Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Thursday, March 15, 2012

Awak,Saya Nak Pegang Boleh?



Dengan nama Allah 
yang Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat semua.Di sini sekali lagi saya mahu berkongsi dengan anda semua satu artikel yang saya rasakan amat penting untuk semua tahu.Artikel ini mengenai pergaulan antara lelaki dan perempuan,di mana kita boleh lihat sekarang bahawa persentuhan antara lelaki dan perempuan itu sudah dianggap biasa oleh masyarakat kita khususnya para remaja.Sehinggakan menimbulkan kekeliruan kepada golongan non-Muslim mengenai hal ini.Sahabat saya,Azri ada pengalaman menjawab soalan-soalan mereka mengenai persentuhan antara lelaki dan perempuan.Anda boleh klik sini.Mohon luangkan sedikit masa membaca artikel di bawah.


Pada zaman sekarang, bersalaman tangan antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi hina itu meruntuhkan akhlak Islam yang mesti ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika ada seorang daripada mereka berbincang tentang hukum syariat, dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh anda sebagai kolot, ketinggalan zaman, kaku, susah untuk didekati, ekstrim, hendak memutuskan silaturrahim, menggoyahkan niat baik dan sebagainya.
Sehingga dalam masyarakat kita, berjabat tangan dengan sepupu, ipar, biras, isteri bapa saudara (mak saudara), suami ibu saudara (bapa saudara) lebih mudah daripada minum air.

Seandainya mereka melihat secara jernih dan penuh pengetahuan tentang bahaya persoalan tersebut menurut syara’ tentu mereka tidak akan melakukan hal tersebut.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat At-Thabrani)
Kemudian tidak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan pun berzina.” (Hadis riwayat Ahmad)
Dan, adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Muhammad S.A.W ? Namun begitu, beliau mengatakan:
“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ahmad)
Beliau juga bersabda:
“Sesungguhnya aku tidak menyetuh tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ath Thabrani)
Dan dari Aisyah R.A, dia berkata:
“Dan demi Allah, sesungguhnya tangan Rasulullah S.A.W tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi beliau membai’at mereka dengan perkataan.” (Hadis riwayat Muslim)

Hendaknya takut kepada Allah, orang-orang yang mengancam cerai isterinya yang solehah kerana tidak mahu bersalaman tangan dengan lawan jenis meskipun memakai alas hukumnya tetap HARAM.

Sumber: http://www.halaqah.net/
             :http://myibrah.com

Sebenarnya,hukumnya sudah jelas.Tetapi kerana penghayatan Islam dalam diri itu kurang yang menyebabkan ramai orang pada hari ini memandang perkara ini sebagai perkara biasa.Lebih teruk,bukan sahaja berpegangan tangan malah ada yang berpeluk antara lelaki dan perempuan.Mereka menganggap perkara itu biasa padahal perbuatan itu yang akan membawa mereka kepada kemurkaan Allah SWT.Astaghfirullah al Azim!Menunjukkan betapa akhlak dan moral dalam kalangan remaja pada hari ini sudah terhakis.Sedarlah wahai kawan-kawanku di luar sana.Marilah menjunjung Islam dalam diri kita.Jika bukan kita,siapa lagi?

Semoga kita semua mendapat kemenangan di dunia dan akhirat.Wallahu'alam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...