Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Tuesday, March 27, 2012

Khas Buat Kamu,LWA02F.

Dengan Nama Allah
Yang maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani




Alhamdulillah.Akhirnya program Asasi Undang-Undang sesi 2011/12 melabuhkan tirainya setelah berakhirnya peperiksaan akhir pada tengah hari tadi.

Memang sudah saya jangkakan,bahawa status-status serta post-post mengenai perpisahan akan menghiasi wall Facebook setiap warga Asasi ,tidak terkecuali saya.

Pada tengah hari tadi,kelas saya telah mengadakan satu jamuan perpisahan kecil di KFC Seksyen 7.Walaupun tidak semua yang hadir atas sebab-sebab tertentu namun cukup untuk kami meluangkan sedikit waktu-waktu terakhir sebagai pelajar Asasi bersama.

Dalam menulis blog sebenarnya saya mempunyai satu prinsip iaitu saya kurang gemar untuk bercerita tentang kisah hidup saya di blog,Bagi saya,blog adalah medium untuk saya berkongsi ilmu dan maklumat dengan orang lain.Namun,disebabkan rakan-rakan dari kelas LWA02F ini telah memberikan seribu erti kepada saya,maka saya mengalah dengan prinsip saya.

Jadi,inilah satu coretan kata buat warga kelas F yang cukup memberi makna dalam diri saya.Kami terdiri daripada 27 orang kesemuanya.


Kenalkan,sahabat karib saya yang paling rapat di kelas,Fadzli.Jika mahu diberikan sebab untuk  menangis kerana perpisahan ini maka sudah tentulah saya katakan saya akan menangis kerana dia ni.Saya masih ingat sewaktu kami mula-mula dipecahkan mengikut kelas,Fadzli ialah orang pertama yang menegur saya dengan wajah yang ceria.Saya tidak pernah menyangka ketika itu bahawa dia akan menjadi salah seorang yang bermakna dalam hidup saya.Fadzli banyak menolong saya selama ini.Jika ada masalah,biasanya saya akan bercerita kepada Fadzli.jika bermain futsal,Fadzli sentiasa sabar sebab saya tidak sehandal Fadzli.Saya memang suka bermain futsal dengan dia.Bukan itu saja,Fadzli juga tidak pernah sekali pun marah kepada saya.Sedih sebab saya akan jrang bertemu dengan dia selepas ini.Terima kasih banyak-banyak Li sebab kau banyak tolong aku,dengar masalah aku.Tapi aku tak pernah jadi seorang kawan yang baik untuk kau.Semoga kau terus dan sentiasa bahagia dalam hidup kau.Keep in touch.harap boleh jumpa kau lagi.


Faiz Aizudin.Seorang yang sangat pendiam dalam kelas,terutama dengan perempuan.Pelajar perempuan kelas saya selalu anggap Faiz ni sombong tapi sebenarnya Faiz ni sangat baik.Dia merupakan seorang yang saya kagum kerana sifatnya yang menjaga pergaulan dengan perempuan.jadi,kawan-kawan perempuan Faiz ni bukannya sombong tapi dia cuba menjaga pergaulan tu.Susah nak cari lelaki macam Faiz zaman sekarang ni.Faiz memang mempunyai ciri-ciri seorang suami yang baik.Hehe.Faiz,maaf kalau aku banyok tekasar bahaso nga mu.Muko ni sokmo hok maghi bilik nok pinje muto.Sapa bocor taya muto de ko aku.Maaf sebab pakoh mu nga Suri.Hehe...Semoga berjaya dalam hidup.Gomo Kelate Gomo!


Inilah dia pelajar paling comel dalam kelas saya,Luqman.Luqman memang obses betul dengan cerita-cerita Korea,entah apa yang dia minat saya pun tidak tahu.Tapi Luqman sangat baik.Dia tidak pernah sekali pun tunjukkan perasaan marah dia kepada saya menunjukkan bahawa dia sangat menjaga hati saya walaupun saya banyak usik-usik dia.Kalau anda hendak tahu,sampaikan pensyarah pun memuji kecomelan Luqman ni.Haha.Memang lepas Luqman asyik kena pangkah dengan saya dan Fadzli.Man,maafkan segala perbuatan,kata-kata aku kat kau selama kita berkawan ni.Aku tahu banyak yang aku terlepas cakap,gurau-gurau kasar dengan kau.Aku doakan kau berjaya dalam hidup.

FC Fuyyoo.Tempat ketiga futsal HAKA.



Sangat bersemangat dalam melakukan apa jua,itulah Ahza.Seorang yang sangat sangat rajin.Satu sifat Ahza yang saya suka adalah dia seorang yang sangat merendah diri.Ada seorang kawan perempuan sekelas saya cakap Ahza nampak kaya dan dia ni memang kaya pun.Tapi dia tidak pernah menunjuk-nunjuk.Ahza,maaf kalau banyak kata-kata aku yang ada dan pernah sakitkan hati kau.Walaupun kita selalu berselisih pendapat tapi kau tetap hormat pandangan aku.Banyak yang aku belajar dari kau.Semoga sihat selalu dan harap kau berjaya mencapai cita-cita kau.


Yang buat peace tu namanya Muayyad.Pelajar paling pandai dalam kelas saya.Muayyad seorang pembahas bahasa Inggeris yang sangat hebat.Kebolehan bercakap dia memang woww,sesuatu yang tiada pada saya.Muayyad,terima kasih untuk segala-galanya.Jangan fikir kau pernah kalahkan aku dalam FIFA kau dah berada di ranking atas aku.Hehe.Semoga berjaya dalam hidup.Yang disebelah Muayyad tu namanya Ruiz.Teman seLondon Muayyad.Ruiz sangat berbakat dalam nyanyian dan bermain gitar.Entah kenapa dia masuk Law ni pun saya tidak tahu.Jika saya bermain futsal,kalau ada Ruiz sebagai pertahanan saya sangat yakin takkan bolos sebab Ruiz bermain dengan penuh semangat.Ruiz,sangat gembira kerana dapat berkawan dengan kau.Aku suka main futsal dengan kau.Semoga berjaya dalam hidup.

Kami dan Sir Rosdin.


Okeh.Habis bercerita tentang jejaka-jejaka kelas F.Sekarang kita masuk kepada cerita mengenai kaum Hawa dalam kelas F pula.Namun,untuk mereka saya tidak akan letakkan gambar satu-satu kerana kaum Hawa bukanlah untuk ditunjuk-tunjuk,kan?Saya rasa perlu untuk menjaga perkara itu.General view untuk mereka ialah,saya sukakan cara mereka bergaul dengan kami.Jika saya lihat kelas-kelas lain,mereka selalu keluar bersama lelaki dan perempuan.Tapi kelas saya tidak begitu.Mungkin orang lain lihat kelas saya ini kurang bersatu namun begitulah kami.Saya sendiri pun tidak gemar jika selalu diajak keluar bersama ramai-ramai dengan jantina lain.Sekali sekala itu tidak mengapa.Jadi,mari kita mula sesi yang kedua...

'Atifah Hazimah bt Wahab:saya rasa dalam kalangan kawan perempuan yang lain,saya paling rapat dengan dia.Di kelas,saya suka usik dan pangkah memangkah dengan dia.Azie,maaf sebab banyak buat kau sakit hati.Aku memang suka bergurau dengan kau.Memang aku tak penah ade niat nak buat kau marah.Tapi,memang aku terkilan sebab kau tak join makan-makan kat KFC tu.Sekali lagi,aku mintak maaf kat kau.

Aina Nadiah bt Alias:Sangat baik dengan saya.Tak kira saya pernah pangkah dia,sorokkan purse dia di Palace of Justice ke,dia tak pernah tunjukkan kemarahan tu.Betul la apa kawan-kawan dia cakap,dia ni suka berfesyen.Hari ni baru saya perasan.Aina,maaf dan terima kasih untuk segala-galanya.Semoga berjaya dalam hidup.

Afifah Mahirah bt Awang Kechik@Awang:Pandai budaknya.Tiap kali test selalu dapat markah paling tinggi.Tension jugak kadang-kadang.Afifah,terima kasih sebab bersemangat masa debat HAKA hari tu.Walaupun kalah,tapi aku tetap puas hati.Seronok bekerjasama dengan kau.Aku doakan semoga masa depan kau cerah.

Anis Syuhada bt Azizan:Seorang muslimah.Rasanya itu sudah cukup untuk gambarkan perwatakan Anis ni.Sangat baik dan selalu beri nasihat kepada kawan-kawan.Anis,maaf kalau ada salah silap aku.Kalau ada yang tak kena,tolong tunjukkan.Semoga berjaya dalam hidup dan mendapat jodoh yang baik.Amin.

