Sesetengah orang semasa berdepan dengan masalah cepat menyalahkan orang lain.Ada yang sanggup menyalahkan Allah SWT.Biasanya,pada masa itu anggota badan yang paling banyak bergerak adalah jari-jari yang digunakan untuk menuding orang lain.Jarang dapat ditemui manusia yang sanggup menuding dan menyalahkan dirinya sendiri.Allah SWT berfirman dalam surah Hud ayat 101,"Dan Kami tidak menzalimi mereka sebaliknya merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri."
Penyakit cepat menyalahkan orang lain menjangkiti sebahagian besar umat Islam pada hari ini.Dalam hal ini,teringat kita pada sebuah lagu rakyat orang Melayu yang bertajuk Bangau Oh Bangau .Antara liriknya adalah:
Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus,
Macam mana aku tak kurus,
Ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan,
Kenapa kau tak timbul,
Macam mana aku nak timbul,
Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput,
Kenapa panjang sangat,
Macam mana aku tak panjang,
Kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput,
Macam mana aku nak makan,
Perut aku sakit.
Mesej yang ditonjolkan daripada lagu ini adalah,apabila masalah timbul,setiap pihak mencari alasan dan bertindak menyalahkan orang lain.Bangau menyalahkan ikan,ikan menyalahkan rumput,rumput menyalahkan kerbau dan begitulah seterusnya.Sikap cepat menyalahkan orang lain tanpa usul periksa adalah budaya yang keji.Umat Islam perlu berani menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku pada hari ini.
Dipetik daripada:7 FORMULA INDIVIDU CEMERLANG(Dr Danial Zainal Abidin)
No comments:
Post a Comment