Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Saturday, March 31, 2012

Fitnah Kaum Lelaki Terhadap Wanita



Dengan nama Allah
Yang maha pemurah
Lagi maha mengasihani

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai satu artikel yang saya rasakan perlu untuk kita semua tahu.Sila luangkan sedikit masa anda.Insya-Allah bermanfaat.



Seringkali kita dengar pasal fitnah perempuan terhadap lelaki. Fitnah perempuan yang kita nampak, memang dari banyak sudut. Lirik senyumnya, matanya, auratnya, potongan badannya, wangi-wangian, dan macam-macam lagi yang tak larat nak ditulis dekat sini.

Mungkin disebabkan terlalu fokus terhadap fitnah wanita terhadap lelaki, kita terlepas pandang pasal fitnah lelaki terhadap wanita. Ya, benar fitnah wanita terhadap lelaki itu kita nampak lebih dominan, menonjol dan tertonjol. Itu tidak dapat nafikan. 

Tapi, disebabkan terlalu fokus pasal wanita, kita lupa pasal lelaki. Al-Quran dan Hadis sememangnya menekankan tentang fitnah wanita, tetapi al-Quran dan Hadis tidak melupakan pasal fitnah lelaki terhadap wanita!

Sebagai contoh para muslimin mengambil gambar dan memuatnaik gambar-gambar yang bermacam-macam pose di Facebook.

Apa tujuan semua itu?

Mungkinkah untuk menggalakkan seseorang muslimin itu menyimpan janggut, memakai serban atau kopiah? Perkara itu amatlah jarang berlaku, sebaliknya menimbulkan fitnah terhadap wanita. Ada juga golongan yang warak memuatnaik gambar dalam Facebook.

Dah lah perwatakannya warak, kacak pulak tu. Lalu ramailah pulak golongan muslimah “like” gambar tu.

Bukan saja “like”, malah apa yang kita dapat lihat, ramai pulak muslimah yang ‘tersangkut’ dek mata kail fitnah lelaki warak tu.

Kononnya memuatnaik untuk menggalakkan orang lain untuk meniru cara Nabi SAW, padahal tindakannya itu membawa fitnah kepada muslimah!

Kalau pun memuatnaik gambar tu sekadar nak bagi kenal, tak perlulah bubuh gambar yang besar-besar dan bermacam-macam pose sampai membuatkan muslimah lain tersangkut di mata kail tu.

Cukuplah sekadar gambar biasa-biasa saja. Tapi, apa yang berlaku banyak pulak para muslimah tersangkut.

Bermacam-macam pujian diberikan. ‘Cutenyaaa, muka awak nampak alim, kacaknya, hensemnya…’ dan lain-lain.

Ada juga pujian fitnah yang ‘berbentuk islamik’ ya? Contohnya ‘indahnya ciptaan Allah, hensemnya ciptaan Allah ni…’ dan macam-macam lagilah!

Jadi, jangan fikir hanya wanita sahaja boleh bawak fitnah kat lelaki. Lelaki pun boleh bawak fitnah kepada wanita jugak. Ini adalah kerana kaum wanita juga dikurniakan gharizatul nau’ (naluri berkasih-sayang/seksual).

Mereka juga boleh terangsang dengan gambar-gambar kaum Adam.

Oleh itu, berpada-padalah dalam bergambar dan memuatnaik gambar kat Facebook dan laman sosial lain.

Kita asyik fokus pada fitnah wanita, dalam masa yang sama kita terlupa pasal fitnah lelaki terhadap wanita.

Sumber:MyIbrah.com

Jangan Bersedih,Allah Bersama Kita...


Dengan nama Allah



Yang Maha Pemurah



Lagi Maha Mengasihani


















"Bukan sengaja Allah membiarkan hamba-hambaNya TERUS MENDERITA,
Tetapi jauh dari itu DIA ingin memberi PAHALA TAMBAHAN untuk kita...
Kita tidak nampak pahala itu,
Tetapi nanti di Akhirat kita akan jadi orang yang sangat kaya.
Malaikat akan menunjukkan kepada kita harta-harta yang dikumpulkan diAkhirat milik kita..

Lalu kita bertanya kehairanan, ' Wahai Malaikat, dari mana datangnya begini banyak hartaku disini?'
Lalu Malaikat menjawab, ' inilah pahala-pahala sabarmu ketika didunia dahulu.

Dan juga segala yang kau minta didunia dahulu tetapi tidak engkau dapat, Allah menyimpannya untukmu disini.
Semua harta ini milik kamu kini'."

SUBHANALLAH....

