Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Wednesday, November 30, 2011

2 Minggu Tanpa Kredit...Hadoii..


Assalamualaikum...Alhamdulillah.Minggu masuk minggu kedua saya kat UiTM untuk semester kedua ni.Dan minggu ni adalah minggu yang paling mencabar sebab minggu ni saya memang terpaksa berhati-hati ketika berbelanja.Tapi,memang sesuai pun dengan tema saya dan sahabat-sahabat saya untuk sem ni iaitu 'Kembali Dengan Lebih Matang.'Haha...

Tapi tu la,saya dah dua minggu takde kredit dalam henset tu..Phone saya sejak dua tiga menjak ni memang macam dah takde function macam sebuah henset biasa dah.Guna pun untuk tengok jam,pastu dengar lagu-lagu kejap-kejap.Sebenarnya,saya nak tepon umi saya kat Kelantan tu..Rindu giler wa cakap lu..Dah dua minggu tak dengar suara dia.Adoii..Memang redha ar.Nak pinjam kawan punye,segan la nanti.

Last-last sekali kena sabar jugak la tunggu duit asasi masuk,entah bila entah duit tu nak masuk.Budak-budak asasi kat sini dah nak jadi gila dah asyik duk buat ramalan bila tarikh duit tu masuk.Pedih betul nak tunggu tu.Tapi,kene terus bersabar la.Insya-Allah,Allah SWT bersama orang-orang yang bersabar.

First thing yang saya akan buat bile duit asasi tu dah masuk ialah top up and then call umi dan abah saya.Banyak benda nak citer ni..Haha.Pastu,second destination adalah KFC,DOUBLE ZINGER!!!Haha...Kalo saya buat status nak gi makan KFC mesti kakak saya kat UNIMAS tu akan pesan suh jimat jangan boros sangat.Alhamdulilah,beruntung saya daat kakak yang selalu bagi nasihat kat saya.

Walaupun lambat,tapi saya tetap nak wish selamat maju jaya kepada kakak saya Siti Munirah yang sedang amik STPM.Semoga dia berjaya mencapai cita-cita untuk menjejakkan kaki ke universiti.Insya-Allah...

Hmm...Rasenye tu je la setakat ni.Skang ni memang susah nak online.Internet pun lembab macam kura-kura.Tapi,sebelum mengundurkan diri saya nak cakap,

I REALLY MISS MY UMMI AND ABAH!!!! ^_^

Wallahu'alam..

Monday, November 28, 2011

Syurga Matlamat Utama


Jalan menuju syurga..

Bukanlah dihamparkan dengan permaidani merah..

Bukan juga dipenuhi dengan kemewahan..

Jalan menuju syurga adalah jalan yg penuh onak duri..

Yang disusuri pebagai dugaan dan tribulasi..

Yang penuh dengan perkara2 yang tak dijangka..

Sediakanlah diri kita dari semua aspect..

Internal dan external..

Serta jadikanlah syurga itu matlamat utama kita dlm mncari redhaNya..


~syurga matlamat utama~


Sunday, November 27, 2011

Khasiat Madu


Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Al-Quran mengiktirafnya sebagai "shifa",iaitu penyembuh penyakit.Ia adalah makanan kesihatan keseluruhannya.

Kandungan Madu
  • Vitamin,
  • Mineral,
  • Protein,
  • Antiseptik
  • Enzim

Kebaikan Madu
  • Menguatkan ingatan
  • Meningkatkan kecerdasan mental individu.
  • Merawat penyakit mental.
  • Menghindarkan kepenatan kerja otak.

Hadis Mengenai Madu
Rasulullah SAW bersabda:"Siapa yang ingin hafal,hendaklah dia minum manisan madu."
Waktu Pengambilan
Minumlah madu setiap hari 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

Mudah-mudahan kita semua beroleh faedah dan khasiat daripada madu ini.Insya-Allah

Saturday, November 26, 2011

Semoga Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam


Semoga fajar Muharram kali ini,
Memberi keinsafan dan kesyukuran,
Tika usai mimpi semalam,
Lalu azam pun bercambah,
Berhijrah ke arah kebaikan,
Mengharap rahmat Ilahi selamanya...

Salam Maal Hijrah dari NAS

Friday, November 25, 2011

5 Wasiat Nabi Muhammad SAW


Daripada Nabi Muhammad SAW,

"Pada waktu malam saya diisrakan sampai ke langit,pada saat isra tersebut Allah SWT telah memberikan lima wasiat kepadaku,antaranya:

  • Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
  • Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
  • Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
  • Putuskan harapan daripada sesama makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
  • Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu ada dalam qiyamullail.
Semoga kita semua beroleh kemenangan di dunia dan akhirat.Wallahu'alam

Thursday, November 24, 2011

Kembali dengan Lebih Matang


Assalamualaikum...Hmm.Sejak balik ke UiTM ni kurang sket masa untuk berblog sebab takde kemudahan internet.Bukan internet takde tapi sebab saya takde laptop,so payah ar sket nak update blog selalu.Ni pun online facebook kat Perindu Cyberzone.Alhamdulillah,still ade lagi alternatif.Ye la,takkan asyik nak pinjam laptop orang je manjang,nanti lama-lama orang pun naik meluat tengok muka ni.Dah la assignment sem ni lagi banyak,so susah ar sket nak pinjam.

Jadi,Alhamdulillah saya selamat sampai di UiTM pagi Ahad yg lepas.Dan,sem kedua ni saya berada di bilik 1418 bersama dengan 7 yang laen plus dua orang yang selalu lepak kat bilik saya.Mereka itu ialah Naim,Zaidi,Eli,Huzaimie,Azfarsyah,Azfar dan Nazreen.Sahabat baik saya sorang lagi Azri yang duk kat bilik 1421 kat hujung dunia tu,telah menjadikan bilik saya sebagai bilik utama beliau.Haha.

Minggu first ni tak banyak kelas lagi.Tengok jadual,memang lagi pack daripada sem lepas.Minggu first n second tutorial takde lagi so rilek ar sket.Kelas tak banyak.Lecturer pun ade yang tak masuk lagi.Cuma yang bestnye,boleh jumpa balik dengan budak-budak kelas saya.Kalo nak tahu,budak-budak kelas saya semuanya pandai-pandai.Bila tanya result,perghh!!!Banyak yang 3.5 ke atas yang budak-budak perempuan.Yang lelaki pun okay gak.Yang paling best kelas saya ni,budak-budak perempuan ramai yang baik-baik dan cantik.Haha.Dah la baik,cantik plak tu.Memang package ar.Hehe.

Untuk sem kedua ni saya,Azri dan Naim dah mempunyai azam baru dengan tagline 'Kembali Dengan Lebih Matang'.Haha.Sebabnya,sem lepas kitorang banyak buat benda-benda yang sengal dan membazir.Biasa,duit banyak.Hehe.Jadi,sem ni kitorang berazam untuk lebih matang ketika berbelanja dan untuk perkara lain.Semoga kitorang berjaya.Insya-Allah.

Tu je la ringkasan minggu pertama untuk semester kedua ni.Padahal minggu first tak abis lagi pun.Haha.Semoga kita semua berolah kemenangan di dunia dan akhirat.Wallahu'alam...

Monday, November 21, 2011

Tutup Atau Bungkus?


Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.

Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mne ko tau?
Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit?
Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la.
Aisyah: Ha? Cmne ko tau ni?
Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.

Situasi 2:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lg.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lg la salah.
Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mne aku nk tau. Malas la jwb.

Maka pilihlah TUTUP.... :-)

Saturday, November 19, 2011

Saidina Ali Pakar Matematik:Kisah 3


Saidina Ali digelar gedung ilmu oleh Rasulullah SAW.Bukan sahaja beliau bijak dalam permasalahan agama namun rasanya ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu bahawa beliau juga merupakan seorang pakar matematik.

KISAH KETIGA

Sebelum meninggal dunia,seseorang telah membuat wasiat:

"Saya ada 17 ekor lembu.Jika saya meninggal dunia,bahagilah unta-unta itu kepada 3 orang anak saya.Anak sulung saya,berilah dia 1/2 daripada bilangan unta saya.Anak kedua pula,berilah 1/3 daripada bilangan unta saya.Anak ketiga saya,berilah dia 1/9 daripada unta saya."

Setelah beberapa ketika,si pembuat wasiat itu pun meninggal dunia dan apabila anak-anaknya membaca wasiat yang ditinggalkan,mereka menjadi bingung.Macam mana nak bahagikan 17 ekor unta tadi.Maka mereka pun berjumpa dengan Saidina Ali.

Saidina Ali setelah meneliti isi kandungan wasiat,berkata:

"Aku akan pinjamkan kamu seekor unta saya.Maka,bilangan unta sekarang ada 18 ekor.

-Anak sulung dapat 1/2 daripada 18 ekor unta=9 ekor
-Anak kedua dapat 1/3 daripada 18 ekor unta=6 ekor
-Anak ketiga dapat 1/9 daripada 18 ekor unta=2 ekor

(9+6+2=17)

"Dan sekarang aku ambil balik unta aku."

Friday, November 18, 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti


Assalamualaikum...Alhamdulillah.Setelah hampir dua bulan saya tidak berjam tangan,akhirnya dengan keizinan Allah SWT,dapat la saya beli jam tangan baru.

Saya ni jenis yang takleh kalo takde jam.Jadi macam tak best plak.Taktau pehal.Kena ade jugak benda kat tangan.So,sebab tu bile abah saya bagi duit terus jam tangan dulu yang saya pegi cari.Penting jam tangan ni sebenarnya...

Tapi,ade cerita pasal jam tangan saya yang lama tu.Jam tu abang saya yang bagi tahun lepas.Warna merah semua.Adoii,saya ni bukan jenis yang suke tarik perhatian.Jam merah tu konpem2 dua kilometer orang dah boleh nampak.Tapi,sebab orang yang bagi,kita amik je la.Haha.Rezeki namanya tu.Alhamdulillah.

Yang peliknya jam tu,semakin lama dia semakin cepat waktunya.Mula-mula saya dapat tu okay lagi,tepat lagi.Duduk 2,3 hari tu dia jadi lambat 10 minit.Setakat awal sepuluh minit tu sya buat endah tak endah je la.Sampai mase saya keje part time bulan 3 tu,die jadi lambat sampai 20 minit plak.Haa,mase tu saya dah start boleh nampak dah pattern die.Sebab,malam-malam saya akan tunggu untuk time nak abis keje,so asyik tengok jam je la.Tu yang perasan tu.

Bila dah masuk UiTM,die dah jadi sampai 40,50 minit dah awal die.Yang masalahnya,empat-empat butang keliling jam tu,satu pun takleh nak tekan.Ape punye jam la.Haha.Tu yang kalo bangun pagi-pagi,saya kene pikir 2,3 minit baru tahu time tu pukul brp.Kawan-kawan say mase tengok jam saya,sume terkejut jadi gelabah tengok cepat sangat.Saya dengan tenang cakap,

"Lek lu,awal agi.Ko tolak 52 minit.Haha."

Satu lagi,lambat jam ni bukannye gune nombor senang-senang macam lambat 10,20,35 ke ape.Kadang-kadang jadi lambat 34 minit,46 minit la.Saya yang tukang tengok ni yang penat nak tolak balik.Haha

Tapi,saya redha je bile jam tu hilang.Saya tak tahu pun hilang kat mane and mase bile.Tahu tahu dah hilang.Redha je la.Tapi,saya bersyukur sebab dah ade jam baru.Alhamdulillah.

Semoga saya boleh jadi manusia yang lebih menepati masa dengan adenye jam ni.Insya-Allah.Wallahu'alam...

Wednesday, November 16, 2011

Harap Maaf,Anda Tidak Membuat Sebarang Permohonan Ke Syurga.


Assalamualaikum semua...Alhamdulillah,saya dah berjaya dalam rayuan untuk dapatkan kolej untuk sem depan ni,sem kedua.Walaupun sebenarnya,memang kitorang budak-budak Asasi ni konfem dapat kolej tapi sebab tak anta kad aktiviti,pihak kolej buat kitorang ni suspen and cuak bagi pengajaran supaya lain kali ikut cakap..Haa,sebab tu la ade kawan saya yang die tulis 'MASIH DALAM PROSES' la,'PERMOHONAN GAGAL' la dalam borang rayuan kolej die.Pada hal,saje je tu pihak kolej nak kasi cuak.Sape suh tak anta kad aktiviti mase nak balik dulu.Haha.

Cumanya,saya terfikir bagaimana kalau nanti di akhirat,ketika kita dihisab oleh Allah SWT di mahkamah Allah SWT yang Agung,permohonan kita untuk ke syurga tidak diterima?Nauzubillah...Pada saat itu,tiada apa yang boleh selamatkan kita.

