Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Friday, October 14, 2011

Untukmu Adam Dan Hawa


Adam...

Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,

Gagah perkasa seperti Badang,

Kau gunakan Hawa sebagai umpan,

Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...

Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,

Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,

Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,

Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...

Kadngkala kekacakan yang ada padamu,

Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,

Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,

Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...

Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,

Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,

Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,

Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...

Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,

Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,

Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,

Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...

Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,

Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,

Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,

Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,

Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,

Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,

Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...

Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,

Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,

Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,

Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...

Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,

Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,

Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,

Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,

Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,

Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,

Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...

Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,

Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,

Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,

Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...

Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,

Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,

Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,

Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

Wednesday, October 12, 2011

I Couldn't Agree More With You


Assalamualaikum...Alhamdulillah.Hari tanggal 12 Oktober 2011 saya dah selesai amik Ujian Speaking MUET di SMK Ismail Petra.Kepada sesiapa yg tak tahu MUET tu hape,mah sini saya bagitau.MUET tu stands for Malaysian University English Test.Saya ni sebagai pelajar Asasi kene amik and lepas Band 4 MUET untuk masuk Degree Law.So,harap-harap lepas la saya Band 4 tu.Insya-Allah.

So,tadi saya amik Ujian Speaking tu start kul 8.30 pagi.MUET ade 4 test,speaking,listening,reading dan writing.Hari ni hanya speaking aje.Yang baki lagi 3 tu nnt 19 November plak.Untuk speaking ni,satu group ade 4 orang.Group saya 2 orang cewek dan 2 orang cowok.Tajuk yang diberi adalah how to help sick children in hospital.Jadi kami pun speaking la sebab name pun ujian speaking kan?Ans,lebih kurang kul 9.30 tamat la ujian tu.Saya terus je start motor balik rumah sebab nk kejar mase nk tgk Venezuela vs Argentina ni dengan keputusan Argentina kalah 0-1.

So,ape kaitan tajuk dengan MUET ni?Hahaha...Sebenarnya camni,saya mase tgh ujian speaking tu tiba-tiba teringat la plak lawak yang kawan saya buat pasal ayat kat atas tu."I couldn't agree more with you' bunyinya.Lecturer saya,Mdm Shirin cakap kalo nak setuju dengan pandangan or opinion orang laen mase dalam test tu nnt,guna la I agree with you ke,I couldn't agree more with you ke.Kitorng pun take note la kan.Then,lepas tu die bagi cadangan untuk buat kelas ganti,so die tanya la pendapat kitorang. Sahabat baik saya ni,Fadzli name die,jawab dengan penuh berwibawa 'I couldn't agree more with you madam'.Ape lagi,satu kelas gelak la.Saya ketawa sampai nk pecah perut.Hahaha.Sengal betul budak ni.Sejak tu,kat dalam facebook,kalo ade orang komen ape-ape je,kitorang akan komen balik gune ayat skema MUET,I couldn't agree more with you la,I don't see eye to eye with you la,That's very good idea la,macam-macam.Saya dengan die ni mmg satu kepala sebenarnya.

Tu la kisah di sebalik I couldn't agree more with you ni.Memang saya mase tgh ujian tu,rase macam nk tergelak pun ade bile ingat balik citer tu.Akhirnya,saya berjaya mengaplikasikan ayat tu mase speaking test tadi.Hahaha.

Moga-moga ujian speaking tadi tu berjaya la,saya harap Insya-Allah.Kita manusia ni hanya boleh berusaha ,yang selebihnya Allah SWT yang tentukan.Jadi,kita tak boleh hanya berusaha je tapi mesti disertakan dengan doa dan tawakal kepada Allah SWT.Mudah-mudahan berjaya la hendaknya.Amin

Tuesday, October 11, 2011

Menangislah


Ketika bayi...
Apabila lapar...
Kita menangis...
Ibu terus menyusukan kita...
Apabila sakit...
Kita menangis...
Ibu terus membawa kita ke klinik...
Apabila mahukan sesuatu...
Kita menangis...
Ibu terus berikan apa yang kita mahu...

