Selamat hari raya aidilfitri!!!!!Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih berpeluang untuk menyambut Aidilfitri pada kali ini.namun,yang lebih penting ialah adakah kita masih berkesempatan untuk bertemu dengan ramadan pada tahun hadapan?sama-samalah kita merenungnya....Sesungguhnya,aku tidak mengetahui adakah aku menggunakan ramadan pada kali ini dengan sebaik-baiknya...adakah aku betul-betul menghargai ramadan kali ini dengan sebenar-benarnya.aku sering tertanya-tanya kepada diriku adakah aku mampu berubah di dalam Ramadan kali ini dan adakah aku sudah berubah selepas ramadan ini?
Mungkin pada tahun ini solat terawihku penuh berbanding tahun-tahun sebelumnya...namun adakah segala ibadatku dapat mengubah aku?adakah aku menjalani ibadatku dengan sepenuh khusyuk?adakah segala dosa-dosaku diampunkan pada Bulan pengampunan dosa ini?hakikatnya,aku tahu bahawa aku masih belum berubah...segala sifat-sifat mazmumah masih terlekat pada diriku.aku masih ulangi kesalahan yang sama.aku menyedarinya namun aku tidak faham mengapa aku tidak dapat mencegahnya.
Impianku adalah untuk menjadi seorang pendakwah yang mampu mengembalikan manusia ke jalan yang benar namun diri sendiri pun belum terurus,inikan pula orang lain?aku benar-benar ragu akan kemampuan diri.aku tidak benar-benar yakin aka diriku.melihat keadaan diriku yang semakin hari semakin teruk ini membuatkan aku berasa kecewa dan sedih....aku tidak tahu adakah aku masih bersemangat seperti dulu?
Wahai Tuhan Yang Membolak-Balikkan Hati , Tetapkanlah Hatiku Teguh Di Atas Jalan Agama-Mu
Sekadar Penghibur Hati
Tuesday, September 14, 2010
Friday, June 11, 2010
La Furia Roja Pilihanku Juara Dunia


Piala Dunia 2010!!!!!!Nampaknya dunia sekali lagi akan diserang oleh demam bola sepak.Dengan penyertaan pasukan-pasukan yang begitu hebat dan mantap seperti Brazil,Argentina,England,Belanda dan Sepanyol sudah pasti akan membuatkan piala dunia kali ini akan menjadi lebih menghiburkan.jadi,tidak hairanlah jika semua orang sedang memperkatakan tentang sukan global ini di serata tempat.
Semua orang pasti mempunyai pasukan pilihan masing-masing maka saya juga tidak terkecuali.Pasukan pilihan saya tidak lain dan tidak bukan juara Eropah 2008,Sepanyol!Sepanyol merupakan pasukan yang diminati saya sejak dulu kerana membariskan pemain-pemain terkemuka dunia seperti Fernando Torres,David Villa,Andres Iniesta dan Xavi Hernandez.
Cara Sepanyol main bola sepak memang best kalau nak tahu.Diorang main passing 'one two' dan banyak mencipta peluang gol.Tengok saja semasa Espana membelasah Poland 6-0 baru-baru ini.Setiap pemain Sepanyol pandai manfaatkan ruang yang ada.(macam penganalisis bola sepak la pulak..^_^).
Saya harap-harap la Sepanyol dapat menjulang piala dunia kali ini dan melupakan kekalahan di piala dunia 2006.Tapi,saya nak sangat tengok final antara Sepanyol dan Brazil sebab dua-dua pasukan tersebut memang hebat dan mampu mempersembahkan permainan yang bermutu.Jadi,kepada anda semua sokonglah pasukan pilihan anda.GO!go!Espana!!!
Sunday, May 30, 2010
Kekalahan Dalam Piala Muhibah



Kami,rumah Merah berada dalam kumpulan yang disifatkan sebagai Kumpulan Maut bersama rumah Putih dan Kuning.Kedua-dua rumah ini memang terkenal dengan sukan disebabkan ramai atlet.Walaupun begitu,kami tetap tabah menghadapi sebarang dugaan dan cabaran.
Perlawanan pertama menentang Rumah Kuning yang dipenuhi oleh pemain wakil sekolah.Namun,kami tetap berjaya mengikat mereka 1-1 walaupun kami mendahului permainan buat jangka masa yang lama.Perlawanan kedua pula menentang rumah Putih.Walaupun ketiadaan pemain 'bintang' tetapi rumah Putih berjaya menundukkan kami 1-0.
Congakan strategi telah dibuat untuk memastikan kami layak ke pusingan separuh akhir.Dalam perlawanan ketiga,sekali lagi kami berhadapan dengan rumah Putih.Kali ini,mereka menampilkan kesebelasan terkuat.Kami mendahului pada separuh masa yang pertama.Mereka akhirnya berjaya mengikat kedudukan setelah bertungkus lumus menyerang.Namun,kami berada di depan sekali lagi.3 minit sebelum perlawanan tamat,rumah Putih berjaya mencari gol penyamaan menerusi gol jarak jauh yang membuatkan penjaga gol kami terkapai-kapai.Keputusan seri ini bermakna kami mesti menang dalam perlawanan menentang rumah Kuning.
Perlawanan ini menentukan hidup mati rumah Merah dalam kejohanan ini.Kami bermain bersungguh-sungguh namun kebuntuan mencari gol dan akhirnya rumah Kuning layak ke pusingan separuh akhir menerusi gol sepakan percuma oleh Akmal yang juga penjaring terbanyak kejohanan.Kami akur dengan keputusan itu dan terpaksa mengakui bahawa kekalahan itu sememangnya pahit.
Kekalahan ini mengajar kami bahawa semangat perpaduan dan kerjasama dalam sesuatu pasukan itu amat penting.Semangat dan komitmen yang tinggi terhadap pasukan juga amat diperlukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