Kat dunia ni,kalau permohonan kita gagal atau ditolak,kita still boleh buat rayuan.Macam skang ni,dalam group Asasi saya tu,semua orang takut kalau-kalau tak dapat kolej untuk semester kedua.Ye la,kalau tak dapat kolej,susah la nanti.Takkan nak duduk kat luar.Nak ulang alik dari fakulti nanti jauh plak.Tapi,cuba kita fikir kejap...Kalau permohonan kita untuk ke syurga Allah SWT tak luluskan,maka bolehkah kita nak buat rayuan?Rayuan untuk kembali semula ke dunia untuk melakukan segala amal soleh?Maka,Allah SWT menjawab dalam surah As-Sajdah ayat 13,


Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah pertunjuk untuk beriman dan beramal salih kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah pertunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat) tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu "Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal salih)

Nauzubillah...Semoga kita semua dijauhkan daripada azab seksa api neraka yang bersangatan pedihnya yang tidak akan mampu ditanggung oleh kita.Oleh itu,hendaklah kita semua kembali kepada jalan Allah SWT untuk mendapatkan syurga Allah SWT yang telah dijanjikan untuk orang-orang yang beriman.Bagaimana untuk mendapatkan syurga Allah SWT?Rasulullah SAW telah bersabda,

عن أبي عبد الله جابر بن عبد الله الأنصاري رضي الله عنهما، أن رجلا سأل رسول الله فقال: أرأیت إذا صليت المكتوبات وصمت رمضان وأحللت الحلال، وحرمت الحرام، ولم أزد على ذلك شيئا، أدخل الجنة؟ قال نعم )) رواه مسلم. ومعنى حرمت الحرام اجتنبته، ومعنى أحللت الحلال فعلته معتقدا حله

Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a., رضي الله عنهما (beliau meriwayatkan): Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!

(Hadith riwayat al-lmam Muslim)

Tengok.Rasulullah SAW telah tunjukkan kita cara-cara untuk memperoleh syurga Allah SWT.Sudahkah kita laksanakan perkara-perkara tu?Betulkah solat kita selama ni?Ataupun kita ni solat pun ikut mood?Puasakah kita pada bulan Ramadhan?Adakah kita jaga halal dan haram?Yang tengah berseronok couple tu,yang pegang-pegang tangan,berpelukan tu,tanya balik haram ke halal ape yang kita buat tu?Kita remaja skang ni,terlalu bebas pergaulan antara lelaki dan perempuan.Sentuh-sentuh,cubit-cubit dah jadi kebiasaan antara lelaki dan perempuan.Astagfirullah al azim...Dah jelas haram tu.Berdosa besar kita ni...

Tambah pulak dengan bukak aurat tanpa segan silu.Yang lelaki,maen bola pakai short je.Yang perempuan,tudung tak pakai.Pakai baju yang keta-ketat.Ya Allah...Tak takut ke kita dengan azab Allah SWT?Tak takut ke kita dengan api neraka yang menyala-nyala?Sampai perintah Allah SWT kita pandang ringan,buat main-main je.Tu belum masuk bab hudud ape semua.

Itu menunjukkan bahawa betapa kita ni masih jauh dari layak untuk masuk syurga.Sedangkan Imam Syafie,pengasas mazhab Syafie,ulama besar,mengatakan bahawa beliau tidak layak masuk syurga.Abis,kita yang cap ayam ni,yang dosa seluas lautan,macam mana?Di akhirat,hanya ade dua pilihan.Syurga dan Neraka.Kalau kita tak boleh masuk syurga,ke manakah kita?Neraka......Nauzubillah...

Oleh itu,mohonlah kita kepada Allah SWT untuk dijauhkan dari api neraka.Sebenarnya,Allah SWT memberi kita pilihan sama ada nak masuk syurga atau neraka.Bila pilihan tu?Sekarang ni la!Masa kita ade atas dunia ni.Inilah saat kita untuk membuat pilihan sama ada untuk ke syurga atau neraka.Di akhirat,takde dah peluang untuk beribadat atau buat amal.

Itulah sedikit sebanyak peringatan atau tazkirah yang boleh saya kongsikan.Sebenarnya,diri yang menulis ni jauh lebih teruk daripada yang membaca.Maka,entri ini adalah peringatan untuk saya terutamanya dan juga orang-orang lain.Buatlah pilihan kita dengan bijak sementara masih berpeluang untuk membuat pilihan wahai sahabat-sahabatku.Janganlah kita di akhirat nanti diberi jawapan.