Adibah Shahirah bt Muhammad Idris:Kalau saya nak cakap,dialah yang paling cantik dalam kelas saya.Sampaikan lecturer pun cair dengan senyuman dia.Hehe.Saya tak banyak bercakap dengan Adibah ni sebenarnya.Adibah,maaf kalau aku ada salah silap dengan kau.Semoga berjaya dalam hidup.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Bintang Sidewalk


Fatin Liyana bt Sadri:Tak banyak untuk saya ceritakan tentang Fatin sebab jarang berinteraksi.Tapi dia seorang yang baik dan tidak pernah buat apa-apa yang buat saya sentap.Fatin,aku doakan kau supaya berjaya dalam hidup dan bahagia selalu.

Iman Nadia Nadheera bt Zulkifli:Iman ialah Assistant Class Rep kami.Seorang yang sangat tegas walaupun sebenarnya hati dia baik.Selalu cuba lakukan yang terbaik untuk kelas kami.Iman,aku tahu aku banyak buat salah dekat kau.Maaf kalau banyak sakitkan hati kau.Semoga berjaya dalam hidup.


Intan Shufina bt Johari:Intan selalu pangkah blog ni.Dia cakap nama blog ni entah apa apa.Tapi saya tahu sebenarnya dia jeles sebab takde blog macam ni.Hehe.Intan selalu buat lawak dalam kelas.Ceria dan sangat bersemangat ketika melakonkan watak perempuan buta dengan jayanya.Tahniah Intan!Intan,maaf kalau ada gurau-gurau aku ada buat kau terasa atau sakit hati.Semoga berjaya dalam hidup.Jangan segan untuk follow Yang Tidak Bernama ye?hehe.






Noor Munirah bt Abdullah Sani:Di kelas,kami panggil dia Mango.Entah dari mana dapat nama tu saya pun tak tahu.Mango seorang yang sangat kelakar dalam kelas.Satu kepala dengan Intan
.Tapi saya senang ketika bekerjasama dengan dia dalam satu kumpulan.Mango,maaf kalau aku ada salah silap dengan kau.Semoga berbahagia selalu di Sri Iskandar.


Nur Atirah Aiman bt Rahim:Saya rasa saya tidak pernah bercakap dengan dia sepanjang semester kedua ni.Dan dia adalah orang yang paling saya jarang bercakap.Saya ada sebab tersendiri untuk itu.Walaupun begitu, dialah penyebabnya kenapa saya keluar dari group kelas,akhirnya saya ask to join group balik.Sebabnya biarlah saya simpan untuk diri saya.Err,apa yang aku nak cakap dah ada dalam 'essay' tu.teeheee.


First outing kami.Di Parlimen.




Norhaslinda bt Abd Rahman:Linda ni seorang yang pendiam dan tak banyak bercakap dengan kami,pelajar lelaki.Daripada pandangan saya,Linda ni baik.Muka innocent tapi bila main bola baling,gempak kot.Linda ialah Kapten bola baling kelas kami sewaktu HAKA dulu.Linda,serius kalau aku tengok muka kau aku teringat kat adik perempuan aku yang kedua tu.Gaya kau senyum sebijik macam dia.Dah la nama ayah pun sama dengan aku.Maaf kalau ada salah dan silap terutamanya yang aku silap hantar mesej tu.Semoga berjaya dalam hidup.


Nik Amaleen Hanis bt Nik Mohd Shukri:Yang ni pun saya jarang bercakap ketika dalam kelas,luar kelas apatah lagi.Daripada apa yang saya nampak,Nik ialah seorang yang berusaha bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu.Nik ni pandai bahasa Jepun.Apa-apa presentation pun dia akhiri dengan ayat Jepun.Ceh,dia tak tahu saya pun pandai bahasa Jepun.Hehe.Nik,maaf juga kalau ada salah dan silap selama ni.Semoga berjaya dalam hidup.






Allia Qurraisha bt Zairul Hasnan:Allia juga ialah salah seorang peserta bahas BM bersama saya sewaktu HAKA tempoh hari.Seorang yang sangat bersemangat ketika presentation dengan intonasi suara sepertiseorang guru tadika yangmengajar murid-muridnya.Allia,maaf kalau ada salah silap selama ni.Jangan takut,aku tak makan orang.Semoga berjaya dalam hidup.


