Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Tuesday, October 11, 2011

Menangislah


Ketika bayi...
Apabila lapar...
Kita menangis...
Ibu terus menyusukan kita...
Apabila sakit...
Kita menangis...
Ibu terus membawa kita ke klinik...
Apabila mahukan sesuatu...
Kita menangis...
Ibu terus berikan apa yang kita mahu...

Masa berlalu....
Kini kita telah dewasa...
Apabila lapar...
Kita terpaksa berusaha sendiri untuk makan....
Apabila sakit...
Kita terpaksa pergi klinik sendiri...
Apabila mahukan sesuatu...
Kadang-kadang kita tidak dapat...
Kenapa?
Kerana kita sudah berhenti menangis...
Kita sudah berhenti menangis kepada Allah SWT...
Kita hanya berusaha sendirian sahaja...
Maka,apabila mahukan sesuatu...
Menangislah...
Menangislah kepada Allah SWT...
Sesungguhnya Dia itu Maha Mendengar dan lagi Maha Berkuasa...



Monday, October 10, 2011

Kesabaran Teruji


Assalamualaikum...hari ni saya nk ceritakan satu kisah yang jadi kat saya semalam.Cuma,takde la cerita yang hebat-hebat ape sume tapi memberi pengalaman la walaupun penah jugak jadi dulu.Kali ni,saya nk kongsi dengan semua la,Insya-Allah..

Camni citer die,semalam hari Ahad bersamaan dengan 9 Oktober 2011 saya pegi ke Pasir Mas untuk training motor sebab bulan ni saya ade test untuk dapat lesen P.Dulu sebelum masuk UiTM dah test sekali dah,tapi kandas la plak.Xde rezeki la tu.Jatuh titi.Redha je la.So,saya dengan bersemangatnye berangkat la ke Pasir Mas menaiki Honda Wave 100 saya lebih kurang kul 9.30.Alhamdulillah selamat smpai kat situ kul 10 pagi.Lepas tu,terus la training motor dan selesai dekat-dekat kul 11 pagi.

Saya pun terus balik sebab malas duk lama-lama kat situ.lagiun,saya memang dah plan nk pegi kedai buku SMO nk cari buku sket.Tapi,cari punya cari tak jumpa buku yang saya nk cari tu.Hmm..xpe la,pegi tengok kat Kota Bharu la.Boleh kenal-kenal jalan Sekolah Ismail Petra.Saya cakap sorang-sorang.Sekolah Ismail Petra tu tempat saya nk amik ujian MUET nnt.So,saya pun terus la ke Kota Bharu lepas isi minyak.

Jalan punye jalan,saya jumpa jugak jalan ke sekolah tu.Alhmadulillah walaupun pintu depan tak tahu kat mane.Tapi saya berfikiran positif,"alah nnt pandai-pandai la aku cari".pastu,saya pun pegi la ke kedai buku SMO kat Kota Bharu ni tapi takde jugak buku tu.Abang SMO tu cakap stok takde.Saya pun dengan hati yang lara try plak nk pegi KB Mall.

Mase smpai kat satu simpang 4,saya pun pegi la ke kiri tiba-tiba motor saya macam tergelincir.Alamak, takkan kene lagi sekali?saya dah boleh agak dah mase tu.Bile check,sah tayar pancit!Memang mase tu adoyaii Allah SWT saje yg tahu camne perasaan saya.Cuak,takut suma ade.Ye la,motor pancit kat tengah-tengah bandar.Saya try cari kalo-kalo ade bengkel motor dekat-dekat situ.Saya pun slow-slow naik la motor pancit tu.Cuak wooo,motor tu terhuyung-hayang.Bahaya giler takut tiba-tiba je jatuh mase atas jalan memang kelas A ar saya cakap.Saya bawak ikut tepi jalan je.Segan pun ade orang sume tengok je saya.Macam pelik je..Hahaha.Mase tu kul 12.30 mmg panas la.Struggle saya pusing,tak jumpa satu pun bengkel.

Last sekali,saya teringat yang ayah saya keje dekat-dekat situ.So saya pun pegi la kat tempat keje ayah saya.Nk lintas jalan tu punye la cuak smpai tggu kereta betul-betul takde baru saya lintas.Sampai je kat tempat keje ayah saay tu,die terus bawak gi bengkel kat situ.Fuhh,Alhamdulillah lega rasenye...

Lepas je pakcik bengkel tu dah tukar tiub ape sume,rase macam dah lame plak tak naik motor tak pancit,Hahaha.tapi,saya tak terus balik,pegi melantak KFC dulu.