'HARAP MAAF,PERMOHONAN ANDA UNTUK KE SYURGA GAGAL'.

Semoga kita beroleh kemenangan di dunia dan akhirat.Insya-Alalh.Wallahualam...











Monday, November 14, 2011

10 Perkara Yang Merosakkan Otak


1.TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI.

Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan.Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak.Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2.TERLEBIH MAKAN

Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik.Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan,menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak.Ini mengakibatkan mengantuk,malas dan hilang daya fokus.

3.MEROKOK

Asap rokok sangat berbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4.MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN.

Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi.Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5.MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR.

Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak.Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat berbahaya kepada otak.

6.TIDUR YANG BERLEBIHAN.

Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita.Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir sesorang.

7.TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA.

Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas.Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8.KURANG BERIMAGINASI

Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita.Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9.JARANG BERFIKIR.

Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif.Maka,selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10.TIDAK MEMBACA AL-QURAN.

Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah SWT.Membacanya akan memberikan banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak.Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

Saturday, November 12, 2011

Saidina Ali Seorang Pakar Matematik:Kisah Kedua


Saidina Ali digelar gedung ilmu oleh Rasulullah SAW.Bukan sahaja beliau bijak dalam permasalahan agama namun ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu bahawa beliau juga seorang pakar Matematik.

KISAH KEDUA

Dua orang pengembara sedang duduk bersama-sama untuk menikmati hidangan roti.Pengembara pertama mempunyai 5 keping roti dan pengembara kedua mempunyai 3 keping roti.

Kemudian,datang seorang pengembara lagi,lalu diajak pengembara itu untuk makan bersama.Maka,seorang pengembara memotong setiap keping roti kepada 3 bahagian sama besar (8x3= 24).Oleh itu,seorang pengembara dapat menjamah 8 potongan roti (24/3=8).

Selesai menikmati hidangan roti tadi,pengembara ketiga meninggalkan mereka dan memberikan 8 dirham.Pengembara pertama ingin membahagikan 8 dirham itu.Memandangkan dia tadi berkongsi 5 keping roti,maka dia mengambil 5 dirham dan bakinya 3 dirham lagi diberikan kepada pengembara kedua yang berkongsi 3 keping roti.Tetapi,pengembara kedua tidak berpuas hati.Baginya,sepatutnya 8 dirham itu dibahagi dua antara mereka.4 dirham seorang.Lalu mereka pun bertengkar.

Akhirnya,masalah ini dibawa ke hadapan Saidina Ali.Saidina Ali menyuruh pengembara kedua menerima pambahagian yang dilakukan oleh pengembara pertama kerana sememangnya pengembara pertama lebih berhak mendapat lebih disebabkan dia berkongsi bilangan kepingan roti yang lebih.Namun,pengembara kedua masih tidak mahu mengalah.Maka setelah itu,Saidina Ali pun berkata,

"Sepatutnya anda hanya berhak mendapat satu dirham sahaja.5 keping roti pengembara pertama dicampur 3 roti kamu menjadi 8.

Kemudian anda potong setiap roti kepada 3 bahagian.Maka ada 24 keping roti(8x3).jadi roti anda bila dipotong tiga setiap satu menjadi 9 bahagian dan anda telah makan 8 bahagian.Lebih satu bahagian sahaja yang anda kongsi dengan pengembara ketiga.

Tetapi pengembara pertama,5 keping rotinya dipotong setiap satu menjadi 15 bahagian dan dia telah makan 8 bahagian.Bakinya 7 bahagian lagi dikongsi dengan pengembara ketiga itu.

Jadi sepatutnya pengembara pertama harus mendapat 7 dirham dan anda hanya patut mendapat 1 dirham sahaja."

Ikuti sambungan untuk kisah ketiga pada minggu hadapan...Hehe

Thursday, November 10, 2011

Perjuangan Yang Singkat,Pulang Dengan Hampa


Assalamualaikum semua...Sebenarnya,hari Sabtu yang lepas iaitu pada 4 Nov sehari sebelum raya haji tu,saya ade masuk tournament futsal di KB Futsal Arena.Nama tournament tu KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA KELANTAN.

