Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Thursday, October 6, 2011

Bilakah Lagi Kita Semua Satu Hati...





Bilakah lagi kita semua satu hati...
Bilakah lagi keamanan kan dikecapi...
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi...

Itulah sebahagian rangkap lagu tema Smart Generation Camp 4 yg dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Hadhari yg diadakan kat Banting,Selangor hujung minggu lepas.Tu baru starting lagu tu,tapi cukup membawa makna yg mendalam kat sape-sape yg menyanyikannya.Alhamdulillah,saya telah dipilih oleh Allah SWT untuk sertai kem ni di saat kawan-kawan seAsasi saya busy packing utk balik ke rumah masing-masing memandangkan cuti semester sudah menjelang.

Walaupun terpaksa balik lewat sket daripada orang laen,tapi saya sket pun tak kisah sebab saya tahu betapa pentingnya utk saya sertai program-programs seumpama ini utk memperbaiki diri serta menambah ilmu pengetahuan di dada.

Masa tengah dalam kem tu,saya betul-betul rasa bersyukur kepada Allah SWT sebab Allah SWT telah pilih saya dari berpuluh ribu student UiTM utk join kem ni.Begitu banyak input serta ilmu yg saya dapat membuatkan saya sedar betapa kita umat Islam sekarang banyak yg sudah lupa dan lalai daripada tugas kita yang sebenarnya.Tujuan kita diturunkan ke dunia ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah utk beribadah kepada Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah Az-zariyat ayat 56,

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Maka,sudah jelas perintah Allah SWT kepada kita umat manusia.Namun,berapa ramai kita(termasuk yg menulis) pada hari ini yg sedar akan hakikat ini?Sebagai umat Islam juga umat Nabi Muhammad SAW kita juga mempunyai satu lagi tanggungjawab yakni amar makruf nahi mungkar. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 110,


كُنتُمْخَيْرَأُمَّةٍأُخْرِجَتْلِلنَّاسِتَأْمُرُونَبِالْمَعْرُوفِوَتَنْهَوْنَعَنِالْمُنكَرِوَتُؤْمِنُونَبِاللّهِوَلَوْآمَنَأَهْلُالْكِتَابِلَكَانَخَيْرًالَّهُممِّنْهُمُالْمُؤْمِنُونَوَأَكْثَرُهُمُالْفَاسِقُونَ
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Sekali lagi,sudah jelas perintah Allah SWT. yg mesti kita laksanakan.Itulah antara input yg saya dapat daripada kem ini.Banyak lagi sebenarnya cuma kekurangan ruang dan waktu.Insya-Allah kaen kali la kot..

Owh,lupa nk bagitau.Saya ni salah seorang peserta dari 6 orang peserta lelaki.Memandangkan saya ni budak Asasi,maka secara automatiknya sayalah peserta yang paling muda.Mula-mula tu mmg segan abis dgn senior-senior degree...ye la,bila mula-mula kenal,diorang tanya part berapa,course ape..saya ni dah la asasi,baru part 1.hahaha.tapi,lama-lama jadi rapat pulak dengan senior-senior (ye la,6 orang senang la kenal).Bawah ni ialah sahabat-sahabat baru saya di kem tu:

Abang Amirul Solihin (Kejuruteraan Mekanikal)
Abang Sufi (MESCOM)
Abang Syazwan (Sains Sukan dan Rekreasi)
Abang Sahril (Food Service and Management)
Abang Fazili (Art and Design)

Cuma,apa yg saya nk tekankan kat sini betapa saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah dipilih oleh Allah SWT utk join kem ni..Mungkin,kalo saya tak join kem ni maybe saya dah buat banyak benda-benda tak berfaedah.Mungkin,saya still berada dalam keadaan masih tidak sedar akan kedudukan umat Islam sekarang.Alhamdulillah,saya diberikan petunjuk oleh Allah SWT untuk menjadi salah seorang 6 insan bertuah itu.Alhamduliilah...

Tuesday, October 4, 2011

Ya Allah!!Melati,bukannye Meranti...

Assalamualaikum semua...kali saya nk ceritakan satu kisah yang baru saje berlaku...cmni kisahnye,lepas saje saya habis exam final semester 1,maka saya pun plan la untuk join Smart Generation camp kat Banting,Selangor dengan niat untuk mengubah diri menjadi lebih baik...Insya-Allah

Ni hati ni mmg dah semangat dah ni...walaupun tgk mase hari Khamis tu,semua budak Asasi mmg dah excited yg amat untuk balik ke rumah masing-masing...semua siap tangkap-tangkap gambar lagi,walaupun next sem nnt jumpa jugak.hmm,lantak ler deme nk buat ape pun(saya bermonolog seorang diri)...so,saya pun tekadkan hati untuk tetap join camp tu walaupun terpaksa balik lewat 3 hari...

