Assalamualaikum semuanya…Diharap kehidupan kita pada hari
ini mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT.Semoga hari ini lebih
baik dari semalam dan berharaplah kita supaya hari esok lebih baik dari hari
ini agar kita tidak tergolong dalam golongan yang celaka.
Hmm..Jadi kali ini saya ingin ceritakan pengalaman saya
ketika melawat Istana Kehakiman ataupun Palace of Justice.
Lawatan ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada kami
para pelajar Asasi Undang-Undang mengenai system kehakiman di Malaysia.Program
ini berlangsung dari 5 hb Disember hingga 19 Disember 2011.Kelas
saya,LWA02F,dijadual pada hari Rabu,7 hb Disember.
Oleh itu,macam biasalah,pelajar Undang-undang pemakaiannya
sudah tentu hitam putih dan bertali leher serta berbaju kurung bagi pelajar
perempuan.Kami berkumpul di Dataran Cendekiawan seawall pukul 7.45 pagi dan bertolak pada pukul 8.00
pagi.
Di atas bas.
Alhamdulillah,kami selamat tiba di Putrajaya dan terus
memasuki Palace of Justice.Perasaan saya pada ketika itu agak ‘excited’ sebab
bukan senang nak datang ke Palace of Justice ni.Sebab tu,malam sebelum tu saya
‘struggle’ pinjam kamera dari kawan saya.Konon-kononnya nak tangkap gambar la.
Jadi,kami diperkenalkan kepada pegawai Undang-undang yang
akan mengiringi kami sepanjang lawatan ini selama lebih kurang 3 jam.Kami
dibawa masuk ke bilik persidangan di mana kesemua peguam akan bersidang di situ
apabila ada sesuatu perkara.Kami menonton satu video yang menceritakan sejarah
undang-undang di Malaysia.Sempat juga saya menanyakan satu soalan berkenaan
‘common law’ ketika sesi soal jawab.
Di dalam bilik conference.
Kemudian,kami dibawa ke Perpustakaan Pejabat Ketua Pendaftar yang menempatkan beribu-ribu bahan rujukan untuk hakim-hakim serta
peguam-peguam.Semua buku kat situ tebal-tebal.Saya buku Introduction To Law 1
semester lepas yang nipis tu pun tak habis baca,inikan pulak yang tebal-tebal
ni.
Suasana di dalam perpustakaan.
Bilik media di dalam perpustakaan.
Tamat di perpustakaan,kami menuju ke Muzium Undang-Undang
yang mempamerkan bahan-bahan sejarah berkenaan undang-undang di Tanah
Melayu.Terdapat juga model ‘open court’ yang menunjukkan suasana ketika proses
di mahkamah dilakukan.Tapi,semua orang dalam ‘court’ tu adalah
patung-patung.Siap dengan pakaian masing-masing yang menunjukkan watak yang
dimainkan.
Model open court.
Haii pakcik jaga..Hehe..
Dan,kami pun dibawa oleh pegawai pengiring ke mahkamah yang
sebenar tetapi masa tu takde kes yang dijalankan la.Kosong je mahkamah tu masa
kami masuk.Pada awalnya,kami ditegur oleh pegawai tersebut kerana tidak ‘bow’
ketika masuk mahkamah.Sebab,’bow’ merupakan perbuatan wajib sekiranya seseorang
ingin masuk mahkamah.Jika tidak,seseorang itu boleh disabit menghina
mahkamah.Kami diterangkan mengenai posisi tempat yang terdapat dalam mahkamah
tersebut.
Ini bukan gambar tangkap.Sekadar gambaran suasana.
Akhirnya,sampailah saat-saat yang ditunggu iaitu kami akan
dibawa masuk ke mahkamah di mana mahkamah sedang bersidang.Saya sengaja tak nak
masuk awal-awal dan tunggu sampai ‘turn’ yang terakhir sekali.Taktik saya nyata
berhasil apabila pegawai tersebut membawa kami ke mahkamah persekutuan iaitu
mahkamah yang tertinggi sekali dalam sistem judisiari di Malaysia.Yang lain
yang awal-awal tu,diorang masuk mahkamah rayuan je.Hahaha.Kami lima orang je
yang murah rezeki dapat rasa masuk mahkamah persekutuan.
Kami berada dalam mahkamah tersebut dari mula hingga tamat
perbicaraan.Kiranya kami agak bertuah la.Tapi,memang bila tengok cara hakim-hakim
tiga orang kat atas tu bercakap memang kagum ar.Diorang punya
‘speaking’,perghhh,memang power giler ar.Psiko giler diorang kat atas tu.
Selepas perbicaraan tamat,kami pun keluar dan menuju ke
kafeteria Istana Kehakiman.Ye la,perut dah lapar ni.Kami yang paling lambat
keluar sebab dengar ‘the whole judgement’.Makanan kat kafe tu pun boleh tahan
la,takde la mahal sangat.Sedap pun sedap.
Mendengar taklimat dua pegawai pengiring.
Pukul 12.30 tengah hari,kami bertolak pulang ke UiTM dan
dala perjalanan pulang tu,satu kemalangan telah berlaku antara sebuah kereta
dan treler yang masuk surat khabar hari ni,8 hb.Kalau tak caye,cuba ‘check’
tengok.Dekat Banting.Kontena treler tu jatuh terbaring melintang atas
jalan.Abis ‘jammed’ jalan.Alhamdulillah,takde apa-apa yang terjadi kepada kami.
Dah tak sabar nak balik dah ni...
Pengalaman ke Istana Kehakiman ni memang sukar untuk
dilupakan dan saya memang bercita-cita untuk menjadi seorang pengamal
undang-undang yang akan menegakkan kebenaran dan bukan memandang kepada
kemewahan dan pangkat semata-mata.Insya-Allah.Semoga Allah SWT menguatkan iman
dan akidah saya agar tidak terpesong dari jalan yang benar.Amiin ya
Allah…Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment