Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Sunday, June 10, 2012

Jika Kau Bakal Menjadi Seseorang


Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,
maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta. 

Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak,
maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.

Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak,
maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.

Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak,
maka pertahankanlah Islam dimata dunia

Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak,
maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.

Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak,
maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri ALLAH SWT yang Maha Pencipta.

Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak,
maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak,
maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH SWT itu lebih mewah daripada segala-galanya.

Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas..



Wallahu'alam...

Saturday, June 9, 2012

Zinnirah:Biar Buta Mata Jangan Buta Hati





Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah
S.A.W yaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda.

Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akihirnya beliau telah dibeli oleh Umar
Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah.

Beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awal keislamannya,
Zinnirah melakukan perintah islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab.

Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat merasakan perubahan yang terjadi dalam
diri hambanya itu.

Setelah diselidiki, nyatalah bahwa hambanya meniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W. Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya.
Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W.

Beliau mengancam sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap
berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup karena malu dipandang masyarakat.

Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Maka, teruslah Umar menyiksa Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam.

Berbagai siksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, gertakan, tendangan
, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah hal biasa dalam kehidupan Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya
bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Puncak penyiksaan terhadap Zinnirah ialah ketika matanya ditusuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup
dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari
tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini memang berat, selalu menderita dan sengsara karena aku sadar untuk mendapat syurga. aku terpaksa mengarubgi ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh berbagai kesenangan."

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Berbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta karena dilaknat oleh tuhan
Latta dan Uzza.

Mereka mengatakan itu karena Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan karena tuhan mereka, sebaliknya ini adalah perbuatan Umar dan Allah menetapkan ini terjadi.

Walaupun diuji dengan segala bentuk, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karunia kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali
dengan karunia Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. hatinya dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.
Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

Thursday, June 7, 2012

Buku 40 Hadith Popular Palsu YANG PALSU

Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihi



Buku ini telah tersebar di pasaran. Diterbitkan oleh PTS. Dan menurut penulis buku ini bahawa hadith yang didedahkan di dalam bukunya kesemuanya darjatnya adalah PALSU.

Adakah pendedahan penulis ini benar keseluruhannya ? Marilah kita sama-sama menelusuri hadith-hadith yang dihukum sebagai palsu di dalam buku terbitan PTS di atas :

Hadis 1 : Menuntut Ilmu Sehingga ke China :

Jawapan : Hadith ini bukanlah palsu bahkan mencapai darjat hasan dan juga darjat dhoief. Penjelasannya di sini : Status hadith : Tuntulah Ilmu Hingga Ke Negeri China

« اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم » “ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, karena sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

 Nash di atas adalah matan dari hadits dhoif tetapi diriwayatkan melalui banyak sanad, di antaranya Imam Baihaqi dalam kitab syi’bul iman. Ahli hadits menyatakan di antara perowi hadits tersebut adalah Abu ‘Atikah yang dikatakan oleh ulama’ hadits sebagai perowi dhoif, sehingga muncul banyak pendapat dalam menilai hadits ini sebagai hadits dhoif, bathil atau tidak bersanad. Namun demikian, menurut al-hafidh al-Mazi : karena hadits ini memiliki banyak jalan (sanad), maka dari dhoif naik ke derajat hasan lighoirihi. Oleh karena itu tidak boleh bagi kita mengatakan bahwa itu bukan hadits.

