Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Tuesday, January 24, 2012

Tips Memulakan Perjalanan



Tips simple sebelum mulakan perjalanan. Nak balik kampung atau pulang ke bandar. Nak pergi bercuti INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.

1. Setiap malam sebelum tdo, solat taubat. Baca Surah al-Mulk.

2. Sebelum azan Subuh, solat taubat.

3. Selepas atau sebelum solat Zohor, solat taubat. 

4. Sebelum solat Asar, solat taubat.

5. Selepas solat Maghrib, solat taubat.

6. Selepas solat Isya', solat taubat.

7. Solat hajat 2 rakaat sebelum turun utk mana-mana perjalanan. Tak sampai 5 minit pun.

8. Jangan lupa salam cium tangan orang yang tersayang. Tambah2 ibu ayah. Anak2 isteri.

9. Baca syahadah. Mengucap dua kalimah syahadah masa start kenderaan.

10. Baca doa di atas sebelum berangkat.

11. Selawat pada Rasulullah. Allahumma solli 'ala Saiyyida Muhammad wa 'ala aali Saiyidina Muhammad. 

12. Boleh mulakan perjalanan dengan berhati2, cermat dan tawakkal.

Selamat memandu :)

Monday, January 23, 2012

Sunday, January 22, 2012

Iblis Pun Takut Dengan Kita



IBLIS PUN TAKUT NGAN KITA ::::

Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak SOLAT?” Iblis menjawab PANAS DAN GEMENTAR lantas baginda bertanyakan mengapa. 

Iblis menjawab: “Sebab setiap seorang hamba BERSUJUD SEKALI kepada Allah dan Tuhan MENGANGKATNYA SATU DARJAT.” Baginda bertanya lagi: “Jika seorang umatku BERPUASA, jika ia BERHAJI dan jika ia membaca al-Quran.” Iblis menjawab: “TUBUHKU TERASA TERIKAT HINGGA IA BERBUKA, aku seperti orang gila dan aku berasa meleleh laksana timah di atas api.” Apabila ditanya jika seseorang umat Muhammad BERSEDEKAH, iblis menjawab ia sama seperti individu berkenaan MEMBELAH TUBUHNYA DENGAN GERGAJI. 

Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti itu, lantas makhluk dilaknat Allah itu menjawab: “Sebab dalam SEDEKAH ADA EMPAT KEUNTUNGAN baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.” Baginda meneruskan soalan: 

“Apa yang dapat MEMATAHKAN PINGGANGMU?”

dan iblis menjawab: “Suara kuda perang di jalan Allah.”

Soal baginda seterusnya: “Apa yang dapat MELELEHKAN TUBUHMU?” 

dan dijawab: “Taubat orang yang bertaubat.” Nabi Muhammad meneruskan soalan: “Di manakah kau MENAUNGI ANAK-ANAKMU DI MUSIM PANAS?” dan iblis menjawab: “Di bawah kuku manusia.”



Untuk perkongsian  bersama.Wallahu'alam.

Luahan Seorang Anak Yang Tidak Didengari Sesiapa



11 Isi Hati Anak yang Tidak Terucap kepada ibu bapa:
1. Cintailah aku sepenuh hatimu.
2. Aku ingin jadi diri sendiri, maka hargailah aku.
3. Cubalah mengerti aku dan cara belajarku.
4. Jangan marahi aku di hadapan orang ramai.
5. Jangan bandingkan aku dengan kakak dan adikku.
6. Ayah-ibu, jangan lupa, aku adalah fotocopimu.
7. Semakin hari umurku bertambah, maka jangan anggap aku berterusan  anak kecil.
8. Biarkan aku mencuba, beritahu saja bila aku salah.
9. Jangan membuatku bingung, maka tegaslah padaku.
10. Jangan suka mengungkit kesalahan-kesalahanku.
11. Aku adalah ladang pahala bagimu.
Sumber:Cahaya Islam

Thursday, January 19, 2012

Ya Allah Betul la,Awak Memang Cantik Tapi...



Assalamualaikum semua...Hari ini mari kita lihat kepada perkara yang selama ini kita hanya ambil mudah,terutamanya kaum wanita,iaitu mengenai cara pemakaian tudung.Ya betul.Memang anda sudah menutup aurat dengan bertudung wahai kaum wanita tetapi adakah anda rasa anda benar-benar menutup aurat mengikut kehendak Allah SWT?


Bagaimana cara bertudung yang salah yang kita ingin bincangkan kita pada hari ini?Lihat dialog di bawah...




Sabda Rasulullah s.a.w. : 

"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." 


(sahih Bukhari)

Fikir dan ingat kembali wanita-wanita Melayu Islam baik muda atau tua yang pernah anda lihat di majlis-majlis kenduri kahwin hinggalah ke pusat membeli belah. Bagaimanakah pakaian mereka ? Pernah tak anda ternampak wanita Islam yang berpakaian seperti yang disebutkan di dalam sabda di atas ??



Sudah tentu ramai bukan ?? Begitulah wanita Islam akhir zaman.


Bagi saya,tidak perlu untuk ke pusat membeli belah atau kenduri-kenduri kerana kawan-kawan saya pun ramai yang melakukan hal ini.Itu sudah cukup untuk membuatkan saya sedih.Nak tegur,takut terasa hati.Tak tegur,ini memang tanggungjawab kita sebagai umat Islam.Jadi,saya rasa perlu juga saya memberi peringatan kepada kawan-kawan wanita saya kerana saya tidak mahu disoal oleh Allah SWT kerana tidak menasihati mereka.


Benar,kebenaran itu sememangnya pahit untuk diterima.Mungkin wanita-wanita yang melakukan hal ini merasakan mereka menjadi lebih cantik,lebih ayu dan sebagainya tetapi fikirkanlah,anda ingin cantik di mata manusia atau di mata Allah SWT?Anda ingin dipuji oleh manusia atau oleh Allah SWT?


Justeru kaum wanita,kawan-kawan,janganlah disebabkan anda,bapa anda,saudara lelaki anda dan suami anda kelak bakal diseksa oleh Allah SWT kerana gagal untuk membawa anda mengikut landasan syariat yang betul.Saya juga mempunyai ibu,saya juga mempunyai kakak dan adik perempuan,dan bakal mempunyai seorang isteri suatu hari nanti Insya-Allah,jadi saya sedar bahawa tugas kami sebagai seorang lelaki memang besar dan berat.Jadi janganlah anda membawa mereka tersungkur di pintu neraka dek kerana perkara yang anda rasakan mudah dan kecil.


Wallahua'alam... 






Tuesday, January 17, 2012

Wanita Ibarat Epal



WANITA IBARAT EPAL...
Epal yang tak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah..
Tapi.. Epal yang tak mampu di beli berada di puncak , susah di petik, susah di gapai..
Terkadang, epal ltu risau kenapalah diriku belum di petik..?


Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah..
Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yg berani memetiknya,,

Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yg mampu..
Mungkin bukan di dunia, tapi di akhirat..?
Biarlah jodoh bukan di dunia
Asalkan cinta ILLAHI mengiringi kehidupan kita lni.. INSYA'ALLAH.. :)

Monday, January 16, 2012

Tanda Seseorang Telah Jatuh Cinta






Tanda seseorang yang telah jatuh cinta, iaitu :-

Pertama :
Kecanduan memandang orang yang dikasihi. atau apa sahaja barang kepunyaannya lalu menginatkan kepada pemiliknya. Itu sahaja sudah sebuah nikmat.

Kedua :
Segera menuju ke tempat kekasih berada, sengaja duduk dekatnya dan mendekatinya.


Ketiga :
gelisah dan gugup ketika ada seseorang yang mirip dengan orang yang dicintainya.

Keempat :
kesediaan untuk melakukan hal-hal yang sebelumnya enggan dilakukannya. Adapun perbuatan yang mencacatkan cinta menurut Ibn Hazm adalah mereka yang berbuat maksiat antara lain adalah berzina dll.

(Sila rujuk Tuq al-Hamamah)

Justeru kiranya seorang telah jatuh cinta kepada Allah dan RasulNya,
Pasti dia segera selalu berdua-duaan denganNya melalui solatnya,
Pasti resah dan gugup tatkala melihat dan membaca ayat-ayatNya.
Rela dan gembira untuk melakukan apa sahaja untuk mencapai redha Allah walau sukar dan memeritkan pada mata dan aqal manusia lainnya.

Semuanya itu menjadi mudah kerana adanya kasih dan cinta pada Allah, dan RasulNya.

Anda pernah bercinta? Apa rasanya…??

