Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Friday, March 2, 2012

Reprogramming Myself

Dengan nama Allah 
yang maha pemurah 
lagi maha mengasihani

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya.Alhamdulillah,pada hari ini,tanggal 2 Mac 2012 saya telah berjaya menghabiskan kuliah saya sebagai pelajar Asasi Undang-Undang.Segala suka dan duka,kenangan bersama rakan-rakan di sini akan saya sentiasa sematkan di hati saya.Sememangnya,pengalaman di sini merupakan antara yang terindah yang Allah SWT telah kurniakan kepada saya.Alhamdulillah sekali lagi.Jangan risau,Insya-Allah akan ada satu entri khas berkenaan kelas saya,LWA02F dan mengenai rakan-rakan satu bilik saya.

Baiklah,kita lupakan seketika perasaan sedih nak berpisah tidak lama lagi.Oleh sebab kuliah sudah tamat maka kami sekarang berada di minggu mengulang kaji.Mungkin ada yang balik ke rumah masing-masing dan ada juga yang tinggal di kolej memandangkan minggu ini boleh dikatakan kami sudah bebas.Tidak perlu datang ke kelas lagi.Peperiksaan akhir akan bermula pada 16 hb Mac ini.Jadi,minggu mengulangkaji ini amatlah penting untuk menyemak balik apa topik-topik dan tajuk-tajuk yang kurang difahami.

Bagi saya,minggu mengulang kaji ini amatlah penting untuk saya mengatur kembali perencanaan hidup saya yangsudah semakin terumbang-ambing.Agak ketara perubahan yang berlaku kepada diri saya yang saya boleh lihat sendiri baik dari segi dalaman ataupun luaran.Entahlah jika mereka yang berada di sekeliling saya ini pun perasan akan perubahan saya.Saya membuat keputusan untuk balik ke rumah saya di Kelantan kerana saya rasakan saya perlu 'lari' sekejap dari segala masalah sekarang.Mungkin hanya untuk tenangkan diri.Kerana saya perlu mengenalpasti apakah yang perlu saya lakukan untuk memastikan segala target dan impian dapat dicapai.Insya-Allah.



Memang saya betul-betul berharap saya dapat menggunakan masa yang ada ini untuk kembali muhasabah diri saya,membetulkan diri saya serta menambahkan lagi ilmu yang cetek di dada ini.Saya sedar bahawa berat tanggungjawab yang saya akan pikul sebagai seorang Muslim.Maka,saya rasakan bahawa saya perlu lebih bersedia dan berwaspasa.Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan saya di dunia dan akhirat.Amiinn...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...