Fatin Hanani bt Ismail:Fatin berasal dari Sabah walaupun muka dia tak macam orang Sabah pun.Sangat komited ketika bekerja dalam satu kumpulan.Hani,maaf sebab selama ni banyak pangkah kau pasal 'accent' British kau tu.Hehe.Semoga berbahagia selalu.Ni nak confess sket ni,kau nampak sangat sangat cantik dan sweet masa pakai tudung.^_^


Fifiyani Joudi:Macam Fatin,Fifi juga berasal daripada Sabah dan boleh nampaklah keSabahan budak ni melalui percakapan dia.Satu perkara yang saya kagum tentang Fifi ialah,walaupun tidak fluent bercakap dalam BM dan BI tetapi dia sentiasa berani dan tidak berhenti mencuba.Fifi,maaf juga kalau ada salah silap kat mana-mana.Semoga berjaya dan bahagia dalam hidup.


Menyaksikan teater di KLPAC.


Siti Sarah bt Mohd Yahaya:Seorang yang sangat baik dan selalu memberi nasihat-nasihat yang berguna untuk kawan-kawan.Sarah selalu kena gosip-gosip liar di kelas.Entah betul entah tidak.Huhu.Sarah,macam Linda jugak,gaya kau tak ubah macam adik perempuan aku yang first tu.Betul-betul sama.Gaya jalan,gaya cakap suma sama.So,terima kasih dan mintak maaf untuk segala-galanya.Semoga berjaya dalam hidup.Hutang halal ea?hehe... 


Nabilah bt Muhammad Azmi:Yang ni pun salah seorang pelajar paling top dalam kelas saya.Che Nab panggilannya.Che Nab sangat sempoi,dengan sesiapa pun.Dia ni memang tersangat rajin dalam kelas.Kelas pukul 10.30 am,pukul 8 am dia dah sampai.Hehe.Che Nab,apa-apa pun terima kasih untuk segala-galanya.Maaf jika ada salah dan silap aku kat kau selama ni.Teruskan kecemerlangan kau.Semoga berjaya dalam hidup.


Lawatan kelas ke Palace of Justice





Nurul Nabila bt Nor Hisham:Nabila kalau ikut size,macam budak sekolah rendah.Yang paling unik,dia punya frekuensi suara boleh pecahkan kaca rasanya.Hehe.Saya pernah janji nak bagi hadiah masa harijadi dia dulu tapi tak tertunai pula.Nabila,maafkan segala salah dan silap aku ye,yang pasal hadiah tu kalau ada rezeki kau ade ar.Huhu.Terima kasih untuk segala-galanya.Semoga berjaya dalam hidup.


Nurul Rushda bt Mohd Ali:Rushda ni special sket dalam kelas kami.Dia ada satu trademark dia iaitu OTW.Hehe.Kalau tengok pada gaya Rushda,dia ni tak ubah macam datin.Dengan pakaian dia,tudung dia.Memang sama ar.Hehe.Rushda,maaf la kalau ada salah dan silap aku.Semoga berjaya dalam hidup. 


Suri Jessica bt Jeffery Chan:Suri ialah Class Rep kami.Kiranya macam ketua kelas la.Suri sangat marah kalau kami bising dalam kelas.Lepas tu mula dia menjerit suruh diam.Padan muka kami kena marah.Haha.Suri ni gila berTumblr.hari-hari pegi kelas bukak laptop,pastu tumblr je kerja dia dengan headphone kat kepala tu.Hoho.Suri,walaupun aku tahu probability kau nak baca blog ni sangat la rendah,tapi aku tetap nak mintak maaf kat kau.Salah silap aku kat kau selama ni.Semoga berjaya mencapai cita-cita kau.Lagi satu,jangan lupa baca buku-buku yang aku bagi tu.Insya-Allah berguna.  


Makan Malam Asasi di Hotel Concorde.


Ikhlas dari hati seorang teman,
Terima kasih atas setiap kebaikan,
Jutaan penghargaan atas kebesaran jiwa kau hamparkan,
Moga Allah memberi ganjaran,
Syukurku pada Tuhan atas pertemuan,
Moga ukhwah akan berkekalan,
Maafkan diri ini yang serba kekurangan,
Yang tak sunyi melakukan kesilapan,
Ampunkan diri ini yang tidak pernah menjadi teman terbaik.

Semoga hari-hari yang mendatang merupakan yang terindah buatmu,Insya-Allah,
Semoga tabah mengharungi ujian yang diberikan Allah,
Semoga dengan perpisahan ini,
Akan bertambah iman di dadamu.

-Salam hormat dari Mohamad Nasruddin bin Ab Rahman-






































No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...