Sunday, January 15, 2012

Wahai Kaum Wanita,Ketahuilah Bagaimana Seorang Lelaki Itu...



Wahai kaum wanita, ketahuilah bahawa SEORANG LELAKI itu :

Lelaki  boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelelakiannya untuk menambat hati wanita.

Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.

Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tahu lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.




Hanya untuk dikongsi bersama..Wallahu'alam. 

Saturday, January 14, 2012

HARAM Percaya Horoskop






Dari Zaid bin Khalid, katanya:

Kami bersembahyang subuh dengan Rasulullah s.a.w di Hudaibaiah, sedangkan pada malamnya hujan turun. Setelah selesai, beliau menghadapkan mukanya kepada orang banyak seraya berkata:

Tahukah anda apa yang telah dikatakan Allah? Jawab mereka itu: Allah dan Rasul-Nya yang mengetahui. Kata Rasulullah s.a.w.:

Allah telah berkata: Pada pagi ini ada di antara hamba-hamba-Ku yang percaya kepada-Ku dan ada pula yang ingkar; adapun yang menyatakan: Kita telah didatangkan hujan dari kurniaan Allah dan rahmat-Nya, maka orang itulah yang beriman kepada-Ku dan ingkar kepada bintang-bintang; adapun yang berkata, kita telah dituruni hujan sebab bintang Anu dan bintang Anu, maka orang itulah yang ingkar kepada-Ku dan percaya kepada bintang-bintang.

( Riwayat Muslim )

Haram Percaya Horoskop - - 40 hari solat tak diterima.

ORANG Islam tidak boleh terpengaruh dengan horoskop walaupun sedikit pun kerana ia boleh menjejaskan akidah. Malahan, mereka yang membacanya tidak kira percaya atau tidak adalah sama perbuatannya dengan berjumpa dengan tukang tilik di mana solat mereka tidak diterima Allah selama 40 hari.

Menurut pensyarah kanan di fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, perkara itu adalah berdasarkan kepada penyelidikannya ke atas ulasan ulama Yusuf al- Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang atau horoskop.

“Ada yang berpendapat boleh membaca dan ada yang kata tidak boleh membaca walaupun sekadar suka-suka. “Ulasan Yusuf al- Qadrawi memberi maksud bahawa perbuatan membaca walaupun hanya suka-suka sama seperti pergi menemui tukang tilik atau tukang ramal.

Thursday, January 12, 2012

Kesalahan Lelaki Dalam Berpakaian

Assalamualaikum semua..Kali ini saya mahu berkongsi sesuatu yang saya baca daripada blog-blog dan artikel-artikel iaitu mengenai kesalahan kaum lelaki dalam berpakaian.Selalunya kita membincangkan mengenai pemakaian kaum muslimah namun kali ini kita mahu membincangkan mengenai cara pemakaian bagi kaum lelaki yang mungkin ramai yang tidak menyedari hal ini.Mungkin kerana kurangnya penekanan agama ketika di bangku sekolah ataupun di rumah.Entri kali ini agak panjang,harap semua pembaca boleh membaca dengan sabar.




Mari kita lihat beberapa kesalahan lelaki dalam berpakaian di bawah.