 شعب الإيمان للبيهقي – (4 / 174) 

 أخبرنا أبو عبد الله الحافظ ، أخبرنا أبو الحسن علي بن محمد بن عقبة الشيباني ، حدثنا محمد بن علي بن عفان ، ح وأخبرنا أبو محمد الأصبهاني ، أخبرنا أبو سعيد بن زياد ، حدثنا جعفر بن عامر العسكري ، قالا : حدثنا الحسن بن عطية ، عن أبي عاتكة ، – وفي رواية أبي عبد الله – حدثنا أبو عاتكة ، عن أنس بن مالك ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم » « هذا حديث متنه مشهور ، وإسناده ضعيف » وقد روي من أوجه ، كلها ضعيف

 جامع الأحاديث – (5 / 2)

 اطلبوا العلم ولو بالصين فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم (العقيلى ، وابن عدى ، والبيهقى فى شعب الإيمان ، وابن عبد البر عن أنس) أخرجه العقيلى (2/230 ، ترجمة 777) ، وابن عدى (4/118 ، ترجمة 963) كلاهما فى ترجمة طريف بن سلمان أبو عاتكة . والبيهقى فى شعب الإيمان (2/253 ، رقم 1663) ، وقال : هذا الحديث شبه مشهور ، وإسناده ضعيف ، وقد روى من أوجه كلها ضعيفة . وأخرجه ابن عبد البر فى العلم (1/9) . وأخرجه أيضاً : الخطيب (9/363) ، وأورده ابن الجوزى فى الموضوعات (1/347 ، رقم 428) . قال العجلونى (1/154) : ضعيف بل قال ابن حبان : باطل . وذكره ابن الجوزى فى الموضوعات ، ونوزع بقول الحافظ المزى : له طرق ربما يصل بمجموعها إلى الحسن ، وبقول الذهبى فى تلخيص الواهيات : روى من عدة طرق واهية وبعضها صالح ، ورواه أبو يعلى عن أنس بلفظ : اطلبوا العلم ولو بالصين فقط ، ورواه ابن عبد البر أيضاً عن أنس بسند فيه كذاب . 

 مسند البزار – (1 / 55( 

 وَحَدِيثُ أَبِي الْعَاتِكَةِ : اطْلُبُوا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّينِ لاَ يُعْرَفُ أَبُو الْعَاتِكَةِ وَلاَ يُدْرَى مِنْ أَيْنَ هُوَ ، فَلَيْسَ لِهَذَا الْحَدِيثِ أَصْلٌ. قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 66( وفي عون الباري نقلاً عن النووي أنه قال ((الحديث الضعيف عند تعدد الطرق يرتقى عن الضعف إلى الحسن ويصير مقبولاً معمولاً به))

 قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 77(

 الخامسة قولهم هذا الحديث ليس له أصل أو لا أصل له قال ابن تيميه معناه ليس له إسناد

 قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 /86( 

 الثامن المشهور وهو ماله طرق محصورة بأكثر من اثنين سمى بذلك لوضوحه ويطلق على ما اشتهر على الألسنة فيشمل ماله إسناد واحد فصاعداً بل مالا يوجد له إسناد أصلا (كذا في النخبة) وما اشتهر على الألسنة أعم عن اشتهاره عند المحدثين خاصة أو عندهم أو

عند العامة مما لا أصل له شرح إختصار علوم الحديث – (1 / 363(

 والشهرة أمر نسبي، فقد يشتهر عند أهل الحديث، أو يتواتر ما ليس عند غيرهم بالكلية ، ثم قد يكون المشهور متواترا أو مستفيضا، وهذا ما زاد نقلته على ثلاثة، وعن القاضي الماوردي أن المستفيض أكثر من المتواتر، وهذا اصطلاح منه، وقد يكون المشهور صحيحا كحديث: الأعمال بالنيات وحسنا، وقد يشتهر بين الناس أحاديث لا أصل لها، أو هي موضوعة بالكلية، وهذا كثير جدا

Sumber : Http://www.Forsansalaf.Com 

Hadis 3 : Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya

Hadis ini tidak palsu. Bahkan, banyak ulama' menilai hadis ini sebagai hasan seperti Sheikh Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari. Sebahagiannya menilai hadis ini dha'if. Tetapi, tidak sampai tahap maudhu'.

Hadis 9 : Kelebihan Solat Terawaih .

