Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Sunday, March 11, 2012

Inilah Pilihan Hatiku.

Dengan nama Allah 
yang Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani 



Assalamualaikum semuanya.Bagaimana iman kita pada hari ini?Adakah meningkat ataupun sekadar mendatar?Jangan-jangan iman kita menurun berbanding semalam.Masha Allah!Jika itu terjadi maka kita mesti lekas menambahkan iman kita dengan amal ibadat serta taubat kepada Allah SWT.

Perbandingan yang mudah.Kebiasaannya,apabila handphone kita menunjukkan isyarat 'low battery' maka kita cepat-cepat akan mengecas bateri handphone kita.Namun,bila diri kekurangan iman,langsung tidak mahu hiraukan sampaikan kadangkala imannya terus malap tidak bercahaya.Itulah manusia.


Saya bakal menghadapi peperiksaan akhir pada minggu hadapan.Dalam keadaan seperti ini,kita semestinya akan berusaha belajar bersungguh-sungguh supaya memperoleh keputusan yang cemerlang,betul?Tetapi,cukupkah dengan sekadar usaha kita itu?Cukupkah sekadar kita 'stay up' sampai pukul 3,4 pagi semata-mata untuk belajar?Namun,apabila menghadapi kegagalan,kita salahkan orang lain,kita salahkan perkara lain dan yang lebih teruk kita bersangka buruk kepada Allah SWT.



Tetapi,pernahkah kita berdoa kepada Allah?Pernahkah kita bangun malam untuk bersujud kepada Allah?Ya,mungkin ramai yang mengatakan bahawa mereka sudah berdoa,tetapi tetap tidak berjaya.Cuba fikirkan kembali.Kita memohon kepada Allah supaya mengurniakan kejayaan kepada kita,supaya tunaikan permohonan dan segala permintaan kita tetapi pernahkah kita cuba menunaikan hak Allah SWT?Adakah bila azan berkumandang,kita bergegas untuk menunaikan solat?Ataupun kita hanya duduk dan menyambung mengulang kaji atau melakukan perkara lain hingga hampir habis waktu,baru kelam kabut mahu solat?

Memang,sudah menjadi lumrah manusia yang sentiasa mahu mendahulukan dirinya berbanding orang lain.Kita sering mahu orang lain menunaikan hak ke atas diri kita tetapi sedarkah kita bahawa menunaikan hak ke atas orang lain itu lebih utama?Samalah juga dengan hal di atas.Kita solat pun selalu di akhir waktu,jika yang solatlah.Berdoa pun tidak pernah bersungguh-sungguh.Halal haram kita pandang ringan.Tetapi apabila melakukan sesuatu seperti menjawab peperiksaan atau seumpamanya,kita mengharapkan Allah akan memberikan yang terbaik.Apa ni?Come onlah,tunaikan hak dan tanggungjwab kita ke atas Allah terlebih dahulu.

Betul,memang kita perlu berdoa kepada Allah dalam setiap perkara dan memang Allah mendengar setiap doa hamba-Nya.Cuma apa yang saya mahu tekankan di sini ialah kita perlulah lakukan dahulu apa yang Allah suruh kita buat dan kenalah buat dengan bersungguh-sungguh.Barulah kita layak untuk meminta dan memohon sesuatu kepada Allah.
   
Allah always has three replies to our Du'a;

1) “Yes”
2) “Yes, but not now”
3) “I have a better plan for you”

There's never a 'NO' just have faith and keep praying.

Untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan semua.Wallahu'alam.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...