Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Showing posts with label Tips Dan Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips Dan Petua. Show all posts

Sunday, June 17, 2012

12 Tidur Yang Sunat Dikejutkan


Assalamualaikum semuanya.Semoga hari ini kita berada di bawah lembayung rahmat Allah SWT.Jadikanlah hari-hari kita sebagai sesuatu yang bermanfaat baik untuk diri sendiri mahupun orang di sekeliling kita.
As we all know,tidur sememangnya merupakan aktiviti yang sangat penting buat kita semua,tidak kira tua atau muda,lelaki atau perempuan.Haiwan pun sangat perlukan tidur ye kawan-kawan.Malah,menurut fakta,manusia akan mati jika tidak tidur selama 7 hari berterusan. 

Selain itu,tidur juga boleh menjadi satu ibadat jika kena pada masa dan tempatnya.Contohnya,tidur sekejap sebelum masuk waktu Zuhur.
Di sini saya ingin kongsikan kepada awak-awak semua di luar sana mengenai tidur-tidur yang sunat untuk kita kejutkan.
Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:
Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
“Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)
Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.
Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)
Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.
Nabi saw bersabda:
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)
Kelima:
Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:
“Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:
“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”
Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari – sahih)

Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:
” Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)
Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.
Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.
Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
 “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
“Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)
Kedua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)

Sumber:Cahaya Islam

Tuesday, February 7, 2012

Cara Sengal Untuk Cover MALU : MALU PUNYA PASALL...

Assalamualaikum semuanya.Hari ini mari kita bergelak ketawa sedikit kerana saya ada sesuatu yang saya rasa agak menggelikan hati saya ketika membacanya...Nak tahu apa? Nah, layan ni....



Cara Sengal Untuk Cover MALU
1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?.



Sekadar untuk perkongsian.Wallahu'alam..

Tuesday, January 24, 2012

Tips Memulakan Perjalanan



Tips simple sebelum mulakan perjalanan. Nak balik kampung atau pulang ke bandar. Nak pergi bercuti INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.

1. Setiap malam sebelum tdo, solat taubat. Baca Surah al-Mulk.

2. Sebelum azan Subuh, solat taubat.

3. Selepas atau sebelum solat Zohor, solat taubat. 

4. Sebelum solat Asar, solat taubat.

5. Selepas solat Maghrib, solat taubat.

6. Selepas solat Isya', solat taubat.

7. Solat hajat 2 rakaat sebelum turun utk mana-mana perjalanan. Tak sampai 5 minit pun.

8. Jangan lupa salam cium tangan orang yang tersayang. Tambah2 ibu ayah. Anak2 isteri.

9. Baca syahadah. Mengucap dua kalimah syahadah masa start kenderaan.

10. Baca doa di atas sebelum berangkat.

11. Selawat pada Rasulullah. Allahumma solli 'ala Saiyyida Muhammad wa 'ala aali Saiyidina Muhammad. 

12. Boleh mulakan perjalanan dengan berhati2, cermat dan tawakkal.

Selamat memandu :)

Friday, December 30, 2011

Kita dan Makanan

Assalamualaikum semua.Ramai di antara kita yang dilihat tidak menjaga mengenai pemakanan seharian.Sebenarnya,penting untuk kita menjaga dan mengawal pemakanan kita untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan seterusnya dapat beribadah kepada Allah SWT dengan sempurna...Di bawah merupakan 17 perkara mengenai pemakanan yang saya 'copy paste' daripada saudara Ma'ar Rahman.Credit to him. :)



1. Orang yang makan sampai habis tidak tinggal sedikit pun makanan walau sebutir nasi di pinggannya = cermat, tertib, tidak boros.

2. Orang yang makan tetapi di pinggannya masih terdapat sisa makanan dan banyak makanannya yang tidak habis dimakan = boros, tidak berapa peka, kurang teliti.

3. Orang yang suka makan daging putih (ayam dll) = sabar, tidak suka marah

4. Orang yang suka makan daging merah ( kambing, lembu dll )=suka marah, tidak dapat mengawal diri.

5. 80% penyakit berpunca daripada makan.

6. Orang perempuan lebih peka soal makan berbanding lelaki. Atas faktor itu, perempuan lebih panjang umur berbanding lelaki (asbab)

7. Nabi kunyah 40 kali ketika makan.

8. Makanan boleh jadi racun dan boleh jadi ubat. Makan sesuatu makanan hendaklah berpada-pada.

9. Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.

10. Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.

11. Tidak baik jika makan tengah malam. Nabi jika lapar tengah malam, nabi minum susu panas.

12. Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.

13. Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.

14. Elok makan berjemaah kerana hidayah Tuhan turun mencurah-curah.

15. Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.

16. Minum beberapa ketika sebelum waktu makan dan beberapa ketika selepas makan.

17. Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Senang cakap jika kita makan lauk yang asalnya binatang darat elakkan dari bercampur dengan lauk binatang air.



Wallahu'alam...

Wednesday, December 28, 2011

Wajah Dan Hati Yang Cantik Serta Rahsia 13


Assalamualaikum....
Bismillahirahmanirahim....

... · Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5
kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan
menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir,
dan berdo’a.

· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan
memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.
Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di
bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma
Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau
telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR
Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

· Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak
berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri
atau takabur.

· Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa
seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa
Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak
sayuran, buah-buahan, dan air putih.

· Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan
demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu……

1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir
tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa
mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the
13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah yang menjaga tertib dalam sembahyangnya.

NUKILAN:NUR ILHAM SRIKANDI PENCINTA ILLAHI . ♥♥ LOVE ALLAH FOREVER ♥♥

Tuesday, December 13, 2011

Tips Mencari Jodoh Tanpa Couple


………(¯`v´¯)
………..`•.¸.•´ ~ ♥ TIPS MENCARI JODOH TANPA ”COUPLE” ♥ ~
………(●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃)
……… /█\ ♥/█\
…❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀
”*°•✫❤✫•°*”☀”*° •✫❤

(`’•.¸ “Habis nnt macam mana nak cari isteri?”
bab nak mencari bakal isteri ni apa susah~
berserah sahaja kepada Allah~
bila MASA sudah sampai~ dapatlah~

(`’•.¸ “Bukan kita kena USAHA ke?”
memanglah kena usaha
tak akan saya nak duduk rumah tunggu orang msk meminang pulak kan?
tapi COUPLE is WRONG
baik kumpul duit~ persiapkan diri dgn tanggungjawab~
pergilah meminang seseorang yang berkenan di HATI

(`’•.¸ “Nanti kena REJECT macam mana?”
dah nak REJECT..nak buat apa?
fikir positif lah~ maybe ada yg lebih baik buat kita
Allah kan tahu apa yg terBAIK buat hambaNYA
kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA


(`’•.¸ “Kalau dah berkenan dkt hati macam mana?”
lagi senang kalau mcm tu~ dah cukup duit & persiapan~
teruslah masuk meminang @ lagi best kahwin terus~
tak payah nak berCOUPLE bagai~ buat maksiat sahaje apa guna~
korang nak masuk SYURGA ke NERAKA r?
kalau belum cukup lagi tu~
simpan lah dalam hati~ cuba test berpa lama korang leh suka kat bdk tu?
maybe perasaan korang tu just CRUSH only~

(`’•.¸ “Eleh~ budget ko baik sangat r? Ramai jer yang couple. Boleh jer aku tgk.”
Ye~ Saya tak kata saya baik. Korang yang menilai diri saya ini.


Macam mana korang NILAI or pandang..itu terpulang~
yang penting PANDANGAN Allah terhadap saya nanti bagaimana?
sbb nanti akhirat saya yang kena soal~
kenapa saya tak sedarkan kamu semua?
kenapa saya tak halang or nasihat rakan-rakan saya?
sekarang~ I have DONE my job~
nnt itu antara kamu dan Allah ek~

(`’•.¸ “Mak & ayah restu lah.”
Memanglah mak & ayah restu~
tapi Allah restu ke tak ea?
korang FIKIRlah sendiri~
semua diberi AKAL untuk berfikir
saya yakin korang pandai menilai apa yang baik & buruk
ingat lah~ niat tidak memBENARkan cara~

(`’•.¸ Perkahwinan tu satu benda yang SUCI
tapi manusia yang mengotori ikatan ini
oleh sebab terlalu mengukut budaya barat
semua benda yang HARAM pun boleh jd HALAL

(`’•.¸ Fikirlah wahai RAKAN
kita ni umat akhir zaman
kiamat tu PASTI
kenapa korang tak SEDAR lagi
or korang tahu just buat2 tak tahu saje?
fikir-fikirkan lah~


~~Selamat Beramal~~ ^^v

Thursday, December 1, 2011

Cara Memakai Cincin




Nasihat Nabi Muhamad SAW kepada Saidina Ali.Setelah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhamad SAW.Nabi SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis dan jari kelingking(anak jari).Dan jangan memakai pada jari tengah dan jari telunjuk.

