Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Friday, December 23, 2011

Erti Sebuah Pertemuan

Assalamualaikum semua...Alhamdulillah ,saya rasa sangat bersyukur pada hari ini kerana dapat juga untuk bertemu dengan abang usrah saya di UiTM iaitu abang Khairul Anwar.Sudah agak lama kami tidak bertemu dan mengadakan usrah bersama 2 orang lagi rakan usrah saya iaitu Azri Arief dan Rais.Saya sebenarnya yang mahu bertemu dengan abang Nuar ni sebab rasa rindu pulak kat dia.Haha.Jadi,kami ada sedikit berbincang beberapa perkara dalam pertemuan singkat tadi kerana abang Nuar agak sibuk memandangkan musim peperiksaan semakin hampir.

Perlukah Kita Cakna Tentang Politik?

Abang Nuar bertanya kepada saya mengenai isu-isu politik semasa dan saya gagal menjawab kerana saya kurang minat mengenai politik.Abang Nuar kemudian menerangkan kepada saya bagaimana untuk menanam minat terhadap politik.Mungkin jika ditanya kepada orang ramai,ramai yang tidak berminat untuk berceritakan mengenai politik dengan alasan politik di Malaysia adalah politik kotor.Sebenarnya,politik itu tidak kotor.Namun,kita sebagai manusia yang mengotorkannya.Itu yang terlebih dahulu patut kita faham.

Dunia yang kita huni sekarang ini sebenarnya merupakan alat untuk kita sama ada mahu ke syurga atau ke neraka.Politik juga begitu.Politik boleh menjadi satu jalan untuk kita ke syurga namun boleh juga membawa kita ke neraka.Adakah cukup sekadar kita hanya membaca surat khabar,membaca blog-blog dan sebagainya?Adakah cukup sekadar kita bercakap-cakap kosong mengenai politik namun tidak mengambil sebarang tindakan?Abang Nuar memberikan satu analogi yang cukup mudah mengenai persoalan-persoalan ini.

Analogi Mudah

Dalam satu perlawanan bola sepak terdapat dua pasukan yang akan bertarung di antara satu sama lain untuk memenangi perlawanan itu.Dalam perlawanan itu,terdapat pemain-pemain yang berada di atas padang dan terdapat penyokong-penyokong yang memberikan sokonganSebagai contoh,kita ambil pasukan Barcelona menentang Real Madrid.Barcelona menggunakan strategi 4-3-3 manakala Real Madrid menggunakan strategi 4-4-2.Kedua-duanya menggunakan strategi yang berbeza untuk memenangi perlawanan tersebut.Tiada masalah tentang itu.Namun,Barcelona memberikan rasuah kepada pengadil dan Real Madrid pula bermain dengan kasar dengan niat untuk mencederakan pemain lain.Kita boleh lihat di sini bahawa kedua-dua pasukan menggunakan cara yang salah untuk memenangi perlawanan tersebut.Jika kita faham,siapakah pemain-pemain itu dalam konteks dunia politik kita?Sudah tentulah parti-parti politik sekarang ini iaitu PAS,UMNO,MCA dan sebagainya.

Menjawab persoalan di atas,jika kita sebagai penyokong yang menonton perlawanan bola sepak di antara Barcelona dan Real Madrid sebentar tadi,adakah kita mampu menjamin pasukan pilihan kita akan memenangi perlawanan tersebut?Katakanlah seramai 100,000 penyokong membanjiri stadium,namun adakah 100,000 orang ini mampu menjamin bahawa pasukan mereka akan menang seperti yang terjadi ketika perlawanan akhir Sukan SEA antara Indonesia menentang Malaysia.Jadi,apa yang perlu kita buat untuk memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan kita?Jawapannya mudah.Kita sendiri yang perlu menjadi pemain.Apa bila kita yang menajdi pemain,barulah kita boleh faham apa yang berlaku sebenarnya di sebalik sesebuah pasukan itu.Barulah kita boleh berusaha bersungguh-sungguh untuk menang.

Apa yang saya mahu katakan ialah kita tidak perlu lari dari politik ini.Tidak perlu takut sebenarnya.Kerana,kita yang perlu dan bertanggungjawab untuk memilih kepimpinan kita.Kalau saya sebab saya belum cukup umur untuk mengundi lagi,maka tanggungjawab tu belum ada.Dan,mengundi itu sebenarnya satu amanah kepada kita dalam memilih gerakan yang dilihat bersungguh-sungguh untuk menegakkan Islam di negara kita ini.Politik ini hanyalah salah satu jalan untuk menegakkan Islam,bukannya sebagai tujuan utama. 

Bagus Ke Kalau Kahwin Muda Ni?


Saya tanya kepada abang Nuar adakah dia sudah mempunyai calon isteri kerana umur dia sudah mencecah 25 pada hari ini.Saya pun baru tahu.Haha.Saya tanya pendapat dia tentang bernikah dalam usia yang muda sebab saya ni selalu berangan-angan nak kawin awal.Hehe.

Jawab abang Nuar,katanya tak salah jika mahu bernikah dalam usia yang muda namun tanggungjawab sebagai seorang suami tu sangat berbeza.Perkara ini memerlukan pengalaman kerana pengalamanlah yang mengajar kita erti kehidupan.Jika nak dikira,semalam juga merupakan pengalaman namun adakah cukup untuk mengajar kita?Sudah tentu bagi mereka yang seusia saya,pengalaman selama 18 tahun masih belum cukup untuk membuat kita lebih matang,Masih banyak lagi yang perlu kita tempuhi dan pelajari dalam kehidupan ini.

Tetapi,jika mahu juga bernikah awal,seeloknya carilah seorang pasangan yang mampu memahami apa yang kita perjuangkan,seorang yang sentiasa menyokong kita dalam setiap perkara kebaikan.Kata-kata abang Nuar itu membuatkan saya sedar bahawa tidak ada gunanya saya risau dalam soal nikah awal-awal kerana jodoh kita sudah ditentukan oleh Allah SWT,hanya masa yang menentukan.Kalau awal,awallah.Kalau lambat,lambatlah jawabnya.Tetapi,tidak dinafikan bagus jika bernikah dalam usia yang muda ni sebab boleh menjaga kita dari melakukan zina dan sebagainya.

Cuma,bagi diri saya,saya merasakan saya masih belum cukup bersedia dan matang dalam perkara ini.Calon ada atau tak itu hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui.Masih banyak perkara yang perlu saya baiki sebab pernikahan ini sememangnya bukan sesuatu yang main-main.

Itulah beberapa perkara yang saya bincangkan dengan abang Nuar tadi.Sedikit sebanyak menambahkan ilmu saya serta banyak pengajaran yang boleh saya ambil.Mengenai politik tu,saya rasakan perlu untuk saya kongsikan kerana kita semua perlu faham apa yang dimaksudkan dengan politik itu.Soal nikah dalam usia muda tu pulak,err...terpulang kepada pandangan masing-masing kerana kita semua berbeza.

Semoga kita mendapat kemenangan di dunia dan akhirat.Wallahu'alam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...