Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Monday, October 24, 2011

Aku Dikecewakan Sekali Lagi...


Assalamualaikum...semalam saya mengalami sedikit kekecewaan buat kali kedua oleh benda yg same.Semalam,23 Oktober merupakan hari yg saya tunggu-tunggu.Saya ingat saya dah cukup bersedia tapi nampaknya silap jangkaan saya.

Memang dalam setiap kehidupan kita mesti akan diuji oleh Allah SWT.Kite ni boleh sabar ke tak dengan ujian tu.Adakah kita akan salahkan orang lain,kita jadi marah-marah.Tapi,saya sebenarnya kita perlu 'reflect' balik diri kita.Adakah kita ade buat silap ke,sakitkan hati orang atau kita cuba bergantung kepada selain Allah SWT?

Itulah yg saya rase bila hadapi kekecewaan tu.Memang saya tak nafikan semuanya berpunca dari saya sendiri sebenarnya.Tapi,apa-apa pun,saya kene redha je la.Nak buat camne,benda dah jadi.Menangis air mata darah pun tak guna,kan?Ala,lagi pun banyak lagi peluang ade.Insya-Allah bolehnye.yang penting,kene yakin dengan diri sendiri dan percaya bahawa Allah SWT sentiasa bersama-sama kita.

Saya ni kecewa putus cinta ke ape ni?Hmm...Sebenarnya saya ni tgh sedih sebab ni dah masuk kali kedua tapi still fail lagi test motor untuk lesen 'P'.Ya Allah,ape la sengal sgt saya ni.Memang 'down' giler ar.Balik rumah,ummi saya cakap,

"Buat malu ko oghe tino jah.."

Haha..memang redha ar.Dah la dah dua kali ni.Orang laen test sekali je terus dapat.Saya ni,dua kali pun tak dapat-dapat lagi.Adusss,segan la plak.Nak tau ape saya tak lepas?Benda same je dengan yg first time tu,jatuh titi.Hahaha...Nampaknya saya ni memang tak berbakat bawak motor secara formal la.

Tapi takpe,saya still tak putus asa agi selagi tak pegang lesen P tu.Ape nk jadi pun jadi la.Wallahualam...

Sunday, October 23, 2011

Selamat Hari Lahir Ummi!!!


Assalamualaikum...Hari Khamis yg lepas,20 Oktober 2011 adalah ulang tahun kelahiran ibuku yg tercinta.Maka,sebagai seorang anak haruslah aku mengucapkan selamat hari lahir kepada ibuku.

Kitorang adik beradik panggil beliau sebagai ummi.Kalo 5 tahun kebelakangan ni saya just boleh call je ucap selamat hari jadi sebab duk sekolah asrama tapi kali ni boleh face to face la.Gambar ummi saya ade kat atas tu.Pandai-pandai la cari ye.Jangan sampai tersilap orang plak.Haha.

Jadi,saya pun senyap-senyap la rancang nak belikan hadiah untuk ummi saya ni.Berapa minggu entah plan,Alhamdulillah akhirnya jadi jugak hadiahnye.Bayangkan,saya mase nak bungkus hadiah tu,kene tgk youtube dulu,cara nak balut hadiah.Memang dunia zaman moden betul la.Senang je skang nak dapat ilmu dan maklumat cuma kene pandai cari yg bermanfaat je.

Tapi,hadiahnye saya taknak la bagitau,segan la nanti.Haha.Oh,hadiah untuk abah saya pun saya beli jugak sebab hari tu harijadi die saya tak sempat nak bagi.Yg ni jadi ganti yang hari tu punye la ni. Hehe.

So,selamat hari lahir wahai ummi ku yang tersayang.Semoga Allah SWT sentiasa mencucuri rahmat ke atas dirimu.Amin ^_^

Wednesday, October 19, 2011

Hujan Oh Hujan


Hujan yang turun bagaikan mutiara
berkilau bersinar berkerdipan
subur menghijau dan bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut


Assalamualaikum...Itulah sebahagian lirik lagu Hujan yang telah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman.takleh kasi lebih-lebih,nanti jadi blog lirik plak Las Noches ni.haha.

Eh,eh,saya bukannye nak bercakap pasal band Hujan tu ye.Nak menyanyi jauh la sekali sebab suara tak berapa nak sedap.Kawan-kawan saya yang cakap la.Kalo saya menyanyi je mesti diorang suh saya diam.Sebab tu saya dah jarang nak menyanyi skang.Hehe.

Skang ni kat Kelantan Darul Naim tengah musim hujan atau nak sedap sket musim tengkujuh orang cakap.Memang selalu la hujan skang.Keadaan pun lembap je.Skang,trend die hujan pagi-pagi,renyai-renyai je sampai tengah hari.

Bile sebut pasal hujan ni,kite kene ingat yang hujan tu rahmat Allah SWT.So,kalo hujan jangan kite mengeluh,takleh jemur baju la,susah nk kuar la tapi sebaliknya kite bersyukur,ucapkan Alhamdulillah.Mase hujan pun adalah merupakan salah satu waktu mustajab untuk berdoa.So,pandai-pandai la kite amik peluang ni untuk memohon keampunan kepada Allah SWT.Semoga hidup kite sentiasa beroleh rahmat dari-Nya.Aminn...

Monday, October 17, 2011

Bersukan Itu Satu Ibadah



Assalamualaikum...hari sabtu yg lepas kawan saya ajak maen futsal kat court futsal dekat-dekat dengan rumah saya.Saya ni,memang jenis kaki futsal dari dulu.Kat UiTM pun,selalu maen petang-petang.Sejak balik cuti hari tu,tak maen lagi futsal so memang excited la.Lama tak maen.Jadi,lepas maen tu dapat pulak idea untuk entri baru ni.

Memang kalo kita tengok skang pun,futsal ni memang popular lebih-lebih lagi dalam kalangan orang muda-muda ni.Orang tua pun maen futsal,lagi ar.Tapi,ape yang kita nak tumpukan kat sini adalah melibatkan semua sukan,tak kira futsal ke,bola sepak ke,tenis ke,badminton ke,ape-ape la.

Macam mana kita nak jadikan bersukan tu satu ibadah?Sebab,bila bercakap pasal ibadah ni dapat pahala la weii.Takkan kita semua taknak pahala?Islam itu syumul,merangkumi semua perkara dalam kehidupan kita.Ramai orang skang anggap Islam tu hanya dalam masjid,mase solat dan seumpamanya.Sebenarnya salah 'mindset' camtu.Islam adalah sempurna.Segala benda dalam kehidupan kita ni sebenarnya perlu mengikut syarak yang telah ditetapkan.Untuk bersukan ni,same la dengan yang laen.

NIAT

Yang pertama,niat kita mesti betul.Kita niat bersukan semata-mata kerana Allah SWT.Bukan sebab laen.Kita skang ni,maen sebab suke-suke,sebab nak menang la ape la.Memang betul kita maen untuk relaks-relaks je tapi niat utama tu tidak laen tidak bukan untuk Allah SWT semata-mata.

MENUTUP AURAT

Ni satu masalah besar skang ni.Saya cukup sedih bile tengok ramai dalam kalangan kita yang still amik mudah pasal bab menutup aurat ni.Bahkan,sahabat-sahabat baik saya pun ade yang tak tutup aurat.Memang sedih.Cukup sedih. Seolah-olah kita ni menafikan perintah Allah SWT.Bile ditanya kenapa taknak tutup aurat,diorang jawab panas la,susah la,macam-macam alasan.Eh abang-abang oii,dekat neraka tu lagi panas.Ni baru panas dunia.

Dalam al-Quran dah jelas sebut perintah untuk menutp aurat.Kenapa kita masih taknak ikut?Bukannya susah pun,kalo taknak pakai seluar trek panjang mase maen,beli la 'tight' yang panjang tu.Tak kisah la warna ape ke.Ramai pemain kebangsaan kita yang tak tutup aurat.Patutnya diorang ni la yang jadi 'role model' kepada budak-budak zaman skang ni.Yang tak pahamnya,stokin lengan tu boleh pulak pakai,nak pakai 'tight' lebih lutut tu pulak susah.Masalah-masalah.

Saya nak serulah kepada semua khususnya kawan-kawan saya baik di UiTM,Starian 060 or kat Kelantan,tutuplah aurat anda semua semasa bersukan.Tak susah sebenarnya,sahabat.Saya ni rase macam tak guna la jadi sahabat anda kalo saya tak tegur anda,sahabat-sahabat yang saya kasihi,untuk tutup aurat.Memang saya seronok maen futsal dengan sahabat-sahabat saya ni,tapi tu la,sedih bile tengok lutut-lutut diorang tu terdedah sana-sini.So kita boleh nampak ye,penghayatan masyarakat kita tentang Islam still rendah lagi.Sedarlah sahabat-sahabat...

So,tu la sikit sebanyak yang boleh saya kongsikan.Tak layak lagi rasenye nak huraikan lagi panjang sebab ilmu di dada belum pun senipis kulit bawang.Tapi,itu tidak menjadi halangan kepada saya untuk menyedarkan orang-orang di luar sana lebih-lebih lagi sahabat-sahabat saya.Tengok,kita bersukan pun boleh dapat pahala kalo dengan niat yang betul dan cara yang betul.Sebenarnya,ramai yang sedar pasal benda ni,khususnya bab tutup aurat tu.Tapi,ramai yang anggap tu sebagai benda biasa.Tu yang kite kene ubah.Wallahualam...


Sunday, October 16, 2011

4 PETUA IMAM SYAFIE UNTUK SIHAT......

4 PERKARA MENYIHATKAN BADAN :

  • Makan daging
  • Memakai haruman
  • Kerap Mandi
  • Berpakaian daripada kapas

4 PERKARA MELEMAHKAN BADAN :

  • Banyak mengadakan hubungan kelamin
  • Selalu cemas
  • Banyak minum air ketika makan
  • Banyak makan makanan yg masam

4 PERKARA MENAJAMKAN MATA :

  • Duduk menghadap kiblat
  • Bercelak sebelum tidur
  • Memandang yg hijau
  • Berpakaian bersih

4 PERKARA MEROSAKKAN MATA :

  • Memandang najis
  • Melihat orang dibunuh
  • Melihat kemaluan
  • Membelakangi kiblat

4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN :

  • Tidak byk berbual kosong
  • Rajin bersugi ( gosok gigi )
  • Bercakap dgn org soleh
  • Bergaul dgn golongan ulama

4 CARA TIDUR :

  • Tidur golongan Nabi - Tidur terlentang sambil berfikir mengenai kejadian langit dan bumi
  • Tidur golongan Ulama/ahli Ibadah - Mengereng ke sebelah kanan utk memudahkan terjaga utk menunaikan solat malam.
  • Tidur golongan raja yang haloba - Mengereng ke sebelah kiri utk mencernakan makanan yg banyak di makan.
  • Tidur syaitan - Menelungkup atau meniarap seperti tidurnya ahli neraka......

Saturday, October 15, 2011

Allahuakbar!Masha Allah!Alhamdulillah....fuhh

Assalamualaikum..Fuhh,hari ni mmg saya betul-betul terkejut.Bukan sebab ape,tapi sebab silap saya sendiri.Alhamdulillah tak jadi ape-ape.

Camni citer die,hari ni saya pegi KB Mall nak selesaikan urusan yang belum selesai.Saya ni pegi tak ler bawak henset so taktau pukul berape.Tapi,rase-rasenya dekat kul 12.30 pm tu saya pun nak balik la sebab tengok staff KB Mall ade yang dah pegi rehat.So,saya pun memecut la balik dengan motor Wave 100 saya tu.

Sebab dah nk dekat Zuhur,saya pun berenti la kat masjid Wakaf Bharu ni.Saya pun turun la dari motor,amik barang-barang bawak masuk dalam takut nnt hilang pulak kan.Topi keledar saya tinggal kat motor.Masuk masjid tu,saya tgk baru kul 12.47 pm so saya duduk-duduk la dulu.Pastu,Alhamdulillah dah lepas solat sume,saya pun nk keluar la masjid lebih kurang kul 1.30.Sampai kat motor saya tu,ade sorang pakcik sebelah motor saya tgh nk kuarkan motor die.Pakcik tu cakap,

"Demo tingga kuci muto demo kat muto.Bahayo tu,loni tokleh lepo go sekaro.Kak masjid ko mano ko tokleh lepo belako loni."

Saya betul-betul terkejut bile tgk kunci motor tu ade terlekat kat motor tu.Ya Allah,tak ingat rupanya saya nk kuarkan kunci tadi.Barang-barang bawak masuk dalam,kunci motor tinggal kat motor,memang kelas A ar.Tapi,saya betul-betul bersyukur kepada Allah SWT sebab motor tu tak hilang dibawak lari orang.lame jugak saya tinggal motor tu.Nak dekat sejam jugak la.Dah la saya parking kat depan pagar je.Alhamdulillah.Kalo tak,ape la nak jawab dengan umi dengan abah saya nnt.Memang redha la jawabnye.Alhamdulillah..fuhh

Friday, October 14, 2011

Untukmu Adam Dan Hawa


Adam...

Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,

Gagah perkasa seperti Badang,

Kau gunakan Hawa sebagai umpan,

Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...

Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,

Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,

Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,

Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...

Kadngkala kekacakan yang ada padamu,

Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,

Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,

Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...

Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,

Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,

Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,

Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...

Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,

Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,

Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,

Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...

Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,

Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,

Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,

Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,

Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,

Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,

Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...

Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,

Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,

Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,

Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...

Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,

Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,

Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,

Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,

Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,

Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,

Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...

Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,

Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,

Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,

Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...

Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,

Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,

Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,

Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...