Memang yang selalu kita dengar tentang kelebihan solat terawih pada setiap malam tu ada yang palsu. Namun ada juga hadith sahih yang menyatakan kelebihan solat terawih. Penjelasannya di sini : Fadhilat-fadhilat Sahih Solat Terawih

Hadis ke-15: " kita pulang dr jihad yg kecil kepd jihad yg besar".Para sahabat bertanya:"apakah jihad yang paling besar?"Nabi Muhammad menjawab:"Jihad hati( memerangi hawa nafsu)"

 Hadith ini juga bukan palsu bahkan sanadnya adalah sahih. Penjelasannya di sini : Status hadith : Jihad Al Akbar - Memerangi Hawa Nafsu 

Hadis 16 : Perselisihan Adalah Rahmat 

Hadith ini juga bukan palsu. Sudah dijelaskan oleh Ustaz Nazrul Nasir : Perselisihan Adalah Rahmat

Takhrij Hadith : Al Allamah Al Minawi ketika mentakhrij hadith ini dalam kitab beliau, Faidhul al Qadir Jilid 1, m/s 212 menyatakan : [As Subki berkata : Hadith ini tidak diketahui oleh para muhaddisin. Aku tidak menemui sanadnya yang sahih, dhoief mahupun maudhu'] - Lihat perkataan ulamak yang wara' tidak mudah terus menyatakan PALSU.

As Sayuti berkata: BOLEH JADI ia diriwayatkan dalam sesetengah kitab para penghafal hadith yang tidak sampai kepada kita. - Lihat akhlak ulamak yang berkredibiliti dan tidak bermudah menghukum PALSU secara semberono hanya kerana ia tidak mengetahui sanadnya.

Albaihaqi dalam kitab al Madkhal dan ad Dailami dalam Musnad al Firdaus menyatakan isnadnya. Kedua-duanya daripada hadith marfu' Ibnu Abbas dengan lafaz : "Perselisihan para sahabatku adalah rahmat". Perselisihan sahabat sama dengan perselisihan Umat. Akan tetapi al Hafiz Al Iraqi berkata : Sanad ini dhoief. Anak beliau Abu Zar'ah seorang pentahqiq berkata : Ia juga diriwayatkan oleh Adam bin Abi Ilyas dalam kitab al 'ilmi wal hilm dengan lafaz : "Perselisihan para sahabatku adalah rahmat". Hadith ini mursal dhoief. Dalam Tabaqot Ibnu Sa'ad daripada al Qasim bin Muhammad dinyatakan hadith seumpamanya]

Dr Yusof al Qardhawi ( Kitab Ash-Shahwah Al-Islamiyyah baina Al-Ikhtilaf Al-Masyruwa At-tafarruq Al-Madzmum) berpandangan hadith ini sahih pengertiannya. Pengertian hadith ini disokong oleh riwayat Darulqutni yang dianggap sebagai hadith hasan oleh Imam An Nawawi dalam kitabnya Matan al Arbai'en :

Sesungguhnya Allah Ta'ala meletakkan garis sempadan, janganlah kamu melampauinya. Dia mewajibkan perkara fardhu, janganlah kamu mensia-siakannya. Dia mendiamkan hukum bagi beberapa perkara sebagai rahmat kepada kamu dan bukannya lupa, janganlah kamu mencari-carinya. 

Biasanya, perkara yang didiamkan oleh Allah menjadi sebab kepada perselisihan. Ini kerana ia membentuk ruang kosong dalam perundangan Islam. Setiap ulama akan cuba mengisinya berlandaskan asas-asas pengambilan hukum dan aliran sekolahnya. Ada yang mengambil jalan qiyas. Yang lain mengambil jalan istihsan, Yang ketiga mengambil jalan maslahat. Yang keempat berdasarkan 'uruf. yang lain pula berdasarkan Bara ah al Asliyyah.. dan sebagainya.

