Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Wednesday, June 22, 2011

AGAMA ITU NASIHAT-Nasihat Untuk Allah

Diriwayatkan daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda:

"Agama itu nasihat.Kami bertanya:'Untuk siapa?' Baginda menjawab:'Untuk Allah,Kitabnya,Rasulnya,para pemimpin kaum muslimin dan bagi manusia umumnya."

Riwayat Ahmad,Muslim dan Abu Daud


1.NASIHAT UNTUK ALLAH SWT

  • Beriman semata-mata kepada-Nya.
  • Menjauhkan diri daripada perbuatan syirik dalam iktikad dan ibadat.
  • Menjauhkan diri daripada sikap ingkar terhadap suruhan-Nya.
  • Mengagungkan Allah dengan sifat-sifat sempurna.
  • Menyucikan-Nya daripada segala sifat kekurangan.
  • Mentaati-Nya.
  • Menjauhkan diri daripada perbuatan dosa.
  • Mencintai dan membenci sesuatu kerana-Nya.
  • Berjihad menghadapi musuh.
  • Mengakui dan bersyukur atas semua nikmat-Nya.
  • Ikhlas dalam segala urusan.
  • Mengajak manusia melakukan segala perkara yang baik.
  • Bersikap lemah lembut kepada sesama manusia.

Al-Khathabi berkata:
"Secara prinsip,kebaikan daripada sifat-sifat baik tersebut kembali kepada pelakunya sendiri,kerana Allah tidak memerlukan kebaikan daripada sesiapa."




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...