Tu la sket pengalaman yang saya dapat.Walaupun takde la teruk sangat tapi ade la jugak pengajaran yang saya dapat.Sebab,kalo dalam situasi camtu,kita takleh panik or menggelabah tak tentu pasai.Kita kene rilek je and selalu tawakal kat Allah SWT.Yang penting,kita kene sabar,jangan mudah marah,menyumpah sana,menyumpah sini.Ingat la,tu sume ujian Allah SWT kat kita.Sesungguhnya Allah SWT bersama orang-orang yang sabar.Maybe sebelum ni kita ade buat silap ke kat mane-mane ke so kita kene reflect balik la diri kita.

Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.Amin.Wallahualam...

Saturday, October 8, 2011

Jemputlah Khusyuk Dalam Solatmu...


Assalamualaikum...semalam saya ade la beli majalah Solusi edisi ulang cetak.Baca punya baca,nampak la satu kolum cerita cara untuk khusyuk dalam solat.So,saya nak kongsi sikit la dgn semua mudah-mudahan kita semua beroleh rahmat dari Allah SWT.Amin

1.Kita mesti ade kemahuan yg kuat ataupun dlm bahasa omputehnye strong will.Ye la,kita kene tanya dulu diri kita,nak ke kita khusyuk dalam solat atau sebaliknya.

2.Sebelum kita solat,sebaiknye dengar dan jawab azan.Pastu,baca doa lepas azan.

3.Kita digalakkan bersiwak yakni bersugi ataupun nak lagi senang paham menggosok gigi sepertimana yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW.

4.Berwuduklah secara sempurna.

5.Pakai pakaian yang bersih.

6.Anggaplah solat itu solat yang terakhir.

7.Cuba fahami maksud bacaan dalam solat.

8.Berhenti sejenak selepas bacaan setiap ayat.

9.Gunakan sutrah untuk menghadirkan khusyuk.Sutrah ni membantu mengehadkan pandangan mata,mengelakkan orang lalu di hadapan orang yang tengah solat dan menghalang usaha syaitan mengalihkan pandangan orang yang sedang bersolat.

10.Memandang tempat sujud.

11.Pelbagaikan surah dalam solat.Kalau kita asyik baca surah same je mesti bosan kan?So ade eloknye kita pelbagaikan surah.

Insya-Allah,itulah sedikit sebanyak dapat kita kongsikan bersama hari ni.Moga-moga Allah SWT akan hadirkan khusyuk dalam solat kita.Yang penting,usaha untuk khusyuk tu ade dan selebihnya kita serahkan saje kepada Allah SWT.Allah SWT berfirman dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2,

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ
Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman,(1)yaitu orang -orang yang khusyuk dalam solatnya. (2)

Friday, October 7, 2011

Selamat Hari Jumaat


Assalamualaikum...sekadar entri ringkas buat menghias penghulu segala hari,iaitu hari Jumaat..Hari ini 9 Zulkaedah 1432 bersamaan 9 Oktober 2011...Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi kesempatan untuk hidup.Alhamdulillah...

Sedikit perkongsian mengenai keberkatan dan kelebihan Hari Jumaat ini.As we all know,hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan banyak peristiwa penting berlaku pada hari Jumaat antaranya adalah hari di mana bapa kita,Nabi Adam a.s dicipta oleh Allah SWT serta diturunkan ke bumi.Hari Jumaat juga adalah hari yang dijanjikan akan berlaku kiamat sepertimana Nabi Muhammad SAW bersabda,

'“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (
Hadis riwayat Tirmidzi).

Bagi kita kaum lelaki,hari Jumaat merupakan hari yang penting kerana kita perlu melaksanakan solat Jumaat.Besar ganjarannya untuk solat Jumaat.Maka kita jangan ambik mudah pasal solat Jumaat ni.Hari Jumaat juga dimuliakan oleh Allah SWT dengan menjadikan hari ini mustajab dan istimewa untuk kita berdoa memohon keampunan dan pertolongan daripada Allah SWT,

Moga-moga hari ini kita dilimpahi sinar dan rahmat daipada Allah SWT.Owh,tak ingat..Disunatkan juga untuk kita membaca surah Al-Kahfi serta banyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW pada hari ini.Insya-Allah kehidupan kita diberkati ALlah SWT.Amiinn.....


Thursday, October 6, 2011

Bilakah Lagi Kita Semua Satu Hati...





Bilakah lagi kita semua satu hati...
Bilakah lagi keamanan kan dikecapi...
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi...

Itulah sebahagian rangkap lagu tema Smart Generation Camp 4 yg dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Hadhari yg diadakan kat Banting,Selangor hujung minggu lepas.Tu baru starting lagu tu,tapi cukup membawa makna yg mendalam kat sape-sape yg menyanyikannya.Alhamdulillah,saya telah dipilih oleh Allah SWT untuk sertai kem ni di saat kawan-kawan seAsasi saya busy packing utk balik ke rumah masing-masing memandangkan cuti semester sudah menjelang.

