Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Wednesday, November 16, 2011

Harap Maaf,Anda Tidak Membuat Sebarang Permohonan Ke Syurga.


Assalamualaikum semua...Alhamdulillah,saya dah berjaya dalam rayuan untuk dapatkan kolej untuk sem depan ni,sem kedua.Walaupun sebenarnya,memang kitorang budak-budak Asasi ni konfem dapat kolej tapi sebab tak anta kad aktiviti,pihak kolej buat kitorang ni suspen and cuak bagi pengajaran supaya lain kali ikut cakap..Haa,sebab tu la ade kawan saya yang die tulis 'MASIH DALAM PROSES' la,'PERMOHONAN GAGAL' la dalam borang rayuan kolej die.Pada hal,saje je tu pihak kolej nak kasi cuak.Sape suh tak anta kad aktiviti mase nak balik dulu.Haha.

Cumanya,saya terfikir bagaimana kalau nanti di akhirat,ketika kita dihisab oleh Allah SWT di mahkamah Allah SWT yang Agung,permohonan kita untuk ke syurga tidak diterima?Nauzubillah...Pada saat itu,tiada apa yang boleh selamatkan kita.

Kat dunia ni,kalau permohonan kita gagal atau ditolak,kita still boleh buat rayuan.Macam skang ni,dalam group Asasi saya tu,semua orang takut kalau-kalau tak dapat kolej untuk semester kedua.Ye la,kalau tak dapat kolej,susah la nanti.Takkan nak duduk kat luar.Nak ulang alik dari fakulti nanti jauh plak.Tapi,cuba kita fikir kejap...Kalau permohonan kita untuk ke syurga Allah SWT tak luluskan,maka bolehkah kita nak buat rayuan?Rayuan untuk kembali semula ke dunia untuk melakukan segala amal soleh?Maka,Allah SWT menjawab dalam surah As-Sajdah ayat 13,


Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah pertunjuk untuk beriman dan beramal salih kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah pertunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat) tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu "Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal salih)

Nauzubillah...Semoga kita semua dijauhkan daripada azab seksa api neraka yang bersangatan pedihnya yang tidak akan mampu ditanggung oleh kita.Oleh itu,hendaklah kita semua kembali kepada jalan Allah SWT untuk mendapatkan syurga Allah SWT yang telah dijanjikan untuk orang-orang yang beriman.Bagaimana untuk mendapatkan syurga Allah SWT?Rasulullah SAW telah bersabda,

عن أبي عبد الله جابر بن عبد الله الأنصاري رضي الله عنهما، أن رجلا سأل رسول الله فقال: أرأیت إذا صليت المكتوبات وصمت رمضان وأحللت الحلال، وحرمت الحرام، ولم أزد على ذلك شيئا، أدخل الجنة؟ قال نعم )) رواه مسلم. ومعنى حرمت الحرام اجتنبته، ومعنى أحللت الحلال فعلته معتقدا حله

Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a., رضي الله عنهما (beliau meriwayatkan): Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!

(Hadith riwayat al-lmam Muslim)

Tengok.Rasulullah SAW telah tunjukkan kita cara-cara untuk memperoleh syurga Allah SWT.Sudahkah kita laksanakan perkara-perkara tu?Betulkah solat kita selama ni?Ataupun kita ni solat pun ikut mood?Puasakah kita pada bulan Ramadhan?Adakah kita jaga halal dan haram?Yang tengah berseronok couple tu,yang pegang-pegang tangan,berpelukan tu,tanya balik haram ke halal ape yang kita buat tu?Kita remaja skang ni,terlalu bebas pergaulan antara lelaki dan perempuan.Sentuh-sentuh,cubit-cubit dah jadi kebiasaan antara lelaki dan perempuan.Astagfirullah al azim...Dah jelas haram tu.Berdosa besar kita ni...

Tambah pulak dengan bukak aurat tanpa segan silu.Yang lelaki,maen bola pakai short je.Yang perempuan,tudung tak pakai.Pakai baju yang keta-ketat.Ya Allah...Tak takut ke kita dengan azab Allah SWT?Tak takut ke kita dengan api neraka yang menyala-nyala?Sampai perintah Allah SWT kita pandang ringan,buat main-main je.Tu belum masuk bab hudud ape semua.

Itu menunjukkan bahawa betapa kita ni masih jauh dari layak untuk masuk syurga.Sedangkan Imam Syafie,pengasas mazhab Syafie,ulama besar,mengatakan bahawa beliau tidak layak masuk syurga.Abis,kita yang cap ayam ni,yang dosa seluas lautan,macam mana?Di akhirat,hanya ade dua pilihan.Syurga dan Neraka.Kalau kita tak boleh masuk syurga,ke manakah kita?Neraka......Nauzubillah...

Oleh itu,mohonlah kita kepada Allah SWT untuk dijauhkan dari api neraka.Sebenarnya,Allah SWT memberi kita pilihan sama ada nak masuk syurga atau neraka.Bila pilihan tu?Sekarang ni la!Masa kita ade atas dunia ni.Inilah saat kita untuk membuat pilihan sama ada untuk ke syurga atau neraka.Di akhirat,takde dah peluang untuk beribadat atau buat amal.

Itulah sedikit sebanyak peringatan atau tazkirah yang boleh saya kongsikan.Sebenarnya,diri yang menulis ni jauh lebih teruk daripada yang membaca.Maka,entri ini adalah peringatan untuk saya terutamanya dan juga orang-orang lain.Buatlah pilihan kita dengan bijak sementara masih berpeluang untuk membuat pilihan wahai sahabat-sahabatku.Janganlah kita di akhirat nanti diberi jawapan.

'HARAP MAAF,PERMOHONAN ANDA UNTUK KE SYURGA GAGAL'.

Semoga kita beroleh kemenangan di dunia dan akhirat.Insya-Alalh.Wallahualam...











No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...