Nk jadikan cerita,mase petang jumaat tu saya dapat mesej dari abg Qamarul Naim yg bertanggungjawab menguruskan pendaftaran peserta,yang berbunyi....

Assalamualaikum..sahabt2 yg join smart generation camp..
Tarikh:30/9-2/10
Tempat:Banting,Selangor
Berkumpul di surau melati bersama2 brg2 keperluan ke program..solat mgrb d surau melati..dijangka bertolak kul 8 mlm..

Maka,saya pun dgn penuh keyakinan membuat awan fikiran membayangkan surau meranti yang terletak di luar kampus UiTM di seksyen 2...jam pukul 5.30,saya membuat kira-kira..alahh,kul 6 lebih nnt aku gerak arr..makan KFC dlu...saya membuat perancangan sambil main game FIFA 11 level professional..then,bile jam dah menunjukkan kul 6.15 pm saya telah siap mandi dan packing utk menuju ke surau meranti di seksyen 2 menaiki bas rapidKL dgn tambang RM 1..

Sebelum ke surau meranti,saya terlebih dahulu melangkah ke KFC untuk memenuhi nfasu makanan.Astaghfirullah..agak membazir di situ..kenapa la tak dimakan nasik yg kenyang tapi murah..namun,ketika itu saya tidak berfikir panjang dan terus mengorder set X-meal deluxe plus cheesy wedges..saya mula makan,berseorangan,sambil memerhatikan orang lain.Jam kul 7.00 pm,saya berkata dlm hati,haha..pandai aku bajet masa.lepas ni boleh terus ke surau meranti..gempak betul aku...timbul bangga diri,nauzubillah..ampunkan aku Ya Allah..

Apabila azan berkumandang,saya terus bergegas mencari surau meranti di dalm kolej itu..sebab,x pernah sekali pun saya pergi meranti...so,mcm rusa masuk kampung la..bile dah masuk surau tu,saya tgk surau tu kecik aje...ade la 3,4 brader dlm surau tu...mula timbul keraguan dalam hati..eh,apehal pelik je ni..mne peserta2 laen?tgk sume mcm x bersedia je(saya dtg dgn bawak beg2)..tapi,saya abaikan perasaan tu dgn alasan maybe aku orang first smpai kott...saya terus solat maghrib..lepas solat maghrib,saya mula risau..eh,betul ke surau meranti ni?x nmpk mcm peserta pun semua kt sini..maka,saya bukak balik mesej abg Qamarul td(sila rujuk di atas)...YA ALLAH!!!MELATI,BUKANNYE MERANTI!!!...saya menjerit dalam hati smbil menepuk dahi..saya pun cuba membayangkan surau melati...Astaghfirullah al azim,surau melati dekat dlm kampus,sebelah dataran cendekia...ape la sengal sgt aku ni...saya pun terus bergegas ke bus stop..nk dijadikan cerita,tgh2 nk cepat tu,terpijak la pulak lopak air..adoyaaii,abis basah seluar saya...tapi saya try utk cool je n anggap itu ujian Allah SWT..

Akhirnya,saya selamat smpai ke surau melati n naik bas menuju ke Smart Generation Camp...Alhamdulillah

Pengajaran yg saya dapat:

1.Jangan sesekali ada perasaan bangga diri dalam diri kita...kerana kita sebagai hamba Allah SWT tidak mempunyai apa-apa.Apa yang kita ada sekarang,hanyalah pinjaman sementara daripada Allah SWT yang mana Allah SWT boleh mengambilnya pada bila-bila masa sahaja.

2.Setiap kesusahan itu sebenarnya ujian daripada Allah SWT untuk melhat sama ada kita mampu bersabar di atas ujian itu.Sesungguhnya,setiap orang yang bersabar itu tinggi kedudukannya di sisi Allah SWT sebagai mana Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud,
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."

Wallahualam....

Wednesday, June 22, 2011

AGAMA ITU NASIHAT-Nasihat Untuk Allah

Diriwayatkan daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda:

"Agama itu nasihat.Kami bertanya:'Untuk siapa?' Baginda menjawab:'Untuk Allah,Kitabnya,Rasulnya,para pemimpin kaum muslimin dan bagi manusia umumnya."

