Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Saturday, October 8, 2011

Jemputlah Khusyuk Dalam Solatmu...


Assalamualaikum...semalam saya ade la beli majalah Solusi edisi ulang cetak.Baca punya baca,nampak la satu kolum cerita cara untuk khusyuk dalam solat.So,saya nak kongsi sikit la dgn semua mudah-mudahan kita semua beroleh rahmat dari Allah SWT.Amin

1.Kita mesti ade kemahuan yg kuat ataupun dlm bahasa omputehnye strong will.Ye la,kita kene tanya dulu diri kita,nak ke kita khusyuk dalam solat atau sebaliknya.

2.Sebelum kita solat,sebaiknye dengar dan jawab azan.Pastu,baca doa lepas azan.

3.Kita digalakkan bersiwak yakni bersugi ataupun nak lagi senang paham menggosok gigi sepertimana yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW.

4.Berwuduklah secara sempurna.

5.Pakai pakaian yang bersih.

6.Anggaplah solat itu solat yang terakhir.

7.Cuba fahami maksud bacaan dalam solat.

8.Berhenti sejenak selepas bacaan setiap ayat.

9.Gunakan sutrah untuk menghadirkan khusyuk.Sutrah ni membantu mengehadkan pandangan mata,mengelakkan orang lalu di hadapan orang yang tengah solat dan menghalang usaha syaitan mengalihkan pandangan orang yang sedang bersolat.

10.Memandang tempat sujud.

11.Pelbagaikan surah dalam solat.Kalau kita asyik baca surah same je mesti bosan kan?So ade eloknye kita pelbagaikan surah.

Insya-Allah,itulah sedikit sebanyak dapat kita kongsikan bersama hari ni.Moga-moga Allah SWT akan hadirkan khusyuk dalam solat kita.Yang penting,usaha untuk khusyuk tu ade dan selebihnya kita serahkan saje kepada Allah SWT.Allah SWT berfirman dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2,

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ
Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman,(1)yaitu orang -orang yang khusyuk dalam solatnya. (2)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...