Hadis 17 : Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu 

Hadith ini bukan palsu. Sebab ada hadith yang bererti : Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Hassan sahih;diriwayatkan oleh an-nasai’e. Seorang sahabat bernama Jahimah ra datang menemui RasulluAlllah saw meminta pandangan baginda untuk dia ikt serta dalam ekspedisi berjihad.Rasullah saw bertanya: "adakah kamu ada ibu?"Jahimah menjawab : "Ya!" Lalu RasulluAllah saw bersabda:"tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga berada dibawah tapak kakinya". 


Hadis 21 : Kelebihan Membaca Surah Yasin. 

Tidak semua hadith mengenai kelebihan membaca Surah Yasin adalah palsu. Ada hadith sahih kelebihan membaca surah yasin.

 Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :


 "Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."

 (Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam'an, (jilid V, h 397).

Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

 Rujuk : Prof Dr Sayyid Muhammad 'Alawi Al Maliki Al Hasani, Kajian Mendalam ke Atas Manfaat Amalan Orang Hidup Terhadap Arwah, Tahqiq al amal fi ma yan fa'u al mayyitu min al a'mal, Jahabersa, 2007, Johor

 Hadis 22 : Yasin Hati Al-Quran

 Ini bukan hadith palsu

Daripada Anas RadiyaLlahu 'anhu :

 قال النبي صلى الله عليه وسلم : إن لكل شيء قلبا و قلب القرأن يس و من قرأ يس كتب الله له بقراءتها قراءة القراءن عشر مرات

Sabda Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam :
  "Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu itu ada jantung, dan jantung al Quran ialah Yasin. Dan sesiapa yang membaca Yasin, akan dituliskan Allah baginya dengan membacanya pahala seumpama membaca al Quran sepuluh kali" 

(Riwayat at Tirmizi dan ad Darimi)

 Menurut Imam at Tirmizi darjat hadith ini adalah hasan gharib. Ia telah diriwayatkan oleh lima orang sahabat radiyaLlahu anhum iaitu Abu Bakar as Siddiq, Anas r.a, Abu Hurairah r.a, Ubay bin Kaab r.a dan Ibn Abbas radiyallahu anhuma. Maka dari segi istilah ia bilangan yang cukup menjadi hadith mahsyur. (Rujuk Majalah Q & A Bil 3, m/s 76-77. Dijelaskan oleh Ustaz Mohd Khafidz Bin Soroni (Jabatan Hadith KUIS))

 Hadis 27 : Menyapu Muka Selepas Solat 

 Dijelaskan oleh Ustaz Ayman Akiti : di dalam kitab berjudul al-Hujjaj al-Qath'iyyah fi Shihhah al-Mu'taqadat wa al-Amaliyyah al-Nahdliyyah, Page 66: Adanya Rasulullah SAW itu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya setelah setiap kali doa.

Telah terdapat di dalam sebagian Hadis-Hadis seperti berikut: عَنِ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا دَعَا فَرَفَعَ يَدَيْهِ مَسَحَ وَجْهَهُ بِيَدَيْه diceritakan dari al-Saib bin Yazid dari Bapaknya bahawa Nabi SAW adanya beliau ketika berdoa mengangkat kedua belah tangannya lalu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangan. (Riwayat Sunan Abu Daud, no. 1275)

 Begitu juga disunnahkan bagi orang yang telah solat untuk mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya, kerana sesungguhnya solat secara bahasa adalah doa, kerana terkandung di dalamnya beberapa doa kepada Allah Yang Menjadikan Mahasuci-Nya Ta'ala. Maka barangsiapa solat maka dia benar-benar telah berdoa kepada Allah azza wajalla. Maka yang kukuh dengan ini, disunnahkan bagi orang tersebut untuk mengusap wajahnya setelah setiap kali solat. Berkata Imam Nawawi di dalam Kitab al-Azkar:

 وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن

 Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA. berkata: Adanya Rasulullah SAW ketika selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: "Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan" (al-Azkar, 69).

