar dan Nazreen.Sahabat baik saya sorang lagi Azri yang duk kat bilik 1421 kat hujung dunia tu,telah menjadikan bilik saya sebagai bilik utama beliau.Haha.

Minggu first ni tak banyak kelas lagi.Tengok jadual,memang lagi pack daripada sem lepas.Minggu first n second tutorial takde lagi so rilek ar sket.Kelas tak banyak.Lecturer pun ade yang tak masuk lagi.Cuma yang bestnye,boleh jumpa balik dengan budak-budak kelas saya.Kalo nak tahu,budak-budak kelas saya semuanya pandai-pandai.Bila tanya result,perghh!!!Banyak yang 3.5 ke atas yang budak-budak perempuan.Yang lelaki pun okay gak.Yang paling best kelas saya ni,budak-budak perempuan ramai yang baik-baik dan cantik.Haha.Dah la baik,cantik plak tu.Memang package ar.Hehe.

Untuk sem kedua ni saya,Azri dan Naim dah mempunyai azam baru dengan tagline 'Kembali Dengan Lebih Matang'.Haha.Sebabnya,sem lepas kitorang banyak buat benda-benda yang sengal dan membazir.Biasa,duit banyak.Hehe.Jadi,sem ni kitorang berazam untuk lebih matang ketika berbelanja dan untuk perkara lain.Semoga kitorang berjaya.Insya-Allah.

Tu je la ringkasan minggu pertama untuk semester kedua ni.Padahal minggu first tak abis lagi pun.Haha.Semoga kita semua berolah kemenangan di dunia dan akhirat.Wallahu'alam...

Friday, November 18, 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti


Assalamualaikum...Alhamdulillah.Setelah hampir dua bulan saya tidak berjam tangan,akhirnya dengan keizinan Allah SWT,dapat la saya beli jam tangan baru.

Saya ni jenis yang takleh kalo takde jam.Jadi macam tak best plak.Taktau pehal.Kena ade jugak benda kat tangan.So,sebab tu bile abah saya bagi duit terus jam tangan dulu yang saya pegi cari.Penting jam tangan ni sebenarnya...

Tapi,ade cerita pasal jam tangan saya yang lama tu.Jam tu abang saya yang bagi tahun lepas.Warna merah semua.Adoii,saya ni bukan jenis yang suke tarik perhatian.Jam merah tu konpem2 dua kilometer orang dah boleh nampak.Tapi,sebab orang yang bagi,kita amik je la.Haha.Rezeki namanya tu.Alhamdulillah.

Yang peliknya jam tu,semakin lama dia semakin cepat waktunya.Mula-mula saya dapat tu okay lagi,tepat lagi.Duduk 2,3 hari tu dia jadi lambat 10 minit.Setakat awal sepuluh minit tu sya buat endah tak endah je la.Sampai mase saya keje part time bulan 3 tu,die jadi lambat sampai 20 minit plak.Haa,mase tu saya dah start boleh nampak dah pattern die.Sebab,malam-malam saya akan tunggu untuk time nak abis keje,so asyik tengok jam je la.Tu yang perasan tu.

Bila dah masuk UiTM,die dah jadi sampai 40,50 minit dah awal die.Yang masalahnya,empat-empat butang keliling jam tu,satu pun takleh nak tekan.Ape punye jam la.Haha.Tu yang kalo bangun pagi-pagi,saya kene pikir 2,3 minit baru tahu time tu pukul brp.Kawan-kawan say mase tengok jam saya,sume terkejut jadi gelabah tengok cepat sangat.Saya dengan tenang cakap,

"Lek lu,awal agi.Ko tolak 52 minit.Haha."

Satu lagi,lambat jam ni bukannye gune nombor senang-senang macam lambat 10,20,35 ke ape.Kadang-kadang jadi lambat 34 minit,46 minit la.Saya yang tukang tengok ni yang penat nak tolak balik.Haha

Tapi,saya redha je bile jam tu hilang.Saya tak tahu pun hilang kat mane and mase bile.Tahu tahu dah hilang.Redha je la.Tapi,saya bersyukur sebab dah ade jam baru.Alhamdulillah.

Semoga saya boleh jadi manusia yang lebih menepati masa dengan adenye jam ni.Insya-Allah.Wallahu'alam...

Thursday, November 10, 2011

Perjuangan Yang Singkat,Pulang Dengan Hampa


Assalamualaikum semua...Sebenarnya,hari Sabtu yang lepas iaitu pada 4 Nov sehari sebelum raya haji tu,saya ade masuk tournament futsal di KB Futsal Arena.Nama tournament tu KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA KELANTAN.