Masa berlalu....
Kini kita telah dewasa...
Apabila lapar...
Kita terpaksa berusaha sendiri untuk makan....
Apabila sakit...
Kita terpaksa pergi klinik sendiri...
Apabila mahukan sesuatu...
Kadang-kadang kita tidak dapat...
Kenapa?
Kerana kita sudah berhenti menangis...
Kita sudah berhenti menangis kepada Allah SWT...
Kita hanya berusaha sendirian sahaja...
Maka,apabila mahukan sesuatu...
Menangislah...
Menangislah kepada Allah SWT...
Sesungguhnya Dia itu Maha Mendengar dan lagi Maha Berkuasa...



Monday, October 10, 2011

Kesabaran Teruji


Assalamualaikum...hari ni saya nk ceritakan satu kisah yang jadi kat saya semalam.Cuma,takde la cerita yang hebat-hebat ape sume tapi memberi pengalaman la walaupun penah jugak jadi dulu.Kali ni,saya nk kongsi dengan semua la,Insya-Allah..

Camni citer die,semalam hari Ahad bersamaan dengan 9 Oktober 2011 saya pegi ke Pasir Mas untuk training motor sebab bulan ni saya ade test untuk dapat lesen P.Dulu sebelum masuk UiTM dah test sekali dah,tapi kandas la plak.Xde rezeki la tu.Jatuh titi.Redha je la.So,saya dengan bersemangatnye berangkat la ke Pasir Mas menaiki Honda Wave 100 saya lebih kurang kul 9.30.Alhamdulillah selamat smpai kat situ kul 10 pagi.Lepas tu,terus la training motor dan selesai dekat-dekat kul 11 pagi.

Saya pun terus balik sebab malas duk lama-lama kat situ.lagiun,saya memang dah plan nk pegi kedai buku SMO nk cari buku sket.Tapi,cari punya cari tak jumpa buku yang saya nk cari tu.Hmm..xpe la,pegi tengok kat Kota Bharu la.Boleh kenal-kenal jalan Sekolah Ismail Petra.Saya cakap sorang-sorang.Sekolah Ismail Petra tu tempat saya nk amik ujian MUET nnt.So,saya pun terus la ke Kota Bharu lepas isi minyak.

Jalan punye jalan,saya jumpa jugak jalan ke sekolah tu.Alhmadulillah walaupun pintu depan tak tahu kat mane.Tapi saya berfikiran positif,"alah nnt pandai-pandai la aku cari".pastu,saya pun pegi la ke kedai buku SMO kat Kota Bharu ni tapi takde jugak buku tu.Abang SMO tu cakap stok takde.Saya pun dengan hati yang lara try plak nk pegi KB Mall.

Mase smpai kat satu simpang 4,saya pun pegi la ke kiri tiba-tiba motor saya macam tergelincir.Alamak, takkan kene lagi sekali?saya dah boleh agak dah mase tu.Bile check,sah tayar pancit!Memang mase tu adoyaii Allah SWT saje yg tahu camne perasaan saya.Cuak,takut suma ade.Ye la,motor pancit kat tengah-tengah bandar.Saya try cari kalo-kalo ade bengkel motor dekat-dekat situ.Saya pun slow-slow naik la motor pancit tu.Cuak wooo,motor tu terhuyung-hayang.Bahaya giler takut tiba-tiba je jatuh mase atas jalan memang kelas A ar saya cakap.Saya bawak ikut tepi jalan je.Segan pun ade orang sume tengok je saya.Macam pelik je..Hahaha.Mase tu kul 12.30 mmg panas la.Struggle saya pusing,tak jumpa satu pun bengkel.

Last sekali,saya teringat yang ayah saya keje dekat-dekat situ.So saya pun pegi la kat tempat keje ayah saya.Nk lintas jalan tu punye la cuak smpai tggu kereta betul-betul takde baru saya lintas.Sampai je kat tempat keje ayah saay tu,die terus bawak gi bengkel kat situ.Fuhh,Alhamdulillah lega rasenye...

Lepas je pakcik bengkel tu dah tukar tiub ape sume,rase macam dah lame plak tak naik motor tak pancit,Hahaha.tapi,saya tak terus balik,pegi melantak KFC dulu.

