Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Thursday, January 12, 2012

Kesalahan Lelaki Dalam Berpakaian

Assalamualaikum semua..Kali ini saya mahu berkongsi sesuatu yang saya baca daripada blog-blog dan artikel-artikel iaitu mengenai kesalahan kaum lelaki dalam berpakaian.Selalunya kita membincangkan mengenai pemakaian kaum muslimah namun kali ini kita mahu membincangkan mengenai cara pemakaian bagi kaum lelaki yang mungkin ramai yang tidak menyedari hal ini.Mungkin kerana kurangnya penekanan agama ketika di bangku sekolah ataupun di rumah.Entri kali ini agak panjang,harap semua pembaca boleh membaca dengan sabar.




Mari kita lihat beberapa kesalahan lelaki dalam berpakaian di bawah.


Isbal
Isbal iaitu menurunkan atau memanjangkan pakaian hingga di bawah tumit. Larangan isbal bersifat umum untuk semua jenis pakaian seperti seluar panjang, kain pelikat, gamis atau pakaian lainnya. Ironinya, larangan ini dianggap remeh oleh kebanyakan umat Islam, padahal dalam pandangan Allah ia merupakan masalah besar.
Rasulullah SAW bersabda:
“Kain yang memanjang hingga di bawah mata kaki tempatnya di Neraka.” (HR. Al-Bukhari, shahih).
Ancaman bagi musbil (orang yang melakukan isbal ) dengan Neraka tersebut sifatnya adalah mutlak dan umum, baik dengan maksud takbur atau tidak. Jika isbal tersebut dilakukan dengan maksud takbur maka ancamannya lebih besar.
Nabi SAW bersabda:
“Pada hari Kiamat, Allah tidak akan melihat kepada orang yang menyeret bajunya (musbil, ketika di dunia) kerana takbur.” (Muttafaq Alaih, shahih).
Dan secara tegas Nabi SAW melarang kita kaum lelaki melakukan isbal. Beliau SAW bersabda:
“Dan tinggikanlah kainmu hingga separuh betis, jika engkau enggan maka hingga mata kaki. Dan jauhilah olehmu memanjangkan kain di bawah mata kaki, kerana ia termasuk kesombongan, dan sungguh Allah tidak menyukai kesombongan.” (HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi dengan sanad shahih , At-Tirmidzi berkata, hadits ini hasan shahih).
Hadis di atas sebenarnya memberikan kata putus bahawa Isbal itu termasuk dalam sat sifat kesombongan.Maka,tak perlulah kita cuba menggunakan hadis ini untuk memberikan alasan bahawa memanjangkan pakaian itu dibenarkan asalkan niat itu betul kerana ini sebenarnya alasan batil untuk membenarkan perbuatan mereka yang menyalahi sunnah.
Saya juga sebenarnya tidak tahu perkara ini sebelum membaca artikel-artikel tersebut.Semasa saya di STAR dulu sewaktu tingkatan satu,kami diajar oleh abang-abang BADAR untuk melipat seluar ketika solat.Cumanya,apabila kami semakin membesar,sudah tidak orang yang mengingatkan mengenai hal ini.Mungkin sebab inilah ramai yang lupa tentang hal Isbal ini.Jadi,saya ingin mengingatkan adik-adik saya di STAR supaya elakkan daripada melakukan Isbal kerana menyalahi sunnah.Sebab kalau di STAR,jika ada pelajar yang melipat seluar sampai buku lali,pelajar lain akan mengejek orang itu "banjir".Jadi,saya ingin nasihatkan adik-adik,tidak perlu untuk berasa malu jika kita melakukan perkara yang betul.Pedulikan apa yang orang kata asalkan Allah SAw redha dengan perbuatan kita.
Mengenakan Pakaian Yang Nipis dan Ketat
Dalam kaca mata syariat, jika bahan-bahan pakaian itu sangat nipis sehingga menampakkan aurat, lekuk-lekuk tubuh atau sejenisnya maka pakaian itu tidak boleh dikenakan.
Perkara ini berdasarkan firman Allah Taala:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (Al-A’raf: 26).
Berkenaan dengan perkara ini,saya pernah ditegur oleh seorang muslimah solehah yang baik beberapa minggu yang lepas.Muslimah tu cakap,lelaki juga sebenarnya tidak boleh pakai baju yang mengikut bentuk tubuh kerana bagaimana lelaki lihat kepada perempuan yang memakai baju yang ketat,sama juga seperti bagaimana perempuan lihat lelaki memakai baju ketat.Dia cakap dia tidak maksudkan saya tapi saya memang sentap la sebab memang saya selalu jugak pakai baju saiz s ni pergi kelas.Baju kemeja saya memang ada yang ketat betul jadi saya rasa saya patut terasa la.Jadi,kepada sahabat-sahabat saya,kalau boleh kita cubalah elakkan daripada pakai pakaian yang ketat.Saya tidaklah bermaksud kita perlu kenakan baju Melayu tiap-tiap hari tapi carilah baju yang sopan dan sejuk mata memandang.