Takde niat pun nak masuk mula-mula tu sebab saya ni kat Kelantan team asyik tak cukup je.Hari tu,tiba-tiba ade kawan saya ni ajak masuk tournament ni,so saya pun ok je la sebab memang xde program ape pun.Kitorang masuk kategori bawah 20 tahun.Ye arr,kalo masuk yang terbuka memang habis arr kene lanyak.Lagipun,saya ni bukannye power pun maen,setakat boleh kene sepak bola tu jadi arr.Haha.

So,pagi Sabtu saya dgn kawan-kawan saya kumpul kul 7 pagi lagi.Saya pegi dengan kawan-kawan saya yang memang rapat dengan saya.Bile dah sume smpai,so kitorang pun gerak la ke KB Futsal Arena tu dengan perasaan yang agak cuak.Ye la,first time bro masuk tournament,mane tak cuak.Terbuka Kelantan pulak tu.Dah la kite ni memang tak power.

Sampai-sampai tu,nak kata kitorang ni memang la punye semangat,pagar tempat futsal tu pun tak bukak lagi!Haha..Memang kitorang tergelak.Sorang manusia pun tak sampai lagi.Kitorang 5 orang yang first sampai.Pastu,duk la kat situ macam sengal je tunggu orang lain sampai.

Dekat-dekat 8.30 pagi tu,dah ramai yang sampai.Penganjur buat pengumuman yang first match akan start kul 9.00 pagi.Kitorang,Coca Sona FC,ntah sape yang bagi name tu,satu kumpulan dengan Brembo FC n Kickers FC.First match kitorang lawan Brembo FC.

Mase first match tu,saya dengan sahabat baik saya,Irfan ni tak maen.Unfortunately,kitorang kalah 0-3 kepada Brembo FC.Perghh,memang takleh nak cakap ape ar.Sebab kite tak maen kan,taktau macam mane bile dalam gelanggang tu.Tapi,xpe la.Kitorang rilek dulu,bagi-bagi semangat kat teammates yang lain.Match kedua kul 1 petang tu.Memang jenuh nak menunggu.Saya pun ajak Irfan dengan Solhan pegi lepak kat Musalla.Dalam Musalla tu,saya buat ar kira-kira.Sebab ade 47 team yang masuk,group ade 16 so maknanya hanya group winner yang layak ke pusingan kalah mati.Saya dah start nak redha ar,sebab kitorang dah kalah sekali,so kene harap Brembo FC kalah ar dengan Kickers FC nnt.Kalo diorang seri or Brembo menang,maknanya kitorang bungkus awal ar.Saya ni dah struggle dah bawak baju,kain semua ingat nak solat Asar kat sini.

Kitorang target sampai separuh akhir,tapi manusia merancang Allah SWT jua yang menentukan.Brembo dengan Kickers seri 1-1,maka saya dah tahu dah kitorang memang dah kene balik awal.Last match lawan Kickers tu hanya untuk lengkapkan jadual je.Sebab last match kan,ingat nak menang ar,sekurang-kurangnya score goal ke ape ke.Tengok-tengok kalah 0-2.Dah la memang dah tahu tersingkir awal-awal,kalah pulak.Maknanya,kitorang tak score langsung dalam tournament tu,bolos 5 goal.Teruk tu.

Mungkin sebab Allah SWT nak tunjuk sebab ade dalam team kitorang ade yang tak tutup aurat mase main.Sedangkan menutup aurat tu merupakan perintah Allah SWT,kite tak ikut maka Allah SWT nak bagi peringatan kepada kita.Yang lebih sedih,saya tengok ade sorang tu pakai baju,kat belakang tu tulis "Membangun Bersama Islam".Tapi,aurat pun tutup.Keadaan tu memang telah jatuhkan maruah Islam.Sedih tengok remaja sekarang yang ambik mudah pasal menutup aurat ni.Sahabat-sahabat saya pun ramai yang tak tutup aurat lagi mase main.Bile tengok sahabat sendiri yang ingkar perintah Allah SWT,rase macam nak gugur je hati ni.Berkecamuk rasenye.

Ape pun,saya anggap kegagalan ni sebagai satu pengalaman untuk saya.Ye la,ni first time kot masuk tournament.Tapi rasenye,tak perlu nak kisah sangat pasal benda ni.Ni semua dunia semata-mata.Tak perlu nak rase kecewa.Nanti dalam kubur esok-esok kita takkan ditanya berapa gol kita score mase main futsal,tapi amalan kita.Main futsal sekadar untuk bersukan,niat kerana Allah SWT.

