Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Monday, January 10, 2011

PUNCA KEJATUHAN UMAT ISLAM




As-Syeikh Hasan an-Nadwi dalam buku Maza Khasiral Aalamu Binhithaal Muslimin merumuskan beberapa punca kejatuhan umat Islam pada hari ini.

1.Kepimpinan berpindah kepada orang yang tidak layak.Semasa pemimpin-pemimpin umat Islam meminggirkan ajaran Islam dan mengutamakan kepentingan peribadi dan kelompok,kekuatan Islam mula goyah.Hal ini mula menonjol pada era bani Umayyah dan Abbasiyah kecuali pada zaman Omar bin Abdul Aziz.

2.Politik dipisahkan daripada agama.Pada zaman nabi dan Khulafa ar-Rasyidin,politik dan agama disatukan kerana Islam adalah suatu cara hidup yang lengkap yang merangkumi semua perkara termasuk politik.Apabila agama tidak lagi menyuluhi politik,lahirlah penyelewengan,kezaliman dan ketidakadilan pada peringkat tertinggi.Pada masa itu,ketidakstabilan mula melanda umat Islam.

3.Pemimpin dan para penguasa Muslim menunjukkan contoh yang buruk.Mereka tenggelam dalam kemewahan dan kemaksiatan dan mengabaikan kewajipan amar makruf nahi mungkar.Perangai dan cara hidup pemimpin yang tidak bermaruah ini memberi kesan negatif kepada masyarakat secara amnya.

04.Para ilmuwan Islam gagal memperkembangkan ilmu.Ramai daripada kalangan ilmuwan Islam bermula dari abad ke-17 Masihi ghairah membahaskan ilmu falsafah yang diasaskan oleh bangsa Yunani.Mereka juga asyik berbicara berkenaan dengan roh,wihdatul wujud dan ilmu-ilmu ranting Islam.Ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sains dan teknologi tidak difokuskan sedangkan di Barat pada masa itu,ledakan ilmu sains san teknologi berlaku dengan pesat.Akhirnya,Barat menguasai dunia Islam yang leka.

5.Timbulnya bidaah dan kesesatan dalam dunia Islam.Kesucian akidah dan keluhuran ibadah serta syariat yang ditegakkan nabi kemudiannya dicemari oleh pandangan-pandangan serta amalan bidaah yang menyesatkan.Tokok tambah dalam agama tanpa berasaskan Quran dan sunnah menjadi popular sehingga akhirnya berjaya memudarkan cahaya Islam yang asli lagi murni.

Kehinaan dan kerosakan ke atas umat Islam masih terus berlaku.Dengan keinsafan dan kesungguhan,kerosakan ini dapat diperelok dan diperbaiki.Walau bagaimanapun,kita harus mengakui,kerjanya tidak mudah.Namun,andai kata kita sanggup memulakan proses perubahan ini,Allah SWT pasti mempermudah kerja-kerja kita.Dalam surah Yusuf ayat 90 Allah SWT berfirman,"Sesungguhnya sesiapa yang bertakwa dan bersabar maka sesungguhnya Allah SWT tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang melakukan kebaikan."

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...