Saya ingin berterima kasih kepada muslimah yang menegur saya tentang hal ini sebab memang saya tidak ambil peduli pasal hal ini dulu.Sekarang baru saya ada sedikit kesedaran.Terima kasih kepada si dia sekali lagi,mudah-mudahan jodoh kami dipertemukan.Eh,ke situ pulak ye?Kalau doakan benda baik,apa salahnya kan?teeheee..


.  
Mengenakan Pakaian Yang Menyerupai Pakaian Wanita


Di antara fitrah yang disyariatkan Allah kepada hambaNya iaitu agar lelaki menjaga sifat kelelakiannya dan wanita menjaga sifat kewanitaannya seperti yang telah diciptakan Allah. Jika hal itu dilanggar, maka yang terjadi adalah kerosakan hidup di masyarakat.
Dalam hadis shahih disebutkan:
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (HR. Al-Bukhari).
Sebagian ulama berkata, ‘Yang dimaksud menyerupai dalam hadis tersebut adalah dalam hal pakaian, berdandan, sikap, gerak-geri dan sejenisnya, bukan dalam berbuat kebaikan.’ Kerana itu, termasuk dalam larangan ini adalah larangan mendandan rambut, memakai anting-anting, kalung, gelang kaki dan sejenisnya bagi lelaki, sebab perkara-perkara tersebut adalah kekhususan bagi wanita.
Rasulullah bersabda:
“Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.” (HR. Abu Daud, Shahihul Jami’ , 5071) .
Mengenakan Pakaian Yang Tidak Menutup Aurat

Hmm..Inilah masalah terbesar kita pada hari ini iaitu memandang enteng terhadap soal menutup aurat ini.Perlu diingatkan sekali lagi wahai sahabat-sahabat sekalian,aurat lelaki adalah daripada pusat hingga ke lutut.Maka,paha adalah aurat.Setiap Muslim diperintahkan untuk menutup dan menjaga auratnya kecuali di depan isteri atau hamba sahaya.
Ketika Rasulullah SAW melihat sahabat Ma’mar tersingkap pehanya, beliau SAW bersabda:
“Wahai Ma’mar, tutupilah pehamu, kerana peha adalah aurat.” (HR. Ahmad).
“Jagalah auratmu kecuali dari isterimu atau hamba sahayamu.” (HR. Imam lima kecuali An-Nasa’i dengan sanad hasan).
Hari ini,kita boleh lihat sendiri berapa ramai lelaki yang tidak menjaga aurat mereka ketika di padang ataupun di tempat-tempat lain.Malah,seluar pendek yang tidak menutup aurat pun diiktiraf sebagai pakaian sukan yang sah di negara kita.Saya pun tidak faham kenapa semua ini boleh terjadi.Ingin saya tekankan juga di sini,aurat lelaki sesama lelaki adalah daripada daripada pusat hingga ke lutut jadi sesiapa yang mengatakan bahawa aurat lelaki sesama lelaki hanyalah kemaluan sahaja,sila cari ayat Al-Quran atau hadis yang menyatakan hal tersebut dan sila tunjukkan kepada saya.Aurat lelaki dengan lelaki adalah daripada pusat hingga lutut.Saya biasa duduk di asrama dan pernah terlibat dalam beberapa perkhemahan,jadi saya tahu ramai yang tidak mengambil berat tentang hal ini hingga ada yang mandi pakai boxer sahaja,lagi teruk hanya mengenakan seluar dalam dan berjalan ke sana sini tanpa ada perasaan malu.



Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua sahabat-sahabat saya di luar sana dan orang lain,marilah kita sama-sama menjaga dan menutup aurat kita.Kita mengata kaum wanita yang tidak menutup aurat,tetapi tanpa kita sedari kita juga sebenarnya 2x5 je.Ingat,aurat kita untuk dijaga hanya sedikit jika hendak dibandingkan dengan kaum wanita.Maka,jagalah amanah Allah SWT dengan sebaik-baiknya.
  Tidak memperhatikan masalah pakaian ketika masuk masjid.
Sebahagian orang yang akan menunaikan solat berjemaah tidak peduli dengan pakaian yang dikenakannya. Misalnya masuk masjid dengan mengenakan jenis pakaian sebagaimana disebutkan pada point keempat. Solat adalah untuk menghadap kepada Allah, kerana itu kita harus mengenakan pakaian yang bagus dan indah sebagaimana yang diperintahkan.
Allah berfirman:
“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid.” (Al-A’raf: 31).
Disunahkan pula agar kita memakai wangi-wangian ketika hendak ke masjid dan menghindari bau-bauan yang tidak sedap. Demikianlah yang dituntunkan dan dipraktikkan baginda Nabi SAW dan para sahabatnya yang mulia.

Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa.
Apalagi gambar orang-orang kafir, baik penyanyi, seniman, pembesar atau orang-orang terkenal lainnya. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa adalah haram, baik gambar manusia atau haiwan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Setiap tukang gambar ada di Neraka, Allah menciptakan untuknya (dari) setiap gambar yang dia bikin sebuah nyawa, lalu mereka menyiksanya di Neraka Jahannam.” (HR. Muslim).
“Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar-gambar.” (HR. Al-Bukhari).
Adapun gambar orang-orang kafir maka memakai atau menggunakannya mudaratnya akan semakin besar, sebab akan mengakibatkan pengagungan terhadap mereka.
Kesimpulannya,saya sekali lagi ingin tekankan di sini rakan-rakan lelaki saya sekalian bahawa kita perlu mengambil berat soal aurat ini,soal kita berpakaian dalam kehidupan seharian kita.Adakah mengikut syariat yang telah ditetapkan?Adakah tidak menimbulkan fitnah kepada kita?Dan yang paling penting ialah adakah mendapat keredhaan daripada Allah SWT.
Saya sebagai pelajar Asasi Undang-Undang,kami akan ada program Hari Kecemerlangan Asasi (HAKA) yang akan berlangsung lebih kurang 3 minggu dari sekarang.Jadi pada hari tersebut,dengan ada aktiviti futsal untuk pelajar lelaki dan bola baling untuk pelajar perempuan,kita akan boleh lihat dan nilai sendiri bagaimana pemakaian kita pada hari tersebut.Kepada pelajar perempuan Asasi,anda boleh lihat sendiri nanti bagaimana lelaki pujaan anda berpakaian,jika dia menutup aurat maka pilihan anda mungkin tepat.Tetapi jika sebaliknya,nasihatilah dia untuk berubah.Lelaki ni biasanya akan dengar nasihat daripada seorang perempuan.Dan,untuk pelajar lelaki,anda juga boleh lihat sendiri bagaimana calon isteri anda berpakaian nanti,kalau yang ada la.Yang tiada tu tidak mengapa.Tapi,bukannya saya bermaksud untuk menjadikan HAKA ni sebagai medan untuk mencari jodoh,tidak sama sekali.Ini hanya sebagai contoh terdekat.
Memang,kebenaran itu sememangnya pahit untuk diterima tetapi kita harus terimanya dengan hati yang terbuka.Segala kritikan atau nasihat orang lain kepada kita,perlu kita terima.Jangan marah terhadap teguran yang diterima kerana Saidina Umar Al-Khattab r.a pernah berkata,
"Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan mendengar nasihat"
Sahabat-sahabat,yang ingin ke syurga bukan hanya golongan ustaz ustaz,imam-imam ataupun ulama-ulama sahaja,tetapi kita juga ingin menuju ke syurga Allah SWT.Oleh itu,ambillah Islam secara keseluruhan,bukan hanya sebahagian.Marilah kita berbangga dan bersyukur kita dilahirkan sebagai Islam.Saya sayangkan anda.Sebagai rakan anda,saya tidak sanggup melihat anda melakukan kemungkaran.Sama-samalah kita memperbaiki diri kita,muhasabah diri kita kembali,apa tujuan kita hidup di dunia ini.Renung-renungkan wahai sahabat...
Kandungan entri ini saya ambil daripada Cahaya Islam dan saya ingin memberikan kredit kepada tuan punya blog tersebut.Mudah-mudahan kita beroleh kemenangan di dunia dan akhirat.Wallahu'alam...





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...