ALLAH BERFIRMAN dalam surah al - Hijr ayat 56,

" Tidak ada orang yang berputus asa daripada Rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat.. "

" Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar "

(AL-BAQARAH : 155)

Tuesday, March 27, 2012

Khas Buat Kamu,LWA02F.

Dengan Nama Allah
Yang maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani




Alhamdulillah.Akhirnya program Asasi Undang-Undang sesi 2011/12 melabuhkan tirainya setelah berakhirnya peperiksaan akhir pada tengah hari tadi.

Memang sudah saya jangkakan,bahawa status-status serta post-post mengenai perpisahan akan menghiasi wall Facebook setiap warga Asasi ,tidak terkecuali saya.

Pada tengah hari tadi,kelas saya telah mengadakan satu jamuan perpisahan kecil di KFC Seksyen 7.Walaupun tidak semua yang hadir atas sebab-sebab tertentu namun cukup untuk kami meluangkan sedikit waktu-waktu terakhir sebagai pelajar Asasi bersama.

Dalam menulis blog sebenarnya saya mempunyai satu prinsip iaitu saya kurang gemar untuk bercerita tentang kisah hidup saya di blog,Bagi saya,blog adalah medium untuk saya berkongsi ilmu dan maklumat dengan orang lain.Namun,disebabkan rakan-rakan dari kelas LWA02F ini telah memberikan seribu erti kepada saya,maka saya mengalah dengan prinsip saya.

Jadi,inilah satu coretan kata buat warga kelas F yang cukup memberi makna dalam diri saya.Kami terdiri daripada 27 orang kesemuanya.


Kenalkan,sahabat karib saya yang paling rapat di kelas,Fadzli.Jika mahu diberikan sebab untuk  menangis kerana perpisahan ini maka sudah tentulah saya katakan saya akan menangis kerana dia ni.Saya masih ingat sewaktu kami mula-mula dipecahkan mengikut kelas,Fadzli ialah orang pertama yang menegur saya dengan wajah yang ceria.Saya tidak pernah menyangka ketika itu bahawa dia akan menjadi salah seorang yang bermakna dalam hidup saya.Fadzli banyak menolong saya selama ini.Jika ada masalah,biasanya saya akan bercerita kepada Fadzli.jika bermain futsal,Fadzli sentiasa sabar sebab saya tidak sehandal Fadzli.Saya memang suka bermain futsal dengan dia.Bukan itu saja,Fadzli juga tidak pernah sekali pun marah kepada saya.Sedih sebab saya akan jrang bertemu dengan dia selepas ini.Terima kasih banyak-banyak Li sebab kau banyak tolong aku,dengar masalah aku.Tapi aku tak pernah jadi seorang kawan yang baik untuk kau.Semoga kau terus dan sentiasa bahagia dalam hidup kau.Keep in touch.harap boleh jumpa kau lagi.


Faiz Aizudin.Seorang yang sangat pendiam dalam kelas,terutama dengan perempuan.Pelajar perempuan kelas saya selalu anggap Faiz ni sombong tapi sebenarnya Faiz ni sangat baik.Dia merupakan seorang yang saya kagum kerana sifatnya yang menjaga pergaulan dengan perempuan.jadi,kawan-kawan perempuan Faiz ni bukannya sombong tapi dia cuba menjaga pergaulan tu.Susah nak cari lelaki macam Faiz zaman sekarang ni.Faiz memang mempunyai ciri-ciri seorang suami yang baik.Hehe.Faiz,maaf kalau aku banyok tekasar bahaso nga mu.Muko ni sokmo hok maghi bilik nok pinje muto.Sapa bocor taya muto de ko aku.Maaf sebab pakoh mu nga Suri.Hehe...Semoga berjaya dalam hidup.Gomo Kelate Gomo!


Inilah dia pelajar paling comel dalam kelas saya,Luqman.Luqman memang obses betul dengan cerita-cerita Korea,entah apa yang dia minat saya pun tidak tahu.Tapi Luqman sangat baik.Dia tidak pernah sekali pun tunjukkan perasaan marah dia kepada saya menunjukkan bahawa dia sangat menjaga hati saya walaupun saya banyak usik-usik dia.Kalau anda hendak tahu,sampaikan pensyarah pun memuji kecomelan Luqman ni.Haha.Memang lepas Luqman asyik kena pangkah dengan saya dan Fadzli.Man,maafkan segala perbuatan,kata-kata aku kat kau selama kita berkawan ni.Aku tahu banyak yang aku terlepas cakap,gurau-gurau kasar dengan kau.Aku doakan kau berjaya dalam hidup.

FC Fuyyoo.Tempat ketiga futsal HAKA.