 Maka jadilah perkara tersebut sebagai dalil bahwa sesungguhnya mengusap wajah itu disyariatkan di dalam agama, dengan pengetahuan bahwasanya Nabi SAW juga mengamalkannya. Penjelasannya ada di sini : Hukum Mengusap Wajah Selepas Solat

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah jelas buku di atas amat bermasalah dan melakukan jenayah ilmiyyah dalam hadith yang amat dahsyat sekali. Kepada asatizah/para pelajar/ibu ayah agar berhati-hati dalam membeli buku agama di pasaran. Apa akan jadi kepada anak-anak kita pada masa akandatang yang membentuk masyarakat dan Umat Islam apabila didedahkan dengan penulis yang mengelirukan umat Islam dan melakukan jenayah Ilmiyyah samada dalam perkara aqidah dan hukum hakam ?

Tolong sebar-sebarkan sebagai langkah mengajak kepada perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran. Wallahu'alam


Monday, June 4, 2012

Saya Cintakan Awak Tapi Akan Berkahwin Dengan Dia

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihi



Sudah sekian lama saya telah memendamkan perasaan terhadap awak dengan harapan bahawa kita berdua dapat bersama.Malah,saya sudah terlupa sejak bila saya mula menaruh cinta kepada awak.Masa berlalu dengan begitu pantas.

Suasana di sekeliling membuatkan cinta saya kepada awak semakin bertambah.Saya mula memasang harapan untuk menyunting awak menjadi teman hidup saya.Dan,saya tidak hanya memasang angan-angan kosong.Saya berusaha untuk menjadikan impian itu menjadi realiti.

Namun,lama-kelamaan saya menjadi semakin lalai dan usaha untuk mencapai impian manis itu mula terbengkalai.Tetapi,cinta saya kepada awak tidak pernah berubah.Tidak pernah pun tergerak hati saya untuk mencari yang lain.Aneh,kata cinta tetapi tidak berusaha demi cinta itu.Begitulah saya.



Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadamu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padamu


Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaimu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta



Akhirnya,ujian paling getir cinta kita melanda.Walaupun di saat-saat akhir namun saya tetap gagahkan harapan dan cuba menghidupkan cinta kita yang kian pudar itu.

Alhamdulillah,dengan izin Allah SWT saya ditunjukkan jalan oleh-Nya untuk kita bersatu.Alangkah gembiranya hati saya ketika itu.Diselang seli dengan perasaan gementar dan ragu-ragu kerana kurang meyakini akan kemampuan saya untuk berpegang teguh kepada cinta kita.

Tetapi,apakan daya.Takdir Allah jua yang menentukan.Sesungguhnya hanya kuasa Allah sahaja yang mengatasi segala-galanya.Manusia hanya mampu merancang,Allah yang menentukan.

Berpunca dari kesilapan saya,cinta kita terkubur buat selama-lamanya.Pantas.Sangat pantas.Semuanya berlaku dengan begitu pantas.Saya tidak mampu berbuat apa-apa.Walaupun saya mempunyai pilihan untuk meneruskan cinta kita,tetapi demi masa depan saya,saya terpaksa melupakan segala janji-janji manis yang telah kita impikan bersama.

Dia,muncul secara tiba-tiba.Meninggalkan saya tanpa banyak pilihan.Selain menerima dia dalam hidup saya.Ahh,hati mana yang tidak perit dan sedih apabila terpaksa melupakan kekasih yang dicintai dengan sepenuh hati sejak bertahun-tahun lamanya.

Saya mula mengenali dia secara perlahan-lahan.Saya akui,agak sukar pada mulanya untuk mencintai dia kerana tidak pernah pun terdetik dalam hati saya selama ini untuk mengenali dia,apatah lagi ingin bersama!

Tetapi,sekali lagi kuasa Allah mengatasi segala-galanya.Hati yang kering ini mula subur dengan cinta kepada dia.Hari demi hari,saya semakin menyukai dia.Dan berasa semakin selesa bersama dia.Banyak masa kami luangkan bersama.Pagi,petang,siang dan malam.Cinta baru mula mekar di hati saya.Tapi,saya tidak pernah melupakan awak!

