Saidina Ali digelar gedung ilmu oleh Rasulullah SAW.Bukan sahaja beliau bijak dalam permasalahan agama namun ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu bahawa beliau juga seorang pakar Matematik.
KISAH KEDUA
Dua orang pengembara sedang duduk bersama-sama untuk menikmati hidangan roti.Pengembara pertama mempunyai 5 keping roti dan pengembara kedua mempunyai 3 keping roti.
Kemudian,datang seorang pengembara lagi,lalu diajak pengembara itu untuk makan bersama.Maka,seorang pengembara memotong setiap keping roti kepada 3 bahagian sama besar (8x3= 24).Oleh itu,seorang pengembara dapat menjamah 8 potongan roti (24/3=8).
Selesai menikmati hidangan roti tadi,pengembara ketiga meninggalkan mereka dan memberikan 8 dirham.Pengembara pertama ingin membahagikan 8 dirham itu.Memandangkan dia tadi berkongsi 5 keping roti,maka dia mengambil 5 dirham dan bakinya 3 dirham lagi diberikan kepada pengembara kedua yang berkongsi 3 keping roti.Tetapi,pengembara kedua tidak berpuas hati.Baginya,sepatutnya 8 dirham itu dibahagi dua antara mereka.4 dirham seorang.Lalu mereka pun bertengkar.
Akhirnya,masalah ini dibawa ke hadapan Saidina Ali.Saidina Ali menyuruh pengembara kedua menerima pambahagian yang dilakukan oleh pengembara pertama kerana sememangnya pengembara pertama lebih berhak mendapat lebih disebabkan dia berkongsi bilangan kepingan roti yang lebih.Namun,pengembara kedua masih tidak mahu mengalah.Maka setelah itu,Saidina Ali pun berkata,
"Sepatutnya anda hanya berhak mendapat satu dirham sahaja.5 keping roti pengembara pertama dicampur 3 roti kamu menjadi 8.
Kemudian anda potong setiap roti kepada 3 bahagian.Maka ada 24 keping roti(8x3).jadi roti anda bila dipotong tiga setiap satu menjadi 9 bahagian dan anda telah makan 8 bahagian.Lebih satu bahagian sahaja yang anda kongsi dengan pengembara ketiga.
Tetapi pengembara pertama,5 keping rotinya dipotong setiap satu menjadi 15 bahagian dan dia telah makan 8 bahagian.Bakinya 7 bahagian lagi dikongsi dengan pengembara ketiga itu.
Jadi sepatutnya pengembara pertama harus mendapat 7 dirham dan anda hanya patut mendapat 1 dirham sahaja."
Ikuti sambungan untuk kisah ketiga pada minggu hadapan...Hehe
No comments:
Post a Comment