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat Allah SWT iaitu kaum yang derhaka pada zaman Nabi Lut a.s.

Dan,cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan.Oleh itu,kita seharusnya nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam,kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan daripada Allah SWT.Nabi SAW memakai cincin dan kalau kita memakai dengan niat untuk mengikut sunnah Nabi SAW,dapatlah kita pahala.

So,sape-sape yang dah bersedia atau nak dekat dah tu,boleh la start practice pakai cincin dengan betul.Haha.Kalau Nas ni,nampak gayanya lambat lagi ler.Nak tolong kongsikan ape yang penah dibaca boleh la.Tapi,memang smart jugak kalau pakai cincin ni.Hehe..

Semoga kita beroleh kemenangan di dunia dan akhirat.Wallahu'alam...

Sunday, November 27, 2011

Khasiat Madu


Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Al-Quran mengiktirafnya sebagai "shifa",iaitu penyembuh penyakit.Ia adalah makanan kesihatan keseluruhannya.

Kandungan Madu
  • Vitamin,
  • Mineral,
  • Protein,
  • Antiseptik
  • Enzim

Kebaikan Madu
  • Menguatkan ingatan
  • Meningkatkan kecerdasan mental individu.
  • Merawat penyakit mental.
  • Menghindarkan kepenatan kerja otak.

Hadis Mengenai Madu
Rasulullah SAW bersabda:"Siapa yang ingin hafal,hendaklah dia minum manisan madu."
Waktu Pengambilan
Minumlah madu setiap hari 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

Mudah-mudahan kita semua beroleh faedah dan khasiat daripada madu ini.Insya-Allah

Monday, November 14, 2011

10 Perkara Yang Merosakkan Otak


1.TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI.

Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan.Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak.Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2.TERLEBIH MAKAN

Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik.Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan,menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak.Ini mengakibatkan mengantuk,malas dan hilang daya fokus.

3.MEROKOK

Asap rokok sangat berbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4.MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN.

Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi.Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5.MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR.

Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak.Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat berbahaya kepada otak.

6.TIDUR YANG BERLEBIHAN.

Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita.Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir sesorang.

7.TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA.

Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas.Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8.KURANG BERIMAGINASI

Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita.Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9.JARANG BERFIKIR.

Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif.Maka,selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10.TIDAK MEMBACA AL-QURAN.

Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah SWT.Membacanya akan memberikan banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak.Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

Sunday, October 16, 2011

4 PETUA IMAM SYAFIE UNTUK SIHAT......

4 PERKARA MENYIHATKAN BADAN :

  • Makan daging
  • Memakai haruman
  • Kerap Mandi
  • Berpakaian daripada kapas

4 PERKARA MELEMAHKAN BADAN :

  • Banyak mengadakan hubungan kelamin
  • Selalu cemas
  • Banyak minum air ketika makan
  • Banyak makan makanan yg masam

4 PERKARA MENAJAMKAN MATA :

  • Duduk menghadap kiblat
  • Bercelak sebelum tidur
  • Memandang yg hijau
  • Berpakaian bersih

4 PERKARA MEROSAKKAN MATA :

  • Memandang najis
  • Melihat orang dibunuh
  • Melihat kemaluan
  • Membelakangi kiblat

4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN :

  • Tidak byk berbual kosong
  • Rajin bersugi ( gosok gigi )
  • Bercakap dgn org soleh
  • Bergaul dgn golongan ulama

4 CARA TIDUR :

  • Tidur golongan Nabi - Tidur terlentang sambil berfikir mengenai kejadian langit dan bumi
  • Tidur golongan Ulama/ahli Ibadah - Mengereng ke sebelah kanan utk memudahkan terjaga utk menunaikan solat malam.
  • Tidur golongan raja yang haloba - Mengereng ke sebelah kiri utk mencernakan makanan yg banyak di makan.
  • Tidur syaitan - Menelungkup atau meniarap seperti tidurnya ahli neraka......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...