Isbal
Isbal iaitu menurunkan atau memanjangkan pakaian hingga di bawah tumit. Larangan isbal bersifat umum untuk semua jenis pakaian seperti seluar panjang, kain pelikat, gamis atau pakaian lainnya. Ironinya, larangan ini dianggap remeh oleh kebanyakan umat Islam, padahal dalam pandangan Allah ia merupakan masalah besar.
Rasulullah SAW bersabda:
“Kain yang memanjang hingga di bawah mata kaki tempatnya di Neraka.” (HR. Al-Bukhari, shahih).
Ancaman bagi musbil (orang yang melakukan isbal ) dengan Neraka tersebut sifatnya adalah mutlak dan umum, baik dengan maksud takbur atau tidak. Jika isbal tersebut dilakukan dengan maksud takbur maka ancamannya lebih besar.
Nabi SAW bersabda:
“Pada hari Kiamat, Allah tidak akan melihat kepada orang yang menyeret bajunya (musbil, ketika di dunia) kerana takbur.” (Muttafaq Alaih, shahih).
Dan secara tegas Nabi SAW melarang kita kaum lelaki melakukan isbal. Beliau SAW bersabda:
“Dan tinggikanlah kainmu hingga separuh betis, jika engkau enggan maka hingga mata kaki. Dan jauhilah olehmu memanjangkan kain di bawah mata kaki, kerana ia termasuk kesombongan, dan sungguh Allah tidak menyukai kesombongan.” (HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi dengan sanad shahih , At-Tirmidzi berkata, hadits ini hasan shahih).
Hadis di atas sebenarnya memberikan kata putus bahawa Isbal itu termasuk dalam sat sifat kesombongan.Maka,tak perlulah kita cuba menggunakan hadis ini untuk memberikan alasan bahawa memanjangkan pakaian itu dibenarkan asalkan niat itu betul kerana ini sebenarnya alasan batil untuk membenarkan perbuatan mereka yang menyalahi sunnah.
Saya juga sebenarnya tidak tahu perkara ini sebelum membaca artikel-artikel tersebut.Semasa saya di STAR dulu sewaktu tingkatan satu,kami diajar oleh abang-abang BADAR untuk melipat seluar ketika solat.Cumanya,apabila kami semakin membesar,sudah tidak orang yang mengingatkan mengenai hal ini.Mungkin sebab inilah ramai yang lupa tentang hal Isbal ini.Jadi,saya ingin mengingatkan adik-adik saya di STAR supaya elakkan daripada melakukan Isbal kerana menyalahi sunnah.Sebab kalau di STAR,jika ada pelajar yang melipat seluar sampai buku lali,pelajar lain akan mengejek orang itu "banjir".Jadi,saya ingin nasihatkan adik-adik,tidak perlu untuk berasa malu jika kita melakukan perkara yang betul.Pedulikan apa yang orang kata asalkan Allah SAw redha dengan perbuatan kita.
Mengenakan Pakaian Yang Nipis dan Ketat
Dalam kaca mata syariat, jika bahan-bahan pakaian itu sangat nipis sehingga menampakkan aurat, lekuk-lekuk tubuh atau sejenisnya maka pakaian itu tidak boleh dikenakan.
Perkara ini berdasarkan firman Allah Taala:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (Al-A’raf: 26).
Berkenaan dengan perkara ini,saya pernah ditegur oleh seorang muslimah solehah yang baik beberapa minggu yang lepas.Muslimah tu cakap,lelaki juga sebenarnya tidak boleh pakai baju yang mengikut bentuk tubuh kerana bagaimana lelaki lihat kepada perempuan yang memakai baju yang ketat,sama juga seperti bagaimana perempuan lihat lelaki memakai baju ketat.Dia cakap dia tidak maksudkan saya tapi saya memang sentap la sebab memang saya selalu jugak pakai baju saiz s ni pergi kelas.Baju kemeja saya memang ada yang ketat betul jadi saya rasa saya patut terasa la.Jadi,kepada sahabat-sahabat saya,kalau boleh kita cubalah elakkan daripada pakai pakaian yang ketat.Saya tidaklah bermaksud kita perlu kenakan baju Melayu tiap-tiap hari tapi carilah baju yang sopan dan sejuk mata memandang.


Saya ingin berterima kasih kepada muslimah yang menegur saya tentang hal ini sebab memang saya tidak ambil peduli pasal hal ini dulu.Sekarang baru saya ada sedikit kesedaran.Terima kasih kepada si dia sekali lagi,mudah-mudahan jodoh kami dipertemukan.Eh,ke situ pulak ye?Kalau doakan benda baik,apa salahnya kan?teeheee..


.  
Mengenakan Pakaian Yang Menyerupai Pakaian Wanita


Di antara fitrah yang disyariatkan Allah kepada hambaNya iaitu agar lelaki menjaga sifat kelelakiannya dan wanita menjaga sifat kewanitaannya seperti yang telah diciptakan Allah. Jika hal itu dilanggar, maka yang terjadi adalah kerosakan hidup di masyarakat.
Dalam hadis shahih disebutkan:
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (HR. Al-Bukhari).
Sebagian ulama berkata, ‘Yang dimaksud menyerupai dalam hadis tersebut adalah dalam hal pakaian, berdandan, sikap, gerak-geri dan sejenisnya, bukan dalam berbuat kebaikan.’ Kerana itu, termasuk dalam larangan ini adalah larangan mendandan rambut, memakai anting-anting, kalung, gelang kaki dan sejenisnya bagi lelaki, sebab perkara-perkara tersebut adalah kekhususan bagi wanita.
Rasulullah bersabda:
“Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.” (HR. Abu Daud, Shahihul Jami’ , 5071) .
Mengenakan Pakaian Yang Tidak Menutup Aurat