Kadang-kadang,teringat juga diri ini akan kisah cinta dahulu bersama awak.Berlinangan juga air mata ini tatkala mengenangkan hasrat yang tidak kesampaian.Impian untuk bersama tidak mampu menjadi kenyataan.

Saya cuba untuk melangkah ke hadapan dan tidak menoleh ke belakang lagi.Tapi,perasaan cinta terhalang itu sangat sukar untuk dilupakan.Sekali sekala saya bercerita dan berkongsi kisah itu bersama teman-teman dan sahabat-sahabat saya dengan harapan untuk mengurangkan sedikit perasaan sedih itu.

Saya sedar bahawa saya tidak boleh membiarkan diri saya terperangkap dengan kisah-kisah silam itu.Saya mesti terus bergerak ke hadapan.

Saya sudah mempunyai dia untuk saya menumpukan cinta saya.Benarlah kata-kata Iman Muda Asyraf,walaupun ada sedikit perbezaan,

Menikahi seseorang yang kita cintai itu satu kemestian,
Mencintai seseorang yang kita nikahi itu satu kewajipan.

Memang,saya sedar bahawa saya tidak mampu untuk menjamin kebahagiaan saya bersama dia.Adakah jodoh kami akan berkekalan dan sebagainya.Namun,tidak dapat tidak,saya mesti berusaha mencari kebahagiaan itu.

Dan,Alhamdulillah.Setelah mendapat restu daripada kedua ibu bapa saya serta pendapat-pendapat mereka yang rapat dengan saya,saya telah pun melamar dia beberapa bulan yang lepas.Sekarang saya masih menunggu jawapan dari dia.Mudah-mudahan segala urusan berjalan lancar.Aminn. 

Dengan ini saya mengumumkan secara rasminya bahawa saya telah pun berpisah dengan awak,Miss Medic dan akan berkahwin,jika diizinkan Allah SWT,dengan dia,Cik Undang-undang juga dikenali sebagai Miss Law.Semoga jodoh kami berpanjangan dan diberkati oleh Allah SWT.Insya-Allah.

Pemergianmu




Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira?

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu

Friday, June 1, 2012

Jenis dan Hikmah Dalam Marah



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه



Jenis dan Hikmah di dalam Marah

Perubahan sifat dan sikap sering kelihatan apabila seseorang berdepan dengan situasi yang memungkinkan mereka menonjolkan kemarahan. Cacian dan makian tidak terhitung dek kerana tenggelam dalam nafsu amarah. Paling malang, gelojak nafsu dibiar menguasai diri hingga menghilangkan pertimbangan akal.

MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci ALLAH SWT dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja’far bin Muhammad berkata: “Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).”

Marah juga adalah sifat semulajadi insani. Boleh jadi kemarahan yang ditunjukkan membawa kebaikan atau kecelakaan. Pada permulaan marah, ia bagaikan isyarat awal untuk membetulkan keadaan. Namun, apabila kemarahan didahulukan jauh daripada mengingati ALLAH, maka ia bertukar menjadi kebinasaan.

Berbeza sifatnya apabila marah dalam hal dan keadaan sesama akidah. Namun dibezakan disebabkan ketiadaan persefahaman dalam perkara-perkara khilafiah. Paling malang, apabila ada pihak yang berlebih-lebihan berprasangka sesama mukmin disebabkan suaranya tidak didengar atas urusan agama. Marah boleh menjatuhkan seseorang kepada keadaan kufur. Marah boleh jadi mengakibatkan kemusnahan “akidah”, apabila masalah khilafiah terus dibahas dalam keadaan “marah” dan tidak tahu usul agama.