Lagi satu,sori sebab takde gambar tournament futsal tu.Saya dah suruh dah kawan saya Wan Irfan n Ahmad Irfan tu upload,sampai skang tak upload.last-last,search kat google je.Haha.Sebelum tu,saya nak ucapkan terima kasih kepada driver kitorang,Solhan yang sanggup bawak kitorang walaupun die tak maen,penyokong setia,Akram,sahabat-sahabat saya,Wan Irfan,Ahmad Irfan serta saya ingin mintak maaf kepada ahli kumpulan asal team Coca Sona,Pein,Piji,Epul dan Shuh sebab saya tak cukup bagus untuk maen dengan diorang.

Last-last sekali,sampai paling awal,balik pun yang paling awal.Haha.Jangan kata Asar,Zuhur pun kat rumah je.Wallahualam...

Wednesday, November 9, 2011

Keputusan Setimpal Dengan Usaha


Assalamualaikum buat semua...Hmm..hari ni nak citer pasal ape yek?Ok la,memandangkan hari tu saya baru dapat result untuk final exam asasi saya,so saya kongsi la dengan semua yang membaca blog ni.

Biasanya,ramai orang takkan kongsi pasal result exam ni dengan orang ramai sebab sama ada dia dapat tinggi ataupun dapat rendah.Ye la,kalo dapat tinggi nnt kalo post kat blog orang cakap poyo la,ape la pada hal die cuma nak kongsi je,bukan ape pun.Dalam kes saya ni,Alhamdulillah takde la teruk sangat.Boleh kata duk kat tengah-tengah la.Nak tengok result saya?Nah,amik...

BEL260 (INTERMEDIATE ENGLISH) :A-
BEL313 (INTRODUCTION TO CRITICAL THINKING) :B+
CSC134 (COMPUTER AND INFORMATION PROCESS) :B+
CTU081 (ISLAMIC STUDIES) :A
LAW012 (INTRODUCTION TO LAW) :A-
LAW016 (MALAYSIA SYSTEM OF GOVERNMENT AND POLITICS) :A-
LAW038 (LEGAL RESEARCH AND INFORMATION PROCESSING SKILLS) :B+

CGPA:3.55

Hmm...Camtu la result saya.Bile dapat result hari Jumaat yang lepas,4 November rase terkilan sket sebenarnya.Tapi,saya rase result ni memang setimpal dengan usaha saya.Ye la,study pun maen-maen,nak taknak je pastu nak expect 4 flat?Mane boleh bro...So,saya redha je and bersyukur la sebab sekurang-kurangnya lepas syarat-syarat minima tu.

Bila dianalisis result tu,nampak sangat lah saya ni masih tidak berapa critical dalam berfikir pastu lemah dalam information processing.Haha.Kene perbaiki tu next sem.

Bila saya tanya kawan sekelas saya,dengar citer ramai gak dapat tinggi-tinggi.3.7,3.8,3.9 tu memang ramai la.Saya ni memang selalu sekelas dengan budak-budak pandai.Dari dulu sampai sekarang.Haha.Kadang-kadang tu rase jeles la jugak tapi saya tahu diorang duk kat tahap tu sekarang bukan dengan goyang kaki tapi dengan usaha yang tinggi.So,saya kene contohi lah ape yang baik untuk memperbaiki kelemahan diri saya sendiri dan berusaha lagi untuk semester kedua.Wallahualam...

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha Buat Semua


Assamualaikum buat semua.Salam Aidiladha.Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan rahmat dan kasih sayang-Nya dapatlah kita bertemu sekali lagi dengan Aidiladha.

Aidiladha ini juga biasa kita sebut Hari Raya Qurban dan Hari Raya Haji kerana umat Islam yang berkemampuan digalakkan untuk membuat korban haiwan sembelihan.Pada hari raya Aidiladha ini,kita disunatkan untuk bertakbir mukayyat iaitu takbir yang dikaitkan dengan solat setiap kali selesai solat fardhu atau solat sunat.Kita disunatkan takbir sebenarnya bermula dari 9 Zulhijjah hingga selepas solat Asar pada 13 Zulhijjah.

Hari Raya Qurban merupakan hari di mana kita memperingati pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s yang tidak ada tolok bandingannya.Rasenye,semua dah tahu kisah yang menakjubkan tu jadi tak perlu la saya ceritakan lagi.Jadi,kita seharusnya menghayati kisah tersebut bagaimana besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim a.s serta tingginya keyakinan baginda kepada Allah SWT.Oleh sebab itu,kita umat Islam digalakkan untuk membuat qurban bagi mengikis sifat sayangkan harta dalam diri kita dan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Oleh itu,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada sahabat-sahabat saya,Umar,Haikal,Muazzin,Batch of 060,kawan-kawan kelas F dan bilik 1414,sahabat sesosej,Azri dan Naim,abang Khairul Anwar,guru-guru STAR Ipoh dan semua yang mengenali diri ini. Semoga kita akan mendapat kemenangan di dunia dan di akhirat.Moga berbahagia semuanya di pagi Aidiladha ini.Wallahualam...

