Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Sunday, January 8, 2012

13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat



Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.?

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”






Saturday, January 7, 2012

Sanah Helwah Naim Fital

Assalamualaikum...Hmm...Hari ini 7 hb Januari 2012 kan?Haha...Kalau anda semua nak tahu,hari ini adalah hari jadi sahabat saya,Muhammad Naim bin Fital yang ke -19.



Duduk kat asrama ni memang dah jadi tradisi ler kalau hari jadi.Kene 'prank' memang tak boleh lari la.Haha.Kesian kat Naim,kene mandi dengan Neskafe 3 in 1 tambah sabun..Hmm...memang bersih dan harum la si Naim tu...Dah la dalam bilik kami ade sorang gergasi macam The Great Khali yg WWE tu..Perghh,memang Naim kalah ar dengan dia..Sekali tarik je terus rebah Naim.Kesian Naim ..Ala takpe,setahun sekali je dia boleh rasa.Rasakann...Hehe.

Ni ler Naim..Hensem tak?Kalau berkenan,hubungi saya..Hehe ^_^


Jadi,saya nak ucapkan selamat hari lahir kepada sahabat saya,Naim Fital..Owh,Naim ni ialah pemilik Blog Naim yang popular dan menarik.Semoga Naim dapat menemui cinta sejati yang dia idam-idamkan selama ni.Tiap-tiap hari istikharah budak Naim ni,memang dah kes teruk ni.Kene kawin cepat-cepat ni.Haha...


Friday, January 6, 2012

Jangan Biarkan...





Jangan biarkan Syaitan mentertawakan dan bersorak gembira kerana kita :

- Ketinggalan Subuh krn kesiangan.

- Ketinggalan Dzuhur krn kesibukan.

- Ketinggalan Ashar krn msh diperjalanan.

- Ketinggalan Magrib krn Keletihan.

- Ketinggalan Isya krn ketiduran.

Astaghfirullahal'adziim..
Ya Allah, Jauhkanlah kami dari sifat lalai,,

Thursday, January 5, 2012

"Baiknya Tuhan Kita"

Assalamualaikum kepada semua..Mudah-mudahan kita semua berada di bawah lembayung rahmat dari-Nya.Kita sering lupa kepada Allah SWT ketika berada dalam kesenangan.Sedikit sekali untuk kita bersyukur atas nikmat yang telah diberikan.Ingatlah,bahawa kita akan kembali jua kepada Allah SWT kelak.Wallahu'alam...






Tuesday, January 3, 2012

Kami Rindu Padamu....




Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
'Kan pasti mengalir air mataku
Karena pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma sholli 'alaa Muhammad
Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada ummat
Umati umati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa'atkan kami

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafa'atmu

Sunday, January 1, 2012

Dia Yang Istimewa

Assalamualaikum...Siapa tahu berapa tarikh hari ini?Mesti semua tahu kan?Hari ini merupakan hari pertama dalam kalendar 2012 yang baru sahaja menjengah beberapa jam yang lepas.

Sebenarnya,hari ini merupakan hari lahir cikgu kesayangan saya,encik Shahnun bin Abdul Ghani yang ke 32.Cikgu Shahnun ialah guru saya ketika saya di Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh dan juga pemilik blog Hok Sengoti.Walaupun sudah meninggalkan STAR nmaun sehingga sekarang,saya masih berhubung dengan dia.Baru tadi saya 'call' wish besday dia.Haha.



Kalau nak saya ceritakan semua jasa cikgu Shahnun kepada saya selama ini,memang kalau saya buat 10 part pun tak cukup lagi.Maka,cukuplah saya katakan bahawa beliau merupakan insan yang sangat istimewa dan bermakna kepada saya.Terima kasih cikgu...



Inilah dia Encik Shahnun bin Abdul Ghani yang hensem terang tang tang..^_^


Satu je yang saya harapkan daripada cikgu Shahnun tahun ni...Cepat-cepat la kawiinnnnn!!!!Teeheee ^_^




Bilanglah segala dosa.Hitunglah segala amalan.

Assalamualaikum..Alhamdulillah,2011 sudah melabuhkan tirainya dan 2012 bakal menyajikan kita dengan pelbagai rintangan dan dugaan yang kita sendiri tidak ketahuinya.Mudah-mudahan kita mampu untuk mengharungi semua itu dengan jayanya dengan izin Allah SWT.

Kita boleh lihat bermacam-macam sambutan tahun baru yang diadakan,daripada majlis bacaan Yasin dan tahlil yang penuh barakah hinggalah ke konsert-konsert yang melalaikan.Subhanallah,mudah-mudahan sesiapa yang dicabut nyawanya ketika di konsert-konsert tersebut mendapat keampunan daripada Allah SWT.

Kita sering didengarkan dengan frasa,"apa yang lepas,biarlah berlalu,hidup ini mesti diteruskan","jangan pandang belakang" dan sebagainya.Mungkin ada betulnya frasa-frasa tersebut kerana apa yang telah berlaku tidak boleh diubah lagi dan tak perlu untuk kita kenangkan kembali kerana hanya membuang masa.Namun,apa yang kita boleh lakukan ialah muhasabah diri kita kembali.Fikirkan setiap dosa yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2011 dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.Itulah hijrah namanya.

Saya tertarik dengan status seorang sahabat saya yang berbunyi,

1.1.2012.jumlah fb user yang wish new year Masihi lebih melampau banyaknya dan terlampau excitednye berbanding tahun Hijrah...

Ada benarnya apa yang dikatakan oleh sahabat saya ini iaitu saudara Adam Roslan.Kita nampaknya lebih gembira dan prihatin dengan Tahun Baru Masihi berbanding Tahun Baru Hijrah.Memang,tidak ada salahnya untuk kita menyambut tahun baru Masihi.Cuma,sebagai umat Islam,kita seharusnya lebih mengutamakan Tahun baru Hijrah yang telah berlalu lebih kurang sebulan lamanya kerana berlakunya peristiwa yang paling penting dan bersejarah untuk umat Islam iaitu penghijrahan Baginda nabi Muhammad SAW ke Madinah.

Namun,dalam keasyikan menyambut tahun baru,jangan kita lupa kepada peraturan dalam Al-Quran dan As-Sunnah.Marilah kita berusaha untuk meningkatkan amal ibadah kita pada tahun ini.Mana yang tidak sempat untuk dikerjakan pada tahun lepas,kita buat pada tahun ini.Mana yang dirasakan kurang,kita tambahkan.Mana yang buruk,kita jauhkan.Mana yang baik,bersegeralah kita lakukan.

Bilanglah segala dosa.Hitunglah segala amalan.

Entri ini adalah sebenarnya peringatan kepada saya sendiri terutamanya.Mudah-mudahan kita semua beroleh kemenangan di dunia dan akhirat.Insya-Allah.Wallahu'alam.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga hari esok lebih baik dari hari ini 





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...