Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Friday, October 7, 2011

Selamat Hari Jumaat


Assalamualaikum...sekadar entri ringkas buat menghias penghulu segala hari,iaitu hari Jumaat..Hari ini 9 Zulkaedah 1432 bersamaan 9 Oktober 2011...Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi kesempatan untuk hidup.Alhamdulillah...

Sedikit perkongsian mengenai keberkatan dan kelebihan Hari Jumaat ini.As we all know,hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan banyak peristiwa penting berlaku pada hari Jumaat antaranya adalah hari di mana bapa kita,Nabi Adam a.s dicipta oleh Allah SWT serta diturunkan ke bumi.Hari Jumaat juga adalah hari yang dijanjikan akan berlaku kiamat sepertimana Nabi Muhammad SAW bersabda,

'“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (
Hadis riwayat Tirmidzi).

Bagi kita kaum lelaki,hari Jumaat merupakan hari yang penting kerana kita perlu melaksanakan solat Jumaat.Besar ganjarannya untuk solat Jumaat.Maka kita jangan ambik mudah pasal solat Jumaat ni.Hari Jumaat juga dimuliakan oleh Allah SWT dengan menjadikan hari ini mustajab dan istimewa untuk kita berdoa memohon keampunan dan pertolongan daripada Allah SWT,

Moga-moga hari ini kita dilimpahi sinar dan rahmat daipada Allah SWT.Owh,tak ingat..Disunatkan juga untuk kita membaca surah Al-Kahfi serta banyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW pada hari ini.Insya-Allah kehidupan kita diberkati ALlah SWT.Amiinn.....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...