Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Saturday, May 14, 2011

PAHALA AMAL BERGANTUNG KEPADA NIAT


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah,Umar bin Al-Khatab r.a berkata,bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya:Sesungguhnya diterima setiap amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya.Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya,dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya.Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya,dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya.

Riwayat:al-Bukhari

Disebutkan dalam hadis ini kalimah 'diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya'.Yang dimaksudkan dengan amal di sini ialah semua jenis amal yang dibenarkan syariat.Maksudnya,segala jenis amal yang dibenarkan syariat yang dilakukan tanpa niat,menjadi tidak bernilai apa-apa menurut agama.Misalnya wuduk,mandi wajib,tayamum,solat,zakat,puasa,haji,iktikaf dan ibadah-ibadah lain.

Amal Yang Tidak Memerlukan Niat
  • Meninggalkan perbuatan haram.
  • Mengembalikan barang pinjaman.
  • Membersihkan diri daripada najis kerana perbuatan ini termasuk perbuatan menghilangkan barang yang tidak baik.
  • Menyampaikan pemberian atau hadiah orang.

Imam Nawawi membahagikan amal ibadah kepada tiga:
  1. IBADAH HAMBA:Ibadah orang yang takut kepada Allah SWT.
  2. IBADAH SAUDAGAR:Ibadah orang yang hendak mendapatkan syurga dan pahala.
  3. IBADAH MERDEKA:Ibadah yang sebenar kerana menunaikan tanggungjawab ,rasa syukur dan berasa malu kepada Allah SWT.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...