Walaupun terpaksa balik lewat sket daripada orang laen,tapi saya sket pun tak kisah sebab saya tahu betapa pentingnya utk saya sertai program-programs seumpama ini utk memperbaiki diri serta menambah ilmu pengetahuan di dada.

Masa tengah dalam kem tu,saya betul-betul rasa bersyukur kepada Allah SWT sebab Allah SWT telah pilih saya dari berpuluh ribu student UiTM utk join kem ni.Begitu banyak input serta ilmu yg saya dapat membuatkan saya sedar betapa kita umat Islam sekarang banyak yg sudah lupa dan lalai daripada tugas kita yang sebenarnya.Tujuan kita diturunkan ke dunia ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah utk beribadah kepada Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah Az-zariyat ayat 56,

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Maka,sudah jelas perintah Allah SWT kepada kita umat manusia.Namun,berapa ramai kita(termasuk yg menulis) pada hari ini yg sedar akan hakikat ini?Sebagai umat Islam juga umat Nabi Muhammad SAW kita juga mempunyai satu lagi tanggungjawab yakni amar makruf nahi mungkar. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 110,


كُنتُمْخَيْرَأُمَّةٍأُخْرِجَتْلِلنَّاسِتَأْمُرُونَبِالْمَعْرُوفِوَتَنْهَوْنَعَنِالْمُنكَرِوَتُؤْمِنُونَبِاللّهِوَلَوْآمَنَأَهْلُالْكِتَابِلَكَانَخَيْرًالَّهُممِّنْهُمُالْمُؤْمِنُونَوَأَكْثَرُهُمُالْفَاسِقُونَ
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Sekali lagi,sudah jelas perintah Allah SWT. yg mesti kita laksanakan.Itulah antara input yg saya dapat daripada kem ini.Banyak lagi sebenarnya cuma kekurangan ruang dan waktu.Insya-Allah kaen kali la kot..

Owh,lupa nk bagitau.Saya ni salah seorang peserta dari 6 orang peserta lelaki.Memandangkan saya ni budak Asasi,maka secara automatiknya sayalah peserta yang paling muda.Mula-mula tu mmg segan abis dgn senior-senior degree...ye la,bila mula-mula kenal,diorang tanya part berapa,course ape..saya ni dah la asasi,baru part 1.hahaha.tapi,lama-lama jadi rapat pulak dengan senior-senior (ye la,6 orang senang la kenal).Bawah ni ialah sahabat-sahabat baru saya di kem tu:

Abang Amirul Solihin (Kejuruteraan Mekanikal)
Abang Sufi (MESCOM)
Abang Syazwan (Sains Sukan dan Rekreasi)
Abang Sahril (Food Service and Management)
Abang Fazili (Art and Design)

Cuma,apa yg saya nk tekankan kat sini betapa saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah dipilih oleh Allah SWT utk join kem ni..Mungkin,kalo saya tak join kem ni maybe saya dah buat banyak benda-benda tak berfaedah.Mungkin,saya still berada dalam keadaan masih tidak sedar akan kedudukan umat Islam sekarang.Alhamdulillah,saya diberikan petunjuk oleh Allah SWT untuk menjadi salah seorang 6 insan bertuah itu.Alhamduliilah...

Tuesday, October 4, 2011

Ya Allah!!Melati,bukannye Meranti...

Assalamualaikum semua...kali saya nk ceritakan satu kisah yang baru saje berlaku...cmni kisahnye,lepas saje saya habis exam final semester 1,maka saya pun plan la untuk join Smart Generation camp kat Banting,Selangor dengan niat untuk mengubah diri menjadi lebih baik...Insya-Allah

Ni hati ni mmg dah semangat dah ni...walaupun tgk mase hari Khamis tu,semua budak Asasi mmg dah excited yg amat untuk balik ke rumah masing-masing...semua siap tangkap-tangkap gambar lagi,walaupun next sem nnt jumpa jugak.hmm,lantak ler deme nk buat ape pun(saya bermonolog seorang diri)...so,saya pun tekadkan hati untuk tetap join camp tu walaupun terpaksa balik lewat 3 hari...

Nk jadikan cerita,mase petang jumaat tu saya dapat mesej dari abg Qamarul Naim yg bertanggungjawab menguruskan pendaftaran peserta,yang berbunyi....

Assalamualaikum..sahabt2 yg join smart generation camp..
Tarikh:30/9-2/10
Tempat:Banting,Selangor
Berkumpul di surau melati bersama2 brg2 keperluan ke program..solat mgrb d surau melati..dijangka bertolak kul 8 mlm..