Wednesday, November 2, 2011

Akhirnya....Alhamdulillah.


Assalamualaikum...Jeng,jeng,jeng...Haha.Rasenye pembaca semua dah tahu ape citer entri kali ni.Seperti gambar di atas,setelah 3 kali percubaan Alhamdulillah akhirnya saya berjaya mendapatkan lesen P tapi untuk motor baru,bukan kereta pun.Haha.Macam ape je kan?Setakat motor kecoh ape?Hehe..Kalo para pembaca masih ingat,saya pernah mengalami kekecewaan kerana gagal test motor kali kedua tu.Untuk mengetahui kisah tersebut,boleh la klik link ini...http://ngapi.blogspot.com/2011/10/aku-dikecewakan-sekali-lagi.html Tapi,walau apapun saya tetap bersyukur kerana Allah SWT telah memudahkan urusan saya.

Sentiasalah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT di atas segala nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita.Semoga kita beroleh kemenangan di dunia dan akhirat.Wallahualam...

Friday, October 28, 2011

Hargai Pagi Kita...


Assalamualaikum...Hmm.Hari ni mari kite berkongsi sket cerita pasal pagi.Bukan pagi yg biase-biase tapi pagi yg istimewa buat kita semua.Tak kira la hari ape,tapi bagi kita pagi tu la yg paling best dalam seminggu.

Kalo bagi saya,mase zaman sekolah kat STAR dulu,pagi yg saya paling suke adalah pagi Sabtu.Sebab,pagi Sabtu tu cuti dan tak ade ape-ape aktiviti hari tu so saya boleh la buat program saya sendiri hari Sabtu tu.Kalo Ahad,kitorang ade 'inspection' kul 8 pagi so tak bebas sgt la.Tapi,mmg saya sangat-sangat sukakan pagi Sabtu.Pagi Sabtu la,mmg suasana mmg nyaman dan menyegarkan la kalo ikut bahasa skema.Saya suka pagi-pagi tu,lepas baca Al-Ma'thurat duk kat surau sambil tengok padang STAR yg luas dan hijau tu.Padang STAR adalah padang yg terbesar kat Perak tau.So,mmg luas ar.Syok je tengok pemandangan tu.Dulu,mase form 1,form 2 pagi Sabtu saya selalu je tido sebab mmg hari tu je peluang nak qada tido.Tapi,bila dah besar sket ni saya start untuk menghargai pagi saya.

Biasanya,mmg ramai yg tido ar.Tapi ade gak yg buat keje masing-masing.Saya ni pulak jenis yg suke main futsal,mmg lepas duk kat surau tu lebih kurang kul 8 saya turun ke court basketball gi maen futsal.Bagi saya rugi kalo saya habiskan pagi Sabtu tu dengan tido.Sebab lepas naik form 4 tu,saya tak penah tido lepas Subuh.Lagipun,sahabat-sahabat baik saya,Haikal,Muazzin n Umar jenis satu kepala dengan saya so senang ar kitorang nak maen futsal sekali.

Tapi,mase dekat-dekat nak SPM hari tu,saya kurangkan sket maen futsal.Saya lebih suke duk dalam bilik syukbah dalam surau tu,buat latihan Add Math sambil bukak zikir-zikir dalam radio.Bagi saya,tu la mase paling tenang nak buat latihan.Sebab tu,kalo kawan-kawan saya ajak maen futsal saya cakap,

"Aku nak hargai pagi aku."

Haha..Takleh blah je jawapan kan?Macam bajet je.Tapi,mmg camtu saya cakap kat diorang.Tapi,futsal saya turun jugak ar tapi lepas kul 10,biasanye kul 8 dah terpacak dah saya kat court tu.

Skang ni saya kat Kelantan,so situasi tu berubah ler sket.Kat Kelantan cuti hari Jumaat and Sabtu so officially hari Jumaat adalah hari yg paling saya suke.First,sebab hari Jumaat mmg penghulu segala hari,banyak keberkatan hari Jumaat ni.Second,pagi Jumaat kat masjid ade kuliah so terisi la pagi tu dengan benda-benda yg berfaedah.Lagi satu,saya suke bile tgk sume orang lepas habis kuliah kul 7 pagi,ade yg beli nasik,ade yg makan.Biasanya,hari Jumaat ramai yg cuti.Tak tau kenapa,tapi saya mmg sangat-sangat suke tengok keadaan tu.Semua orang rilek je.Mungkin pembaca rase nampak macam biase je,tapi bagi saya perkara tu mmg betul-betul special.Saya rase rilek je,tenang je hati ni.

Itulah sket-sket cerita camne saya cuba hargai pagi saya.Anda bagaimana pulak? ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...