Riwayat Ahmad,Muslim dan Abu Daud


1.NASIHAT UNTUK ALLAH SWT

  • Beriman semata-mata kepada-Nya.
  • Menjauhkan diri daripada perbuatan syirik dalam iktikad dan ibadat.
  • Menjauhkan diri daripada sikap ingkar terhadap suruhan-Nya.
  • Mengagungkan Allah dengan sifat-sifat sempurna.
  • Menyucikan-Nya daripada segala sifat kekurangan.
  • Mentaati-Nya.
  • Menjauhkan diri daripada perbuatan dosa.
  • Mencintai dan membenci sesuatu kerana-Nya.
  • Berjihad menghadapi musuh.
  • Mengakui dan bersyukur atas semua nikmat-Nya.
  • Ikhlas dalam segala urusan.
  • Mengajak manusia melakukan segala perkara yang baik.
  • Bersikap lemah lembut kepada sesama manusia.

Al-Khathabi berkata:
"Secara prinsip,kebaikan daripada sifat-sifat baik tersebut kembali kepada pelakunya sendiri,kerana Allah tidak memerlukan kebaikan daripada sesiapa."




Saturday, May 14, 2011

PAHALA AMAL BERGANTUNG KEPADA NIAT


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah,Umar bin Al-Khatab r.a berkata,bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya:Sesungguhnya diterima setiap amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya.Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya,dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya.Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya,dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya.

Riwayat:al-Bukhari

Disebutkan dalam hadis ini kalimah 'diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya'.Yang dimaksudkan dengan amal di sini ialah semua jenis amal yang dibenarkan syariat.Maksudnya,segala jenis amal yang dibenarkan syariat yang dilakukan tanpa niat,menjadi tidak bernilai apa-apa menurut agama.Misalnya wuduk,mandi wajib,tayamum,solat,zakat,puasa,haji,iktikaf dan ibadah-ibadah lain.

Amal Yang Tidak Memerlukan Niat
  • Meninggalkan perbuatan haram.
  • Mengembalikan barang pinjaman.
  • Membersihkan diri daripada najis kerana perbuatan ini termasuk perbuatan menghilangkan barang yang tidak baik.
  • Menyampaikan pemberian atau hadiah orang.

Imam Nawawi membahagikan amal ibadah kepada tiga:
  1. IBADAH HAMBA:Ibadah orang yang takut kepada Allah SWT.
  2. IBADAH SAUDAGAR:Ibadah orang yang hendak mendapatkan syurga dan pahala.
  3. IBADAH MERDEKA:Ibadah yang sebenar kerana menunaikan tanggungjawab ,rasa syukur dan berasa malu kepada Allah SWT.

Thursday, February 24, 2011

CONTEST PILIHAN HATI WR


Haa...Nas nk try join contest pilihan hati WR ni.ni jawapan pilihan Nas...

Johan:PH5
Naib Johan:PH6
Ketiga:PH1

Err..kenapa Nas join contest ni ye?hmm,nas nak biasakan diri dengan dunia blog ni.sebab,Nas ni boleh dikatakan orang baru la dalam blogging ni...banyak lagi benda nas tak tahu.so,by joining this contest Nas boleh boleh rasa macam mana bestnye berblog ni...huhu.Siapakah gerangan WR ni ye?WR ni sorg yang berfikiran terbuka.suka berkongsi something yg baik dgn org-org lain.WR suka buat org di sekeliling WR jadi happy...betul x? ^_^

Sunday, February 20, 2011

MEMPERBANYAKKAN LIMA PERKARA


Assalamualaikum semuanya....kali ini cukuplah sekadar entri pendek untuk dikongsikan bersama.Sebabnya,jika entri panjang berjela tapi kita tidak membacanya maka semua itu akan menjadi sia-sia juga.Oleh itu,cukuplah sekadar sesuatu yang ringkas,tetapi padat.

Imam Syafie memberi wasiat lima perkara yang perlu kita diingati:-

  • Banyakkan menyebut Allah SWT daripada menyebut makhluk.
  • Banyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
  • Banyakkan menyebut dan mengingati hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
  • Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
  • jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan orang lain.
Demikian wasiat Imam Ghazali iaitu lima perkara yang elok disebut-sebut selalu bagi memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup.Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan umatnya berkenaan menggunakan lima kesempatan sebelum tiba lima bencana iaitu muda sebelum tua,lapang sebelum sibuk,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.

Sama-samalah kita mengambil pengajaran dan gunakanlah untuk meningkatkan kualiti kehidupan kita.Selamat beramal... ^_^

Monday, February 14, 2011

BELAJAR DAN MENGAJARKAN ILMU


Alhamdulillah....sejak seketika menyepi dari dunia blog kini Nas kembali semula.Oleh sebab sedikit kesibukan kebelakangan ini membuatkan Nas sukar untuk menulis.Oleh itu,kali ini Nas mahu berkongsi sedikit ilmu dengan semua pembaca mengenai adab-adab Taalim.