Maka,saya pun dgn penuh keyakinan membuat awan fikiran membayangkan surau meranti yang terletak di luar kampus UiTM di seksyen 2...jam pukul 5.30,saya membuat kira-kira..alahh,kul 6 lebih nnt aku gerak arr..makan KFC dlu...saya membuat perancangan sambil main game FIFA 11 level professional..then,bile jam dah menunjukkan kul 6.15 pm saya telah siap mandi dan packing utk menuju ke surau meranti di seksyen 2 menaiki bas rapidKL dgn tambang RM 1..

Sebelum ke surau meranti,saya terlebih dahulu melangkah ke KFC untuk memenuhi nfasu makanan.Astaghfirullah..agak membazir di situ..kenapa la tak dimakan nasik yg kenyang tapi murah..namun,ketika itu saya tidak berfikir panjang dan terus mengorder set X-meal deluxe plus cheesy wedges..saya mula makan,berseorangan,sambil memerhatikan orang lain.Jam kul 7.00 pm,saya berkata dlm hati,haha..pandai aku bajet masa.lepas ni boleh terus ke surau meranti..gempak betul aku...timbul bangga diri,nauzubillah..ampunkan aku Ya Allah..

Apabila azan berkumandang,saya terus bergegas mencari surau meranti di dalm kolej itu..sebab,x pernah sekali pun saya pergi meranti...so,mcm rusa masuk kampung la..bile dah masuk surau tu,saya tgk surau tu kecik aje...ade la 3,4 brader dlm surau tu...mula timbul keraguan dalam hati..eh,apehal pelik je ni..mne peserta2 laen?tgk sume mcm x bersedia je(saya dtg dgn bawak beg2)..tapi,saya abaikan perasaan tu dgn alasan maybe aku orang first smpai kott...saya terus solat maghrib..lepas solat maghrib,saya mula risau..eh,betul ke surau meranti ni?x nmpk mcm peserta pun semua kt sini..maka,saya bukak balik mesej abg Qamarul td(sila rujuk di atas)...YA ALLAH!!!MELATI,BUKANNYE MERANTI!!!...saya menjerit dalam hati smbil menepuk dahi..saya pun cuba membayangkan surau melati...Astaghfirullah al azim,surau melati dekat dlm kampus,sebelah dataran cendekia...ape la sengal sgt aku ni...saya pun terus bergegas ke bus stop..nk dijadikan cerita,tgh2 nk cepat tu,terpijak la pulak lopak air..adoyaaii,abis basah seluar saya...tapi saya try utk cool je n anggap itu ujian Allah SWT..

Akhirnya,saya selamat smpai ke surau melati n naik bas menuju ke Smart Generation Camp...Alhamdulillah

Pengajaran yg saya dapat:

1.Jangan sesekali ada perasaan bangga diri dalam diri kita...kerana kita sebagai hamba Allah SWT tidak mempunyai apa-apa.Apa yang kita ada sekarang,hanyalah pinjaman sementara daripada Allah SWT yang mana Allah SWT boleh mengambilnya pada bila-bila masa sahaja.

2.Setiap kesusahan itu sebenarnya ujian daripada Allah SWT untuk melhat sama ada kita mampu bersabar di atas ujian itu.Sesungguhnya,setiap orang yang bersabar itu tinggi kedudukannya di sisi Allah SWT sebagai mana Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud,
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."

Wallahualam....

Wednesday, June 22, 2011

AGAMA ITU NASIHAT-Nasihat Untuk Allah

Diriwayatkan daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda:

"Agama itu nasihat.Kami bertanya:'Untuk siapa?' Baginda menjawab:'Untuk Allah,Kitabnya,Rasulnya,para pemimpin kaum muslimin dan bagi manusia umumnya."

Riwayat Ahmad,Muslim dan Abu Daud


1.NASIHAT UNTUK ALLAH SWT

  • Beriman semata-mata kepada-Nya.
  • Menjauhkan diri daripada perbuatan syirik dalam iktikad dan ibadat.
  • Menjauhkan diri daripada sikap ingkar terhadap suruhan-Nya.
  • Mengagungkan Allah dengan sifat-sifat sempurna.
  • Menyucikan-Nya daripada segala sifat kekurangan.
  • Mentaati-Nya.
  • Menjauhkan diri daripada perbuatan dosa.
  • Mencintai dan membenci sesuatu kerana-Nya.
  • Berjihad menghadapi musuh.
  • Mengakui dan bersyukur atas semua nikmat-Nya.
  • Ikhlas dalam segala urusan.
  • Mengajak manusia melakukan segala perkara yang baik.
  • Bersikap lemah lembut kepada sesama manusia.

Al-Khathabi berkata:
"Secara prinsip,kebaikan daripada sifat-sifat baik tersebut kembali kepada pelakunya sendiri,kerana Allah tidak memerlukan kebaikan daripada sesiapa."




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...