Sangat bersemangat dalam melakukan apa jua,itulah Ahza.Seorang yang sangat sangat rajin.Satu sifat Ahza yang saya suka adalah dia seorang yang sangat merendah diri.Ada seorang kawan perempuan sekelas saya cakap Ahza nampak kaya dan dia ni memang kaya pun.Tapi dia tidak pernah menunjuk-nunjuk.Ahza,maaf kalau banyak kata-kata aku yang ada dan pernah sakitkan hati kau.Walaupun kita selalu berselisih pendapat tapi kau tetap hormat pandangan aku.Banyak yang aku belajar dari kau.Semoga sihat selalu dan harap kau berjaya mencapai cita-cita kau.


Yang buat peace tu namanya Muayyad.Pelajar paling pandai dalam kelas saya.Muayyad seorang pembahas bahasa Inggeris yang sangat hebat.Kebolehan bercakap dia memang woww,sesuatu yang tiada pada saya.Muayyad,terima kasih untuk segala-galanya.Jangan fikir kau pernah kalahkan aku dalam FIFA kau dah berada di ranking atas aku.Hehe.Semoga berjaya dalam hidup.Yang disebelah Muayyad tu namanya Ruiz.Teman seLondon Muayyad.Ruiz sangat berbakat dalam nyanyian dan bermain gitar.Entah kenapa dia masuk Law ni pun saya tidak tahu.Jika saya bermain futsal,kalau ada Ruiz sebagai pertahanan saya sangat yakin takkan bolos sebab Ruiz bermain dengan penuh semangat.Ruiz,sangat gembira kerana dapat berkawan dengan kau.Aku suka main futsal dengan kau.Semoga berjaya dalam hidup.

Kami dan Sir Rosdin.


Okeh.Habis bercerita tentang jejaka-jejaka kelas F.Sekarang kita masuk kepada cerita mengenai kaum Hawa dalam kelas F pula.Namun,untuk mereka saya tidak akan letakkan gambar satu-satu kerana kaum Hawa bukanlah untuk ditunjuk-tunjuk,kan?Saya rasa perlu untuk menjaga perkara itu.General view untuk mereka ialah,saya sukakan cara mereka bergaul dengan kami.Jika saya lihat kelas-kelas lain,mereka selalu keluar bersama lelaki dan perempuan.Tapi kelas saya tidak begitu.Mungkin orang lain lihat kelas saya ini kurang bersatu namun begitulah kami.Saya sendiri pun tidak gemar jika selalu diajak keluar bersama ramai-ramai dengan jantina lain.Sekali sekala itu tidak mengapa.Jadi,mari kita mula sesi yang kedua...

'Atifah Hazimah bt Wahab:saya rasa dalam kalangan kawan perempuan yang lain,saya paling rapat dengan dia.Di kelas,saya suka usik dan pangkah memangkah dengan dia.Azie,maaf sebab banyak buat kau sakit hati.Aku memang suka bergurau dengan kau.Memang aku tak penah ade niat nak buat kau marah.Tapi,memang aku terkilan sebab kau tak join makan-makan kat KFC tu.Sekali lagi,aku mintak maaf kat kau.

Aina Nadiah bt Alias:Sangat baik dengan saya.Tak kira saya pernah pangkah dia,sorokkan purse dia di Palace of Justice ke,dia tak pernah tunjukkan kemarahan tu.Betul la apa kawan-kawan dia cakap,dia ni suka berfesyen.Hari ni baru saya perasan.Aina,maaf dan terima kasih untuk segala-galanya.Semoga berjaya dalam hidup.

Afifah Mahirah bt Awang Kechik@Awang:Pandai budaknya.Tiap kali test selalu dapat markah paling tinggi.Tension jugak kadang-kadang.Afifah,terima kasih sebab bersemangat masa debat HAKA hari tu.Walaupun kalah,tapi aku tetap puas hati.Seronok bekerjasama dengan kau.Aku doakan semoga masa depan kau cerah.

Anis Syuhada bt Azizan:Seorang muslimah.Rasanya itu sudah cukup untuk gambarkan perwatakan Anis ni.Sangat baik dan selalu beri nasihat kepada kawan-kawan.Anis,maaf kalau ada salah silap aku.Kalau ada yang tak kena,tolong tunjukkan.Semoga berjaya dalam hidup dan mendapat jodoh yang baik.Amin.

Adibah Shahirah bt Muhammad Idris:Kalau saya nak cakap,dialah yang paling cantik dalam kelas saya.Sampaikan lecturer pun cair dengan senyuman dia.Hehe.Saya tak banyak bercakap dengan Adibah ni sebenarnya.Adibah,maaf kalau aku ada salah silap dengan kau.Semoga berjaya dalam hidup.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Bintang Sidewalk


Fatin Liyana bt Sadri:Tak banyak untuk saya ceritakan tentang Fatin sebab jarang berinteraksi.Tapi dia seorang yang baik dan tidak pernah buat apa-apa yang buat saya sentap.Fatin,aku doakan kau supaya berjaya dalam hidup dan bahagia selalu.

