Assalamualaikum semua...Hari ini mari kita lihat kepada perkara yang selama ini kita hanya ambil mudah,terutamanya kaum wanita,iaitu mengenai cara pemakaian tudung.Ya betul.Memang anda sudah menutup aurat dengan bertudung wahai kaum wanita tetapi adakah anda rasa anda benar-benar menutup aurat mengikut kehendak Allah SWT?
Bagaimana cara bertudung yang salah yang kita ingin bincangkan kita pada hari ini?Lihat dialog di bawah...
Sabda Rasulullah s.a.w. :
"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan."
(sahih Bukhari)
Fikir dan ingat kembali wanita-wanita Melayu Islam baik muda atau tua yang pernah anda lihat di majlis-majlis kenduri kahwin hinggalah ke pusat membeli belah. Bagaimanakah pakaian mereka ? Pernah tak anda ternampak wanita Islam yang berpakaian seperti yang disebutkan di dalam sabda di atas ??
Sudah tentu ramai bukan ?? Begitulah wanita Islam akhir zaman.
Bagi saya,tidak perlu untuk ke pusat membeli belah atau kenduri-kenduri kerana kawan-kawan saya pun ramai yang melakukan hal ini.Itu sudah cukup untuk membuatkan saya sedih.Nak tegur,takut terasa hati.Tak tegur,ini memang tanggungjawab kita sebagai umat Islam.Jadi,saya rasa perlu juga saya memberi peringatan kepada kawan-kawan wanita saya kerana saya tidak mahu disoal oleh Allah SWT kerana tidak menasihati mereka.
Benar,kebenaran itu sememangnya pahit untuk diterima.Mungkin wanita-wanita yang melakukan hal ini merasakan mereka menjadi lebih cantik,lebih ayu dan sebagainya tetapi fikirkanlah,anda ingin cantik di mata manusia atau di mata Allah SWT?Anda ingin dipuji oleh manusia atau oleh Allah SWT?
Justeru kaum wanita,kawan-kawan,janganlah disebabkan anda,bapa anda,saudara lelaki anda dan suami anda kelak bakal diseksa oleh Allah SWT kerana gagal untuk membawa anda mengikut landasan syariat yang betul.Saya juga mempunyai ibu,saya juga mempunyai kakak dan adik perempuan,dan bakal mempunyai seorang isteri suatu hari nanti Insya-Allah,jadi saya sedar bahawa tugas kami sebagai seorang lelaki memang besar dan berat.Jadi janganlah anda membawa mereka tersungkur di pintu neraka dek kerana perkara yang anda rasakan mudah dan kecil.
Wallahua'alam...
No comments:
Post a Comment