Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Thursday, January 6, 2011

DEFINISI AL-QURAN





Definisi Al-Quran :Perkataan ataupun kata-kata daripada Allah dalam bahasa Arab bersifat mu'jiz(ajaib) yang diturunkan atau diberikan kepada nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril,disampaikan kepada manusia secara tawatur.Pembacaannya adalah ibadah,bermula daripada surah al-Fatihah dan berakhir dangan surah an-Nas.

Pengertian al-Quran dengan kata-kata Allah bermaksud al-Quran ini adalah kata-kata ataupun perkataan daripada Allah.Oleh itu,al-Quran bukanlah perkataan daripada manusia,jin mahupun malaikat.Bahasa yang digunakan oleh al-Quran adalah bahasa Arab.Dengan itu,selain daripada bahasa Arab tidak boleh dianggap sebagai al-Quran.Perkataan mu'jiz dalam definisi di atas membawa maksud al-Quran ini tidak dapat ditiru oleh sesiapa pun dan segala usaha untuk mencabar keindahan al-Quran pasti gagal.Definisi di atas juga menyatakan al-Quran diturunkan hanya kepada nabi Muhammad SAW dan disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril.Kemudian,proses penyampaian al-Quran kepada generasi selepas nabi Muhammad SAW melalui proses yang dinamakan tawatur.

Tawatur adalah satu istilah khas yang digunakan oleh ilmuwan Muslim.Tawatur bermaksud himpunan maklumat daripada pelbagai sumber yang diyakini kesahihannya,sehingga sampai ke satu peringkat yang banyak di sisi amalan masyarakat di mana diyakini sumber-sumber ini tidak melakukan sebarang pemalsuan maklumat.Secara ilmiah,tawatur ialah pemindahan maklumat dari satu kumpulan ke satu kumpulan dalam bilangan yang ramai di mana diyakini kesahihannya dan tidak mungkin mereka ini bersepakat mengada-ngadakan maklumat itu.Seterusnya,membaca al-Quran dikira sebagai ibadah di mana setiap huruf al-Quran yang dibaca memberikan pahala kepada pembacanya dan hanya bacaan al-Quran sahaja diterima dalam solat.Bacaan-bacaan lain seperti kata-kata nabi menyebabkan solat itu rosak dan batal.Manakala definisi terakhir iaitu bermula dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas melengkapkan pengertian al-Quran.Ia merujuk kepada himpunan kesemua ayat dan surah yang ada dalam al-Quran.

Dipetik daripada :ANATOMI AL-QURAN(Ammar Fadzil)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...