Psikologi Manusia

Manakala di dalam kaedah psikologi manusia, terdapat beberapa jenis kemarahan yang berlaku di kalangan manusia. Keributan yang berlaku adalah tanpa sebarang amaran itulah yang dinamai sebagai:

a) Sudden Anger (Marah Mengejut)
-Individu yang mengalaminya mudah hilang sabar, sentiasa melahirkan “marah”, hatta dalam sekecil-kecil perkara. Namun, individu ini didapati cepat reda dan berasa menyesal. Walaubagaimnapun, alangkah indahnya apabila nafsu yang mengajak kepada kecelaan “marah” dapat dimulai dengan bacaan “Basmallah”.


b) Shame-based Anger
- Seorang yang sangat sensitif dengan suasana semasa.
- Tidak dapat tahan marah bila dikritik, diperleceh atau diketepikan. Beliau lebih gemar merasa betul atas segala tindakan tanpa penafian orang lain.

c) Deliberate Anger
- Percaya bahawa dengan menunjukkan kemarahan segala kemahuan
dan kehendak akan dipenuhi. Jenis begini tidak peduli untuk melanggar etika, undang-undang yang sedia ada asal matlamat digapai, haram katanya tidak mengapa.
- Suka memanipulasi, membuli & menguasai orang lain.
- Berpuas hati & megah sekiranya orang yang dimarahi berasa
tersinggung & sedih.

d) Addictive Anger (Ketagihan Marah)
- Menjadi ketagih untuk marah apabila berada dalam ketagihan & tidak
dapat menahan kemarahan.
- Ada kaitan dengan ketagihan arak & dadah.

Kemarahan yang meluap-luap dilupai akan memburukkan wajah pemarah, menyempitkan salur darah, disebabkan berlumba-lumbanya syaitan di dalam salur darah untuk menyucuk butir-butir kata dan tindakan penuh mazmumah. Maka lahirlah kemarahan yang disorak-sorai oleh syaitan laknatullah.

Renungilah dan hayatilah firman ALLAH SWT:
“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.”
[Surah al-Syura ayat 37]

Marahnya Rasulullah Shollallahu allaihi wassalam

Suatu kisah ketika Rasulullah SAW sedang duduk ditengah-tengah para sahabat, tiba-tiba datang seorang rahib yahudi bernama Zaid bin Sa’nah. Kemudian dia menyambar kain Rasulullah SAW dan berkata dengan kasar; “Ya Muhammad! Bayarlah hutangmu. Kamu keturunan Bani Hasyim melambat-lambatkan pembayaran hutang.”

Sememangnya ketika itu Rasulullah SAW berhutang dengan yahudi tersebut. Tetapi Rasulullah mengerti bahawa masa yang dijanjikan untuk membayarnya belum sampai. Melihatkan keadaan sebegitu, Saidina Umar r.a lalu bangun dan menghunus pedangnya. “Wahai Rasulullah SAW, izinkan aku memenggal leher manusia yang kurang ajar ini.”

Namun, dengan penuh kelembutan dan ketenangan Rasulullah SAW bersabda; “Ya Umar, aku tidak disuruh berdakwah dengan cara yang kasar. Antara aku dan dia memang memerlukan kebijaksanaan daripadamu. Suruhlah dia menagih hutangnya dengan sopan dan ingatkanlah aku supaya aku dapat membayar hutangku dengan baik.”

Mendengar sabda Rasulullah SAW tersebut, orang yahudi itu pun berkata: “Demi yang mengutusmu dengan kebenaran, sebenarnya aku tidak akan datang untuk menagih hutang, tetapi aku datang untuk menguji akhlakmu. Aku mengerti masa untuk melunaskan hutang itu sebelum sampai waktunya. Akan tetapi aku telah membaca sifat-sifatmu dalam kitab Taurat. Semua sifat-sifatmu sungguh terpuji. Namun masih ada satu sifatmu yang belum aku ketahui iaitu tentang kebijaksanaanmu bertindak ketika waktu marah. Ternyata tindakan ceroboh yang dilakukan orang terhadapmu, engkau masih dapat mengawalnya dengan cara bijaksana.”

Ini merupakan satu hakikat yang aku saksikan sendiri, maka terimalah Islamku ya Rasulullah SAW, kemudian orang yahudi itupun mengucap dengan mengakui Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW adalah pensuruh ALLAH.