Iman Nadia Nadheera bt Zulkifli:Iman ialah Assistant Class Rep kami.Seorang yang sangat tegas walaupun sebenarnya hati dia baik.Selalu cuba lakukan yang terbaik untuk kelas kami.Iman,aku tahu aku banyak buat salah dekat kau.Maaf kalau banyak sakitkan hati kau.Semoga berjaya dalam hidup.


Intan Shufina bt Johari:Intan selalu pangkah blog ni.Dia cakap nama blog ni entah apa apa.Tapi saya tahu sebenarnya dia jeles sebab takde blog macam ni.Hehe.Intan selalu buat lawak dalam kelas.Ceria dan sangat bersemangat ketika melakonkan watak perempuan buta dengan jayanya.Tahniah Intan!Intan,maaf kalau ada gurau-gurau aku ada buat kau terasa atau sakit hati.Semoga berjaya dalam hidup.Jangan segan untuk follow Yang Tidak Bernama ye?hehe.






Noor Munirah bt Abdullah Sani:Di kelas,kami panggil dia Mango.Entah dari mana dapat nama tu saya pun tak tahu.Mango seorang yang sangat kelakar dalam kelas.Satu kepala dengan Intan
.Tapi saya senang ketika bekerjasama dengan dia dalam satu kumpulan.Mango,maaf kalau aku ada salah silap dengan kau.Semoga berbahagia selalu di Sri Iskandar.


Nur Atirah Aiman bt Rahim:Saya rasa saya tidak pernah bercakap dengan dia sepanjang semester kedua ni.Dan dia adalah orang yang paling saya jarang bercakap.Saya ada sebab tersendiri untuk itu.Walaupun begitu, dialah penyebabnya kenapa saya keluar dari group kelas,akhirnya saya ask to join group balik.Sebabnya biarlah saya simpan untuk diri saya.Err,apa yang aku nak cakap dah ada dalam 'essay' tu.teeheee.


First outing kami.Di Parlimen.




Norhaslinda bt Abd Rahman:Linda ni seorang yang pendiam dan tak banyak bercakap dengan kami,pelajar lelaki.Daripada pandangan saya,Linda ni baik.Muka innocent tapi bila main bola baling,gempak kot.Linda ialah Kapten bola baling kelas kami sewaktu HAKA dulu.Linda,serius kalau aku tengok muka kau aku teringat kat adik perempuan aku yang kedua tu.Gaya kau senyum sebijik macam dia.Dah la nama ayah pun sama dengan aku.Maaf kalau ada salah dan silap terutamanya yang aku silap hantar mesej tu.Semoga berjaya dalam hidup.


Nik Amaleen Hanis bt Nik Mohd Shukri:Yang ni pun saya jarang bercakap ketika dalam kelas,luar kelas apatah lagi.Daripada apa yang saya nampak,Nik ialah seorang yang berusaha bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu.Nik ni pandai bahasa Jepun.Apa-apa presentation pun dia akhiri dengan ayat Jepun.Ceh,dia tak tahu saya pun pandai bahasa Jepun.Hehe.Nik,maaf juga kalau ada salah dan silap selama ni.Semoga berjaya dalam hidup.






Allia Qurraisha bt Zairul Hasnan:Allia juga ialah salah seorang peserta bahas BM bersama saya sewaktu HAKA tempoh hari.Seorang yang sangat bersemangat ketika presentation dengan intonasi suara sepertiseorang guru tadika yangmengajar murid-muridnya.Allia,maaf kalau ada salah silap selama ni.Jangan takut,aku tak makan orang.Semoga berjaya dalam hidup.


Fatin Hanani bt Ismail:Fatin berasal dari Sabah walaupun muka dia tak macam orang Sabah pun.Sangat komited ketika bekerja dalam satu kumpulan.Hani,maaf sebab selama ni banyak pangkah kau pasal 'accent' British kau tu.Hehe.Semoga berbahagia selalu.Ni nak confess sket ni,kau nampak sangat sangat cantik dan sweet masa pakai tudung.^_^


Fifiyani Joudi:Macam Fatin,Fifi juga berasal daripada Sabah dan boleh nampaklah keSabahan budak ni melalui percakapan dia.Satu perkara yang saya kagum tentang Fifi ialah,walaupun tidak fluent bercakap dalam BM dan BI tetapi dia sentiasa berani dan tidak berhenti mencuba.Fifi,maaf juga kalau ada salah silap kat mana-mana.Semoga berjaya dan bahagia dalam hidup.


Menyaksikan teater di KLPAC.


Siti Sarah bt Mohd Yahaya:Seorang yang sangat baik dan selalu memberi nasihat-nasihat yang berguna untuk kawan-kawan.Sarah selalu kena gosip-gosip liar di kelas.Entah betul entah tidak.Huhu.Sarah,macam Linda jugak,gaya kau tak ubah macam adik perempuan aku yang first tu.Betul-betul sama.Gaya jalan,gaya cakap suma sama.So,terima kasih dan mintak maaf untuk segala-galanya.Semoga berjaya dalam hidup.Hutang halal ea?hehe... 


Nabilah bt Muhammad Azmi:Yang ni pun salah seorang pelajar paling top dalam kelas saya.Che Nab panggilannya.Che Nab sangat sempoi,dengan sesiapa pun.Dia ni memang tersangat rajin dalam kelas.Kelas pukul 10.30 am,pukul 8 am dia dah sampai.Hehe.Che Nab,apa-apa pun terima kasih untuk segala-galanya.Maaf jika ada salah dan silap aku kat kau selama ni.Teruskan kecemerlangan kau.Semoga berjaya dalam hidup.


Lawatan kelas ke Palace of Justice





Nurul Nabila bt Nor Hisham:Nabila kalau ikut size,macam budak sekolah rendah.Yang paling unik,dia punya frekuensi suara boleh pecahkan kaca rasanya.Hehe.Saya pernah janji nak bagi hadiah masa harijadi dia dulu tapi tak tertunai pula.Nabila,maafkan segala salah dan silap aku ye,yang pasal hadiah tu kalau ada rezeki kau ade ar.Huhu.Terima kasih untuk segala-galanya.Semoga berjaya dalam hidup.


Nurul Rushda bt Mohd Ali:Rushda ni special sket dalam kelas kami.Dia ada satu trademark dia iaitu OTW.Hehe.Kalau tengok pada gaya Rushda,dia ni tak ubah macam datin.Dengan pakaian dia,tudung dia.Memang sama ar.Hehe.Rushda,maaf la kalau ada salah dan silap aku.Semoga berjaya dalam hidup. 


Suri Jessica bt Jeffery Chan:Suri ialah Class Rep kami.Kiranya macam ketua kelas la.Suri sangat marah kalau kami bising dalam kelas.Lepas tu mula dia menjerit suruh diam.Padan muka kami kena marah.Haha.Suri ni gila berTumblr.hari-hari pegi kelas bukak laptop,pastu tumblr je kerja dia dengan headphone kat kepala tu.Hoho.Suri,walaupun aku tahu probability kau nak baca blog ni sangat la rendah,tapi aku tetap nak mintak maaf kat kau.Salah silap aku kat kau selama ni.Semoga berjaya mencapai cita-cita kau.Lagi satu,jangan lupa baca buku-buku yang aku bagi tu.Insya-Allah berguna.  


Makan Malam Asasi di Hotel Concorde.


Ikhlas dari hati seorang teman,
Terima kasih atas setiap kebaikan,
Jutaan penghargaan atas kebesaran jiwa kau hamparkan,
Moga Allah memberi ganjaran,
Syukurku pada Tuhan atas pertemuan,
Moga ukhwah akan berkekalan,
Maafkan diri ini yang serba kekurangan,
Yang tak sunyi melakukan kesilapan,
Ampunkan diri ini yang tidak pernah menjadi teman terbaik.

Semoga hari-hari yang mendatang merupakan yang terindah buatmu,Insya-Allah,
Semoga tabah mengharungi ujian yang diberikan Allah,
Semoga dengan perpisahan ini,
Akan bertambah iman di dadamu.

-Salam hormat dari Mohamad Nasruddin bin Ab Rahman-






































Thursday, March 22, 2012

Apa Yang Seorang Muslimah Solehah Itu Tidak Lakukan?



Kain Yang Nipis
Muslimah tidak menggunakan kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg tidak layak dipakai oleh muslimah..
Rantai Kaki
Muslimah tidak menggunakan rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
Minyak Wangi
Muslimah tidak menggunakan minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
Kata-kata
Muslimah tidak menggunakan kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
Apabila Berbicara
Muslimah tidak menggunakan masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.
Pemakaian
Muslimah tidak menggunakan tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
Muslimah tidak menggunakan kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.
Bahasa Percakapan
Muslimah tidak menggunakan lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya memujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini “?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
Make-up
Muslimah tidak menggunakan make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya.


Sumber:Cahaya Islam.net





Tuesday, March 20, 2012

Ada Apa Dengan Kambing.





Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. 
Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. 
Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam. 

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. 
Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.
Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam.

Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ.
Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.
Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.
Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya.
Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.

Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.
Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.
Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.
Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.
Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.
Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.
Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati.

Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit.
Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul!
Lalu cendekiawan menepuk tangan.
Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul...
Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya.
Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing.

Cendekiawan pun mula bercerita...
"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.
Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah). "
"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua?
Gembala kambing memberi jawapan, lima Betullah...
Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam. "
"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa.

Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi.
Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. "
"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah..
Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. "

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.
Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan.
Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...
" Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu.
Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak!
Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.
Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."

" Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk.
Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang.
Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga.
Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam.
Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi...

" Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.
Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela. Wallahualam..
 

Thursday, March 15, 2012

Awak,Saya Nak Pegang Boleh?



Dengan nama Allah 
yang Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat semua.Di sini sekali lagi saya mahu berkongsi dengan anda semua satu artikel yang saya rasakan amat penting untuk semua tahu.Artikel ini mengenai pergaulan antara lelaki dan perempuan,di mana kita boleh lihat sekarang bahawa persentuhan antara lelaki dan perempuan itu sudah dianggap biasa oleh masyarakat kita khususnya para remaja.Sehinggakan menimbulkan kekeliruan kepada golongan non-Muslim mengenai hal ini.Sahabat saya,Azri ada pengalaman menjawab soalan-soalan mereka mengenai persentuhan antara lelaki dan perempuan.Anda boleh klik sini.Mohon luangkan sedikit masa membaca artikel di bawah.


Pada zaman sekarang, bersalaman tangan antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi hina itu meruntuhkan akhlak Islam yang mesti ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika ada seorang daripada mereka berbincang tentang hukum syariat, dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh anda sebagai kolot, ketinggalan zaman, kaku, susah untuk didekati, ekstrim, hendak memutuskan silaturrahim, menggoyahkan niat baik dan sebagainya.
Sehingga dalam masyarakat kita, berjabat tangan dengan sepupu, ipar, biras, isteri bapa saudara (mak saudara), suami ibu saudara (bapa saudara) lebih mudah daripada minum air.

Seandainya mereka melihat secara jernih dan penuh pengetahuan tentang bahaya persoalan tersebut menurut syara’ tentu mereka tidak akan melakukan hal tersebut.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat At-Thabrani)
Kemudian tidak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan pun berzina.” (Hadis riwayat Ahmad)
Dan, adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Muhammad S.A.W ? Namun begitu, beliau mengatakan:
“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ahmad)
Beliau juga bersabda:
“Sesungguhnya aku tidak menyetuh tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ath Thabrani)
Dan dari Aisyah R.A, dia berkata:
“Dan demi Allah, sesungguhnya tangan Rasulullah S.A.W tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi beliau membai’at mereka dengan perkataan.” (Hadis riwayat Muslim)

Hendaknya takut kepada Allah, orang-orang yang mengancam cerai isterinya yang solehah kerana tidak mahu bersalaman tangan dengan lawan jenis meskipun memakai alas hukumnya tetap HARAM.

Sumber: http://www.halaqah.net/
             :http://myibrah.com

Sebenarnya,hukumnya sudah jelas.Tetapi kerana penghayatan Islam dalam diri itu kurang yang menyebabkan ramai orang pada hari ini memandang perkara ini sebagai perkara biasa.Lebih teruk,bukan sahaja berpegangan tangan malah ada yang berpeluk antara lelaki dan perempuan.Mereka menganggap perkara itu biasa padahal perbuatan itu yang akan membawa mereka kepada kemurkaan Allah SWT.Astaghfirullah al Azim!Menunjukkan betapa akhlak dan moral dalam kalangan remaja pada hari ini sudah terhakis.Sedarlah wahai kawan-kawanku di luar sana.Marilah menjunjung Islam dalam diri kita.Jika bukan kita,siapa lagi?

Semoga kita semua mendapat kemenangan di dunia dan akhirat.Wallahu'alam.

Wednesday, March 14, 2012

Ketika Allah Menciptakan Wanita



Ketika Allah menciptakan wanita,
Malaikat datang dan bertanya, “Mengapa begitu lama, Tuhan?”
Tuhan menjawab, “Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?”
Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan…
Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya…
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan…
Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini…
Malaikat menjawab, “Hanya dengan dua tangan ini?”
“Tetapi…,Engkau membuatnya begitu halus & lembut”
“Ya…, AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa”
“Apakah dia mampu berfikir?” Tanya Malaikat
Tuhan menjawab, “Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya
Malaikat itu menyentuh dadanya,
“Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya”
“Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga”
“Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan”
“Ya….., Harus…!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki…
Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri…
Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit…
Mampu tertawa saat hatinya menangis…
Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya…
Dia boleh melawan ketidakadilan…
Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia…
Hatinya terluka saat melihat kesedihan…
Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka…
“CINTANYA TANPA SYARAT”
Malaikat sangat kagum, “Lalu apa kekurangannya?”
Tuhan menjawab, “Hanya satu hal….., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia”.

Sumber:Cahaya Islam

Tuesday, March 13, 2012

Tanda-Tanda Golongan Munafik



50 tanda-tanda orang munafik menurut al-quraan dan sunnah, di antaranya ialah :

1-Malas beribadah kepada Allah.
2-Lupa kepada Allah.
3-Lalaikan solat fardhu.
4-Mempercepatkan mengerjakan solat.(ertinya tanpa toma'ninah]
5-Gemar meninggalkan solat berjamaah.

6-Meninggalkan solat jumaat.
7-Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi.
8-Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf.
9-Menyembunyikan ilmu pengetahuan.
10-Mengamalkan riak.

11-Hasad dengki.
12-Dusta.
13-MungKir janji.
14-Bakhil.
15-Fitnah.

16-Mencaci maki.
17-Mengumpat.
18-Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya.
19-Mengingkari takdir allah.
20-Mempersendakan kesucian Agama.

21-Enggan berjihad dijalan allah.
22-Menghina sahabat Rasullah shallallahu 'alaihi wasallam.
23-Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar.
24-Menangguhkan pembayaran Hutang.
25-Menipu dalam jual beli.

26-Ghasab(Mengambil tanah orang lain tanpa hak).
27-Duduk dan bercampur dengan orang2 yang memperolokan ayat Allah.
28-Memakan harta anak yatim.
29-Membuka rahsia orang lain.
30-Merasa aman dari murka Allah apabila berbuat dosa.

31-Memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai.
32-Menghalang orang dari mengamalkan ajaran Islam.
33-Suka pada kesesatan dan menyesatkan orang.
34-Bermuka dua (talam dua muka).
35-Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya.

36-Sombong antara sesama manusia.
37-Suka berbantah dan bertengkar sesama muslim.
38-Melampaui batas yang digariskan oleh Allah.
39-Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup.
40-Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah.

41-Keluh kesah apabila ditimpa musibah.
42-Menghianati sesuatu amanah.
43-Memutuskan hubungan silaturahim.
44-Memecah belahkan perpaduan kaum muslimin.
45-Menghalalkan perkara yang haram.

46-Membuat kerosakan dimuka bumi.
47-Menuduh orang beriman bodoh.
48-Mengubah dan menyalah gunakan ayat2 Allah.
49-Bersumpah dengan selain nama Allah.
50-Merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.

"Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat".[Al-Baqarah:16]
 



Subhanallah!Mungkin lebih dari ini sifat-sifat munafik itu.Jika ada sebahagian tanda-tanda ini pada diri kita,maka marilah kita bersama-sama membuang tanda-tanda itu.Semoga kita mendapat kemenangan di dunia dan akhirat.Aminn.Wallahu'alam.

Monday, March 12, 2012

Debaran Malam Pertama





Mahasiswa: "Pakcik, pakcik tahu tak bandar yang paling pesat berkembang kat dunia ni? Kalau pakcik tau pun, pakcik sure ingat2 lupa dek kesan asap rokok yg meracuni diri pakcik skrg ni."

Pakcik: "Pakcik tau."

Mahasiswa: "Ha..apa dia?"

Pakcik: "Kuburan."

Mahasiswa: "Saya tanya pasal bandar pakcik..bandar~ Ni la akibat isap rokok byk sgt. Menjadikan pakcik bukan saja kurang ingatan tapi....."

Pakcik: "Tapi apa? Tahukah kamu wahai mahasiswa cerdik pandai, setiap hari ada orang mati dan ditempatkan di kuburan. "Bandar" itu semakin berkembang sehari ke sehari. Penduduknya makin padat. Hari ini hari mereka. Esok mungkin hari kita jadi penduduk bandar itu. Kematian itu pasti. Rokok ini hanya asbabnya. Megi juga asbabnya. Bukannya Nabi tak pernah larang jgn amik benda mudarat. Tapi kita yang degil. Kerana sedap, badan binasa. Ok mulai hari ini, pakcik berenti merokok."

Mahasiswa: "...." (terdiam sambil menatap muka berjerawatnya pada side mirror RXZ beliau berkali-kali.)







Ingatlah wahai rakan-rakan sekalian,bahawa kita pada suatu hari nanti bakal dipanggil menghadap Yang Maha Besar di akhirat sana.Berdoalah supaya Allah SWT menjadikan pengakhiran yang baik untuk kita,bukannya pengakhiran yang buruk.


Janganlah kita leka akan kesibukan dunia ini yang tidak ada nilainya pada pandangan Allah.Beringatlah,apabila bangun dari tidur,bersyukurlah dan ucapkanlah Alhamdulillah.Kerana apa?Kerana Allah SWT masih lagi memberikan kita peluang untuk menebus kembali segala dosa-dosa kita.Masha-Allah!Sungguh mendalam kasih sayang Allah terhadap kita.


Janganlah kita biarkan malam pertama kita di alam kubur menjadi malam yang panjang,malam yang sangat menyusahkan hati kita,yang amat menakutkan.Janganlah kita biarkan malam pertama kita di alam sana ditemani dengan haiwan-haiwan berbisa yang menunggu untuk membalas setiap perbuatan dosa kita di atas dunia.Astaghfirulah al Azim!


Tetapi,luaskanlah kubur kita nanti dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran.Terangilah malam pertama itu dengan amalan solat tahajjud dan qiamullail sebab pada masa itu tiada lagi TNB  untuk membekalkan elektrik.


Semoga kita mendapat kemenangan di dunia dan akhirat.Aminn.Wallahu'alam.



Sunday, March 11, 2012

Inilah Pilihan Hatiku.

Dengan nama Allah 
yang Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani 



Assalamualaikum semuanya.Bagaimana iman kita pada hari ini?Adakah meningkat ataupun sekadar mendatar?Jangan-jangan iman kita menurun berbanding semalam.Masha Allah!Jika itu terjadi maka kita mesti lekas menambahkan iman kita dengan amal ibadat serta taubat kepada Allah SWT.

Perbandingan yang mudah.Kebiasaannya,apabila handphone kita menunjukkan isyarat 'low battery' maka kita cepat-cepat akan mengecas bateri handphone kita.Namun,bila diri kekurangan iman,langsung tidak mahu hiraukan sampaikan kadangkala imannya terus malap tidak bercahaya.Itulah manusia.


Saya bakal menghadapi peperiksaan akhir pada minggu hadapan.Dalam keadaan seperti ini,kita semestinya akan berusaha belajar bersungguh-sungguh supaya memperoleh keputusan yang cemerlang,betul?Tetapi,cukupkah dengan sekadar usaha kita itu?Cukupkah sekadar kita 'stay up' sampai pukul 3,4 pagi semata-mata untuk belajar?Namun,apabila menghadapi kegagalan,kita salahkan orang lain,kita salahkan perkara lain dan yang lebih teruk kita bersangka buruk kepada Allah SWT.



Tetapi,pernahkah kita berdoa kepada Allah?Pernahkah kita bangun malam untuk bersujud kepada Allah?Ya,mungkin ramai yang mengatakan bahawa mereka sudah berdoa,tetapi tetap tidak berjaya.Cuba fikirkan kembali.Kita memohon kepada Allah supaya mengurniakan kejayaan kepada kita,supaya tunaikan permohonan dan segala permintaan kita tetapi pernahkah kita cuba menunaikan hak Allah SWT?Adakah bila azan berkumandang,kita bergegas untuk menunaikan solat?Ataupun kita hanya duduk dan menyambung mengulang kaji atau melakukan perkara lain hingga hampir habis waktu,baru kelam kabut mahu solat?

Memang,sudah menjadi lumrah manusia yang sentiasa mahu mendahulukan dirinya berbanding orang lain.Kita sering mahu orang lain menunaikan hak ke atas diri kita tetapi sedarkah kita bahawa menunaikan hak ke atas orang lain itu lebih utama?Samalah juga dengan hal di atas.Kita solat pun selalu di akhir waktu,jika yang solatlah.Berdoa pun tidak pernah bersungguh-sungguh.Halal haram kita pandang ringan.Tetapi apabila melakukan sesuatu seperti menjawab peperiksaan atau seumpamanya,kita mengharapkan Allah akan memberikan yang terbaik.Apa ni?Come onlah,tunaikan hak dan tanggungjwab kita ke atas Allah terlebih dahulu.

Betul,memang kita perlu berdoa kepada Allah dalam setiap perkara dan memang Allah mendengar setiap doa hamba-Nya.Cuma apa yang saya mahu tekankan di sini ialah kita perlulah lakukan dahulu apa yang Allah suruh kita buat dan kenalah buat dengan bersungguh-sungguh.Barulah kita layak untuk meminta dan memohon sesuatu kepada Allah.
   
Allah always has three replies to our Du'a;

1) “Yes”
2) “Yes, but not now”
3) “I have a better plan for you”

There's never a 'NO' just have faith and keep praying.

Untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan semua.Wallahu'alam.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...