Hmm..Inilah masalah terbesar kita pada hari ini iaitu memandang enteng terhadap soal menutup aurat ini.Perlu diingatkan sekali lagi wahai sahabat-sahabat sekalian,aurat lelaki adalah daripada pusat hingga ke lutut.Maka,paha adalah aurat.Setiap Muslim diperintahkan untuk menutup dan menjaga auratnya kecuali di depan isteri atau hamba sahaya.
Ketika Rasulullah SAW melihat sahabat Ma’mar tersingkap pehanya, beliau SAW bersabda:
“Wahai Ma’mar, tutupilah pehamu, kerana peha adalah aurat.” (HR. Ahmad).
“Jagalah auratmu kecuali dari isterimu atau hamba sahayamu.” (HR. Imam lima kecuali An-Nasa’i dengan sanad hasan).
Hari ini,kita boleh lihat sendiri berapa ramai lelaki yang tidak menjaga aurat mereka ketika di padang ataupun di tempat-tempat lain.Malah,seluar pendek yang tidak menutup aurat pun diiktiraf sebagai pakaian sukan yang sah di negara kita.Saya pun tidak faham kenapa semua ini boleh terjadi.Ingin saya tekankan juga di sini,aurat lelaki sesama lelaki adalah daripada daripada pusat hingga ke lutut jadi sesiapa yang mengatakan bahawa aurat lelaki sesama lelaki hanyalah kemaluan sahaja,sila cari ayat Al-Quran atau hadis yang menyatakan hal tersebut dan sila tunjukkan kepada saya.Aurat lelaki dengan lelaki adalah daripada pusat hingga lutut.Saya biasa duduk di asrama dan pernah terlibat dalam beberapa perkhemahan,jadi saya tahu ramai yang tidak mengambil berat tentang hal ini hingga ada yang mandi pakai boxer sahaja,lagi teruk hanya mengenakan seluar dalam dan berjalan ke sana sini tanpa ada perasaan malu.



Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua sahabat-sahabat saya di luar sana dan orang lain,marilah kita sama-sama menjaga dan menutup aurat kita.Kita mengata kaum wanita yang tidak menutup aurat,tetapi tanpa kita sedari kita juga sebenarnya 2x5 je.Ingat,aurat kita untuk dijaga hanya sedikit jika hendak dibandingkan dengan kaum wanita.Maka,jagalah amanah Allah SWT dengan sebaik-baiknya.
  Tidak memperhatikan masalah pakaian ketika masuk masjid.
Sebahagian orang yang akan menunaikan solat berjemaah tidak peduli dengan pakaian yang dikenakannya. Misalnya masuk masjid dengan mengenakan jenis pakaian sebagaimana disebutkan pada point keempat. Solat adalah untuk menghadap kepada Allah, kerana itu kita harus mengenakan pakaian yang bagus dan indah sebagaimana yang diperintahkan.
Allah berfirman:
“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid.” (Al-A’raf: 31).
Disunahkan pula agar kita memakai wangi-wangian ketika hendak ke masjid dan menghindari bau-bauan yang tidak sedap. Demikianlah yang dituntunkan dan dipraktikkan baginda Nabi SAW dan para sahabatnya yang mulia.

Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa.
Apalagi gambar orang-orang kafir, baik penyanyi, seniman, pembesar atau orang-orang terkenal lainnya. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa adalah haram, baik gambar manusia atau haiwan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Setiap tukang gambar ada di Neraka, Allah menciptakan untuknya (dari) setiap gambar yang dia bikin sebuah nyawa, lalu mereka menyiksanya di Neraka Jahannam.” (HR. Muslim).
“Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar-gambar.” (HR. Al-Bukhari).
Adapun gambar orang-orang kafir maka memakai atau menggunakannya mudaratnya akan semakin besar, sebab akan mengakibatkan pengagungan terhadap mereka.
Kesimpulannya,saya sekali lagi ingin tekankan di sini rakan-rakan lelaki saya sekalian bahawa kita perlu mengambil berat soal aurat ini,soal kita berpakaian dalam kehidupan seharian kita.Adakah mengikut syariat yang telah ditetapkan?Adakah tidak menimbulkan fitnah kepada kita?Dan yang paling penting ialah adakah mendapat keredhaan daripada Allah SWT.
Saya sebagai pelajar Asasi Undang-Undang,kami akan ada program Hari Kecemerlangan Asasi (HAKA) yang akan berlangsung lebih kurang 3 minggu dari sekarang.Jadi pada hari tersebut,dengan ada aktiviti futsal untuk pelajar lelaki dan bola baling untuk pelajar perempuan,kita akan boleh lihat dan nilai sendiri bagaimana pemakaian kita pada hari tersebut.Kepada pelajar perempuan Asasi,anda boleh lihat sendiri nanti bagaimana lelaki pujaan anda berpakaian,jika dia menutup aurat maka pilihan anda mungkin tepat.Tetapi jika sebaliknya,nasihatilah dia untuk berubah.Lelaki ni biasanya akan dengar nasihat daripada seorang perempuan.Dan,untuk pelajar lelaki,anda juga boleh lihat sendiri bagaimana calon isteri anda berpakaian nanti,kalau yang ada la.Yang tiada tu tidak mengapa.Tapi,bukannya saya bermaksud untuk menjadikan HAKA ni sebagai medan untuk mencari jodoh,tidak sama sekali.Ini hanya sebagai contoh terdekat.
Memang,kebenaran itu sememangnya pahit untuk diterima tetapi kita harus terimanya dengan hati yang terbuka.Segala kritikan atau nasihat orang lain kepada kita,perlu kita terima.Jangan marah terhadap teguran yang diterima kerana Saidina Umar Al-Khattab r.a pernah berkata,
"Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan mendengar nasihat"
Sahabat-sahabat,yang ingin ke syurga bukan hanya golongan ustaz ustaz,imam-imam ataupun ulama-ulama sahaja,tetapi kita juga ingin menuju ke syurga Allah SWT.Oleh itu,ambillah Islam secara keseluruhan,bukan hanya sebahagian.Marilah kita berbangga dan bersyukur kita dilahirkan sebagai Islam.Saya sayangkan anda.Sebagai rakan anda,saya tidak sanggup melihat anda melakukan kemungkaran.Sama-samalah kita memperbaiki diri kita,muhasabah diri kita kembali,apa tujuan kita hidup di dunia ini.Renung-renungkan wahai sahabat...
Kandungan entri ini saya ambil daripada Cahaya Islam dan saya ingin memberikan kredit kepada tuan punya blog tersebut.Mudah-mudahan kita beroleh kemenangan di dunia dan akhirat.Wallahu'alam...





Tuesday, January 10, 2012

10 Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah SWT



10 solat yang ditolak

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : 

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa : 

"10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Monday, January 9, 2012

Kita Adalah Sahabat...





Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku,

sahabat yang baik adalah sahabat yg seiring dengan teman nya,

menjaga nama baik teman nya , 

dan selalu ada untuk teman nya dalam keadaan sedih ataupun senang. 

Biar di dunia nyata atau maya. 

Kita adalah sahabat....

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika menziarahi kubur, yang bermaksud: 

“Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepada kamu semua wahai orang beriman. Dan sesungguhnya kami insya-Allah akan menyusul kamu. Lalu Nabi SAW bersabda: Aku teringin sangat melihat saudara kita. Sahabat bertanya: Bukankah kami adalah saudaramu ya Rasulullah? Rasulullah SAW bersabda: Kamu semua adalah sahabatku, sedangkan saudaraku ialah mereka yang belum datang. Aku adalah jaminan yang akan membawa mereka ke telaga. Sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah, bagaimana kamu mengetahui umatmu yang akan datang selepasmu? Rasulullah SAW bersabda: Bukankah kalian mengetahui mengenai seseorang yang memiliki kuda dengan tanda putih di dahinya di antara kuda yang sangat hitam? Apakah ia boleh mengenali kudanya? Para sahabat menjawab: Ya. Baginda SAW bersabda: Mereka akan datang pada hari kiamat dengan wajah yang putih cemerlang kerana bekas air wuduk.” 

(Hadis riwayat al-Nasa’i, Ibnu Majah, Malik, Baihaqi disahihkan oleh al-Albani)

Sunday, January 8, 2012

13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat



Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.?

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...