Tu la sket pengalaman yang saya dapat.Walaupun takde la teruk sangat tapi ade la jugak pengajaran yang saya dapat.Sebab,kalo dalam situasi camtu,kita takleh panik or menggelabah tak tentu pasai.Kita kene rilek je and selalu tawakal kat Allah SWT.Yang penting,kita kene sabar,jangan mudah marah,menyumpah sana,menyumpah sini.Ingat la,tu sume ujian Allah SWT kat kita.Sesungguhnya Allah SWT bersama orang-orang yang sabar.Maybe sebelum ni kita ade buat silap ke kat mane-mane ke so kita kene reflect balik la diri kita.

Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.Amin.Wallahualam...

Saturday, October 8, 2011

Jemputlah Khusyuk Dalam Solatmu...


Assalamualaikum...semalam saya ade la beli majalah Solusi edisi ulang cetak.Baca punya baca,nampak la satu kolum cerita cara untuk khusyuk dalam solat.So,saya nak kongsi sikit la dgn semua mudah-mudahan kita semua beroleh rahmat dari Allah SWT.Amin

1.Kita mesti ade kemahuan yg kuat ataupun dlm bahasa omputehnye strong will.Ye la,kita kene tanya dulu diri kita,nak ke kita khusyuk dalam solat atau sebaliknya.

2.Sebelum kita solat,sebaiknye dengar dan jawab azan.Pastu,baca doa lepas azan.

3.Kita digalakkan bersiwak yakni bersugi ataupun nak lagi senang paham menggosok gigi sepertimana yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW.

4.Berwuduklah secara sempurna.

5.Pakai pakaian yang bersih.

6.Anggaplah solat itu solat yang terakhir.

7.Cuba fahami maksud bacaan dalam solat.

8.Berhenti sejenak selepas bacaan setiap ayat.

9.Gunakan sutrah untuk menghadirkan khusyuk.Sutrah ni membantu mengehadkan pandangan mata,mengelakkan orang lalu di hadapan orang yang tengah solat dan menghalang usaha syaitan mengalihkan pandangan orang yang sedang bersolat.

10.Memandang tempat sujud.

11.Pelbagaikan surah dalam solat.Kalau kita asyik baca surah same je mesti bosan kan?So ade eloknye kita pelbagaikan surah.

Insya-Allah,itulah sedikit sebanyak dapat kita kongsikan bersama hari ni.Moga-moga Allah SWT akan hadirkan khusyuk dalam solat kita.Yang penting,usaha untuk khusyuk tu ade dan selebihnya kita serahkan saje kepada Allah SWT.Allah SWT berfirman dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2,

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ
Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman,(1)yaitu orang -orang yang khusyuk dalam solatnya. (2)

Friday, October 7, 2011

Selamat Hari Jumaat


Assalamualaikum...sekadar entri ringkas buat menghias penghulu segala hari,iaitu hari Jumaat..Hari ini 9 Zulkaedah 1432 bersamaan 9 Oktober 2011...Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi kesempatan untuk hidup.Alhamdulillah...

Sedikit perkongsian mengenai keberkatan dan kelebihan Hari Jumaat ini.As we all know,hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan banyak peristiwa penting berlaku pada hari Jumaat antaranya adalah hari di mana bapa kita,Nabi Adam a.s dicipta oleh Allah SWT serta diturunkan ke bumi.Hari Jumaat juga adalah hari yang dijanjikan akan berlaku kiamat sepertimana Nabi Muhammad SAW bersabda,

'“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (
Hadis riwayat Tirmidzi).

Bagi kita kaum lelaki,hari Jumaat merupakan hari yang penting kerana kita perlu melaksanakan solat Jumaat.Besar ganjarannya untuk solat Jumaat.Maka kita jangan ambik mudah pasal solat Jumaat ni.Hari Jumaat juga dimuliakan oleh Allah SWT dengan menjadikan hari ini mustajab dan istimewa untuk kita berdoa memohon keampunan dan pertolongan daripada Allah SWT,

Moga-moga hari ini kita dilimpahi sinar dan rahmat daipada Allah SWT.Owh,tak ingat..Disunatkan juga untuk kita membaca surah Al-Kahfi serta banyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW pada hari ini.Insya-Allah kehidupan kita diberkati ALlah SWT.Amiinn.....