Kemudian ia berkata lagi: “Wahai Rasulullah, adapun hutangmu, aku sedekahkan kepada fakir miskin dan kaum muslimin”

Demikianlah antara sebuah kisah kehebatan akhlak Rasulullah SAW dalam menghadapi marah. Manakala, hari ini dalam menguruskan kemarahan yang terjadi tanpa diminta, adalah menjadi tanggungjawab setiap insan dalam menghadapi situasi yang mudah mengundang marah, memerlukan tindakan pantas kepada memikirkan sabar.

Rasulullah bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).”
(Riwayat al-Tirmizi)

Bangga dengan Marah 

Kedapatan manusia bangga dengan sifat marah yang dimilikinya, katanya ia membuat orang hormat akan dirinya. Maka, katanya mudah untuk mengurus suasana. Ketika masyarakat bertemu dengannya, hormat yang disangka rupanya pura-pura. Kepada ketua, anak buah kelihatan bermuka-muka, didepan ketua puji dan puja, tetapi di belakang mereka mencela.

Persoalan kepada semua, apakah dengan kemarahan menyelesai segala perkara. Mewujudkan ukhuwwah ikhlas sepanjang masa? Melakar baik sangka kenapa sukar dicipta? Tidakkan tuan merasa gembira, melihat semua ikhlas menerima kehadiran tuan disisi semua.

Terimbau kepada satu cerita mengenai kesabaran, suatu hari Imam Ibnu Abbas r.a sedang menunggang kuda. Tiba-tiba datang seorang lelaki menghampirinya dan mengatakan berita dukacita kepadanya. Orang itu berkata:
“Ayahmu telah meninggal dunia ya Ibnu Abbas. Mendengar berita tersebut Ibnu Abbas r.a hanya mengucapkan: “Inna Lillahi wa inna ilahi raji’un. La haula walaa quwata illa billah.” Kemudian Ibnu Abbas r.a turun dari kudanya dan solat akan dia dua rakaat. Setelah selesai mengerjakan solat, orang itu bertanya kepada Ibnu Abbas: “Mengapa kamu sambut dengan solat setelah aku memberi tahumu akan kemangkatan ayahndamu wahai Ibnu Abbas?”

Ibnu Abbas r.a menjawab: “Apakah kamu tidak pernah mendengar firman ALLAH SWT yang memerintahkan:


“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang sabar.”

[al-Baqarah:153]

Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya jangan marah. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!” (Riwayat al-Bukhari).

Wallahu A’lam.
Al-Haqir illa ALLAH al-Ghaniy: almukminun
27 Jamadilakhir 1429H / 01-07-2008
"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"


http://jomfaham.blogspot.com

Monday, May 28, 2012

Apa Kata Syeikh Abd Kadir Jailani


Sekiranya kamu bertemu seseorang,maka lihatlah kelebihan
yang ada padanya dan katakanlah pada dirimu:

"Mudah-mudahan jadilah dia disisi ALLAH lebih baik daripada aku
dan semoga ALLAH mengangkat darjatnya."

Sekiranya kamu bertemu sesorang yang lebih muda daripada kamu,maka katakanlah kepada dirimu:

"Dia belum lagi menderhakai ALLAH,tetapi aku lebih banyak menderhakai ALLAH.Tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku."

Sekiranya kamu bertemu seseorang yang lebih alim daripada kamu,
maka katakanlah kepada dirimu:

"Dia telah diberi ALLAH apa yang aku tidak dapat,dan dia lebih mengetahui apa yang tidak aku ketahui."

Sekiranya kamu bertemu seseorang yang jahil daripada kamu,maka katakanlah kepada dirimu:

"Dia ini menderhakai ALLAH kerana kejahilannya,sedangkan aku
derhaka kepada ALLAH dalam keadaan aku mengetahui dan aku tidak tahu bagaimana kesudahanku."



Wallahu'alam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...