Sebelum itu,kita harus tahu apakah yang dimaksudkan dengan taalim.Taalim bererti menuntut ilmu.Ilmu yang sebenar-benarnya ialah ilmu yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.Tidak kira ilmu akhirat seperti tauhid ataupun ilmu dunia seperti ilmu sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ilmu ini mengajar kita akan kewujudandan kekuasaan Allah SWT yang tidak terbatas.

"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat,di samping ianya menjadi amalan para nabi,rasul dan orang-orang soleh."

-Imam Syafie-

ADAB TAALIM


  1. Berwuduk
  2. Sembahyang sunat dua rakaat sebelum majlis dengan harapan Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita untuk memahami,mengingati,mengamalkan dan menyampaikan.
  3. Pakaian bersih dan menutup aurat.
  4. Memakai wangi-wangian.
  5. Pandang mulut orang yang sedang membaca taalim.Anggaplah hadis-hadis yang kita dengar sebagai kata-kata Nabi Muhammad SAW yang datang dari mulut baginda sendiri.
  6. Apabila kita membaca taalim,ulang hadis yang kita baca hingga 3 kali supaya mudah dihayati oleh jemaah.
  7. Mendengar dengan penuh konsentrasi.Semasa para sahabat duduk dalam majlis taalim yang dikendalikan oleh Nabi Muhammad SAW ,mereka tumpukan sepenuh perhatian sehingga tidak mempedulikan burung-burung yang bertenggek di atas bahu dan kepala mereka.
Apabila kita menunaikan hak mendengar,Allah SWT memudahkan tiga perkara iaitu:-
  • Allah SWT memudahkan ilmu masuk ke dalam hati kita.
  • Alalh SWT mudahkan kita memahami apa yang didengar.
  • Allah SWT mudahkan kita bercakap tentang ilmu tadi apabila diperlukan.
8. Anggaplah hadis ataupun ayat Al-Quran yang kita dengar itu seolah-olah itulah kali pertama kita mendengarnya.
9. Duduk rapat-rapat supaya syaitan tidak mencelah antara kita dan Allah SWT satukan hati dan wujudkan sifat kasih sayang anrata kita.Semasa para sahabat duduk dalam majlis yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW,mereka duduk rapat-rapat sehingga daun yang gugur daripada pokok tidak jatuh ke tanah,tetapi ke riba dan bahu mereka.
10. Sebaik-baiknya,duduk dalam posisi tahiyat awal.Kalau boleh,lutut kita bertemu dengan lutut si pembaca taalim.Kalau penat dalam keadaan tahiyat awal,boleh berubah kepada posisi tahiyat akhir.Kalau tidak mampu,bolehlah duduk bersila.Cara duduk begini yang ditunjukkan oleh Malaikat Jibril semasa datang kepada Nabi Muhammad SAW dan mengajukan beberapa soalan kepada baginda dengan disaksikan sendiri oleh para sahabat.
11. Apabila disebut nama Allah SWT,kita sambut dengan Allahu azza wajalla atau Allahu Jalla Jallaluhu atau Subhanallah.
12. Apabila disebut nama Nabi Muhammad,hendaklah kita berselawat ke atas baginda.Malaikat melaknat orang yang tidak berselawat apabila nama baginda disebut.
13. Apabila disebut nama para sahabat ataupun sahabiah,kita sambut dengan RadhiAllahu Anhu ataupun Anha.
14. Apabila disebut nama orang-orang alim seperti tabiin,imam-imam besar dan sebagainya,kita sambut dengan Rahmatullah Alaih.
15. Apabila disebut nama musuh-musuh Allah SWT seperti iblis,Firaun,Abu Lahab dan sebagainya,kita dibolehkan menyambut dengan Laknatullah Alaih.
16. Rasa gembira apabila disebut tentang syurga dan takut apabila disebut tentang neraka.Kalau tidak boleh,cuba paksa.
17. Jangan mengganggu perjalanan majlis seperti berbual-bual ataupun bersalaman apabila datang lewat.
18. Menghadiri majlis taalim adalah lebih baik daripada melakukan ibadat-ibadat sunat yang dilakukan bersendirian.Seandainya kita datang ke masjid dan mendapati majlis taalim sedang berlangsung,kita digalakkan duduk dalam majlis taalim itu.
19. Taazem bil qalbi iaitu memuliakan dan membesarkan majlis dalam hati.
20. Tashdiq wa yaqin iaitu membenarkan dan meyakini yakni percaya akan segala yang didengar.
21. Tabligh wa amal iaitu mempunyai niat untuk menyampaikan dan mengamalkannya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...