Thursday, October 6, 2011

Bilakah Lagi Kita Semua Satu Hati...





Bilakah lagi kita semua satu hati...
Bilakah lagi keamanan kan dikecapi...
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi...

Itulah sebahagian rangkap lagu tema Smart Generation Camp 4 yg dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Hadhari yg diadakan kat Banting,Selangor hujung minggu lepas.Tu baru starting lagu tu,tapi cukup membawa makna yg mendalam kat sape-sape yg menyanyikannya.Alhamdulillah,saya telah dipilih oleh Allah SWT untuk sertai kem ni di saat kawan-kawan seAsasi saya busy packing utk balik ke rumah masing-masing memandangkan cuti semester sudah menjelang.

Walaupun terpaksa balik lewat sket daripada orang laen,tapi saya sket pun tak kisah sebab saya tahu betapa pentingnya utk saya sertai program-programs seumpama ini utk memperbaiki diri serta menambah ilmu pengetahuan di dada.

Masa tengah dalam kem tu,saya betul-betul rasa bersyukur kepada Allah SWT sebab Allah SWT telah pilih saya dari berpuluh ribu student UiTM utk join kem ni.Begitu banyak input serta ilmu yg saya dapat membuatkan saya sedar betapa kita umat Islam sekarang banyak yg sudah lupa dan lalai daripada tugas kita yang sebenarnya.Tujuan kita diturunkan ke dunia ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah utk beribadah kepada Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah Az-zariyat ayat 56,

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Maka,sudah jelas perintah Allah SWT kepada kita umat manusia.Namun,berapa ramai kita(termasuk yg menulis) pada hari ini yg sedar akan hakikat ini?Sebagai umat Islam juga umat Nabi Muhammad SAW kita juga mempunyai satu lagi tanggungjawab yakni amar makruf nahi mungkar. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 110,


كُنتُمْخَيْرَأُمَّةٍأُخْرِجَتْلِلنَّاسِتَأْمُرُونَبِالْمَعْرُوفِوَتَنْهَوْنَعَنِالْمُنكَرِوَتُؤْمِنُونَبِاللّهِوَلَوْآمَنَأَهْلُالْكِتَابِلَكَانَخَيْرًالَّهُممِّنْهُمُالْمُؤْمِنُونَوَأَكْثَرُهُمُالْفَاسِقُونَ
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Sekali lagi,sudah jelas perintah Allah SWT. yg mesti kita laksanakan.Itulah antara input yg saya dapat daripada kem ini.Banyak lagi sebenarnya cuma kekurangan ruang dan waktu.Insya-Allah kaen kali la kot..

Owh,lupa nk bagitau.Saya ni salah seorang peserta dari 6 orang peserta lelaki.Memandangkan saya ni budak Asasi,maka secara automatiknya sayalah peserta yang paling muda.Mula-mula tu mmg segan abis dgn senior-senior degree...ye la,bila mula-mula kenal,diorang tanya part berapa,course ape..saya ni dah la asasi,baru part 1.hahaha.tapi,lama-lama jadi rapat pulak dengan senior-senior (ye la,6 orang senang la kenal).Bawah ni ialah sahabat-sahabat baru saya di kem tu:

Abang Amirul Solihin (Kejuruteraan Mekanikal)
Abang Sufi (MESCOM)
Abang Syazwan (Sains Sukan dan Rekreasi)
Abang Sahril (Food Service and Management)
Abang Fazili (Art and Design)

Cuma,apa yg saya nk tekankan kat sini betapa saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah dipilih oleh Allah SWT utk join kem ni..Mungkin,kalo saya tak join kem ni maybe saya dah buat banyak benda-benda tak berfaedah.Mungkin,saya still berada dalam keadaan masih tidak sedar akan kedudukan umat Islam sekarang.Alhamdulillah,saya diberikan petunjuk oleh Allah SWT untuk menjadi salah seorang 6 insan bertuah itu.Alhamduliilah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...