Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Sunday, January 1, 2012

Bilanglah segala dosa.Hitunglah segala amalan.

Assalamualaikum..Alhamdulillah,2011 sudah melabuhkan tirainya dan 2012 bakal menyajikan kita dengan pelbagai rintangan dan dugaan yang kita sendiri tidak ketahuinya.Mudah-mudahan kita mampu untuk mengharungi semua itu dengan jayanya dengan izin Allah SWT.

Kita boleh lihat bermacam-macam sambutan tahun baru yang diadakan,daripada majlis bacaan Yasin dan tahlil yang penuh barakah hinggalah ke konsert-konsert yang melalaikan.Subhanallah,mudah-mudahan sesiapa yang dicabut nyawanya ketika di konsert-konsert tersebut mendapat keampunan daripada Allah SWT.

Kita sering didengarkan dengan frasa,"apa yang lepas,biarlah berlalu,hidup ini mesti diteruskan","jangan pandang belakang" dan sebagainya.Mungkin ada betulnya frasa-frasa tersebut kerana apa yang telah berlaku tidak boleh diubah lagi dan tak perlu untuk kita kenangkan kembali kerana hanya membuang masa.Namun,apa yang kita boleh lakukan ialah muhasabah diri kita kembali.Fikirkan setiap dosa yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2011 dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.Itulah hijrah namanya.

Saya tertarik dengan status seorang sahabat saya yang berbunyi,

1.1.2012.jumlah fb user yang wish new year Masihi lebih melampau banyaknya dan terlampau excitednye berbanding tahun Hijrah...

Ada benarnya apa yang dikatakan oleh sahabat saya ini iaitu saudara Adam Roslan.Kita nampaknya lebih gembira dan prihatin dengan Tahun Baru Masihi berbanding Tahun Baru Hijrah.Memang,tidak ada salahnya untuk kita menyambut tahun baru Masihi.Cuma,sebagai umat Islam,kita seharusnya lebih mengutamakan Tahun baru Hijrah yang telah berlalu lebih kurang sebulan lamanya kerana berlakunya peristiwa yang paling penting dan bersejarah untuk umat Islam iaitu penghijrahan Baginda nabi Muhammad SAW ke Madinah.

Namun,dalam keasyikan menyambut tahun baru,jangan kita lupa kepada peraturan dalam Al-Quran dan As-Sunnah.Marilah kita berusaha untuk meningkatkan amal ibadah kita pada tahun ini.Mana yang tidak sempat untuk dikerjakan pada tahun lepas,kita buat pada tahun ini.Mana yang dirasakan kurang,kita tambahkan.Mana yang buruk,kita jauhkan.Mana yang baik,bersegeralah kita lakukan.

Bilanglah segala dosa.Hitunglah segala amalan.

Entri ini adalah sebenarnya peringatan kepada saya sendiri terutamanya.Mudah-mudahan kita semua beroleh kemenangan di dunia dan akhirat.Insya-Allah.Wallahu'alam.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga hari esok lebih baik dari hari ini 





1 comment:

Mohamad Nasruddin said...

semoga diampunkan dosa kita yang lalu..amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...