Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Monday, May 14, 2012

Hati-Hati Dengan Hati Dalam Berdakwah

Dengan Nama Allah
Yang Maha Penyayang

Lagi Maha Mengasihani



"Tap tup tup tap tup tap!" Jali baru saja siap menaip. Mouse dihalakan ke butang 'post' lalu ditekan. Siap! 

Akhirnya, satu lagi status berunsur dakwah tersiar di profile Facebook Jali. Dia senyum bangga. Dalam hati, dia berasa seolah-olah dia seorang alim (berilmu) yang sangat penting. Mata Jali tidak lepas memandang skrin komputer. Masa yang ada dihabiskan untuk menunggu dan mengira bilangan orang yang like status

Baru post beberapa minit, sudah ramai orang like. Jali terasa semakin hebat. Dia menganggap orang lain melihat dia seperti ustaz Azhar Idrus yang sangat berilmu. Perasaan riak mula keluar dari persembunyiannya. "Tak sia-sia aku google. Edit-edit sikit lepas tu baru la status tu nampak macam aku yang buat." Jali mengharap kawan dia yang beribu tu akan nampak status dia dekat news feed masing-masing. Dia teringin untuk menjadi seorang yang feymes.

Tiba-tiba, datang kawan Jali masuk ke bilik mengambil sesuatu. Sebelum keluar, kawannya sempat memandang sekilas ke arah dia kemudian berkata.

"Main Facebook je kerja kau. Aku tengok kau update status gaya macam ustaz. Tapi hidup kau langsung tak macam ustaz pun. Cuba la buat kerja sikit. Ni tidak, asyik melangut depan laptop 24 jam."

Kata-kata yang sungguh tajam menusuk di hati. Tapi kerana egonya yang tinggi, Jali cuba membalas kawannya untuk tidak menjatuhkan air muka dirinya sendiri.

"So what? Salah ke aku kongsi sesuatu yang baik? Aku mengaku aku ni tak macam kau. Maklum la aku ni orang yang pemalas. Tapi sekurang-kurangnya aku ikut pesan Nabi yang pernah berkata, 'sampaikanlah ayatku walau sedikit.' Kalau nak tunggu semua perfect, berapa ramai saja yang layak bagi pesanan dan nasihat?"

Kawan Jali tersenyum. Jali kehairanan. Dia tidak sabar menanti jawapan dari kawannya itu.

"Well, kau pernah baca Quran tak? Surah as-Saf, ayat 2 hingga 3 yang bermaksud: 'Wahai orang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? Sungguh besar kemurkaan Allah bagi orang yang pandai berkata-kata tapi tidak mengamalkannya.' Lagi satu, aku tak cakap pun apa yang kau buat tu salah. Cuma, kau ni aku tengok langsung tak buat apa-apa pun. Tau update status je. Macam mana orang nak ikut nasihat kalau kau tak bagi contoh yang baik?"

Panjang penjelasan yang diberi oleh kawan Jali. Manakala Jali pula terdiam seribu bahasa. Ada betulnya juga apa yang dikatakan tadi. Dia mulai sedar, niat hatinya selama ini dalam berkongsi ilmu ternyata salah. Dia cuma ingin mahsyur atas nama ilmu itu sendiri. Tiba-tiba, satu perasaan bersalah muncul di benak hatinya. Riak wajah Jali mula berubah.

Kawan Jali yang masih berada di situ perasan akan perubahan wajah Jali. Dia rapat ke arah Jali. Dengan senyuman yang lebar dia menepuk bahu Jali dan berkata.

"Bro, dah tau ayat Quran tadi tu, jangan la pulak terus stop tulis status berunsur dakwah. Kalau kau stop, nanti makin berkurang la orang yang memberi pesanan dan nasihat. Aku still sokong apa kau buat. Tapi satu je yang aku nak tengok. Kalau sebelum ni kau hanya sekadar menaip di status, lepas ni kau amalkan la jugak setiap status yang kau tulis tu. Itu baru namanya alim."

Pesanan : Ingat...Allah tahu niat kita...jangan kejar glamour..glamour kat dunia tak kemane pun.."buat status semata2 nak org like,pastu bangga bile ramai org like."..elok lah kita sama-sama ambil pedoman cerita atas ni..Peringatan untuk diri saya sendiri khususnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...