Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Wednesday, December 7, 2011

Kekosongan Jawatan:Semua Dikehendaki Hadir Tanpa Pengecualian


KEKOSONGAN JAWATAN:

a. Ahli syurga dari awal
b.Ahli neraka dari awal
c.Ahli neraka sementara kemudian akan dilantik menjadi ahli syurga
EMPAT GANJARAN LUMAYAN(KHAS UNTUK JAWATAN A):

1.Nikmat kubur
2.Perlindungan di padang Mahsyar
3.Keselamatan meniti titian Sirat
4.Syurga kekal abadi

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara langsung ataupun tidak langsung,bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur(Alam Barzakh)

KELAYAKAN:

*Anda tidak perlu membawa sijil-sijil.
*Anda tidak perlu membawa pingat,pangkat Dato' Seri atau Datin,diva,big boss,Anugerah Juara Lagu dan sebagainya.
*Anda tidak perlu membawa wang tunai,credit card atau harta yang banyak.
*Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik,make-up,hensem,macho,berbadan tegap atau seksi tahap maut.

~Sila bawa dokumen asal IMAN dan AMALAN.

PANEL PENEMUDUGA: Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1) Siapa tuhan anda?
2) Apa agama anda?
3) Siapa nabi anda?
4) Apa kitab anda
5) Di mana kiblat anda?
6) Siapa saudara anda?
CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa sahaja(mungkin sekejap lagi).Ia akan berlemah lembut dengan orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.Ia diberi nama Izrail.

Semoga kita semua berjaya dalam temuduga ini,Aamin Ya Allah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...