Takde niat pun nak masuk mula-mula tu sebab saya ni kat Kelantan team asyik tak cukup je.Hari tu,tiba-tiba ade kawan saya ni ajak masuk tournament ni,so saya pun ok je la sebab memang xde program ape pun.Kitorang masuk kategori bawah 20 tahun.Ye arr,kalo masuk yang terbuka memang habis arr kene lanyak.Lagipun,saya ni bukannye power pun maen,setakat boleh kene sepak bola tu jadi arr.Haha.

So,pagi Sabtu saya dgn kawan-kawan saya kumpul kul 7 pagi lagi.Saya pegi dengan kawan-kawan saya yang memang rapat dengan saya.Bile dah sume smpai,so kitorang pun gerak la ke KB Futsal Arena tu dengan perasaan yang agak cuak.Ye la,first time bro masuk tournament,mane tak cuak.Terbuka Kelantan pulak tu.Dah la kite ni memang tak power.

Sampai-sampai tu,nak kata kitorang ni memang la punye semangat,pagar tempat futsal tu pun tak bukak lagi!Haha..Memang kitorang tergelak.Sorang manusia pun tak sampai lagi.Kitorang 5 orang yang first sampai.Pastu,duk la kat situ macam sengal je tunggu orang lain sampai.

Dekat-dekat 8.30 pagi tu,dah ramai yang sampai.Penganjur buat pengumuman yang first match akan start kul 9.00 pagi.Kitorang,Coca Sona FC,ntah sape yang bagi name tu,satu kumpulan dengan Brembo FC n Kickers FC.First match kitorang lawan Brembo FC.

Mase first match tu,saya dengan sahabat baik saya,Irfan ni tak maen.Unfortunately,kitorang kalah 0-3 kepada Brembo FC.Perghh,memang takleh nak cakap ape ar.Sebab kite tak maen kan,taktau macam mane bile dalam gelanggang tu.Tapi,xpe la.Kitorang rilek dulu,bagi-bagi semangat kat teammates yang lain.Match kedua kul 1 petang tu.Memang jenuh nak menunggu.Saya pun ajak Irfan dengan Solhan pegi lepak kat Musalla.Dalam Musalla tu,saya buat ar kira-kira.Sebab ade 47 team yang masuk,group ade 16 so maknanya hanya group winner yang layak ke pusingan kalah mati.Saya dah start nak redha ar,sebab kitorang dah kalah sekali,so kene harap Brembo FC kalah ar dengan Kickers FC nnt.Kalo diorang seri or Brembo menang,maknanya kitorang bungkus awal ar.Saya ni dah struggle dah bawak baju,kain semua ingat nak solat Asar kat sini.

Kitorang target sampai separuh akhir,tapi manusia merancang Allah SWT jua yang menentukan.Brembo dengan Kickers seri 1-1,maka saya dah tahu dah kitorang memang dah kene balik awal.Last match lawan Kickers tu hanya untuk lengkapkan jadual je.Sebab last match kan,ingat nak menang ar,sekurang-kurangnya score goal ke ape ke.Tengok-tengok kalah 0-2.Dah la memang dah tahu tersingkir awal-awal,kalah pulak.Maknanya,kitorang tak score langsung dalam tournament tu,bolos 5 goal.Teruk tu.

Mungkin sebab Allah SWT nak tunjuk sebab ade dalam team kitorang ade yang tak tutup aurat mase main.Sedangkan menutup aurat tu merupakan perintah Allah SWT,kite tak ikut maka Allah SWT nak bagi peringatan kepada kita.Yang lebih sedih,saya tengok ade sorang tu pakai baju,kat belakang tu tulis "Membangun Bersama Islam".Tapi,aurat pun tutup.Keadaan tu memang telah jatuhkan maruah Islam.Sedih tengok remaja sekarang yang ambik mudah pasal menutup aurat ni.Sahabat-sahabat saya pun ramai yang tak tutup aurat lagi mase main.Bile tengok sahabat sendiri yang ingkar perintah Allah SWT,rase macam nak gugur je hati ni.Berkecamuk rasenye.

Ape pun,saya anggap kegagalan ni sebagai satu pengalaman untuk saya.Ye la,ni first time kot masuk tournament.Tapi rasenye,tak perlu nak kisah sangat pasal benda ni.Ni semua dunia semata-mata.Tak perlu nak rase kecewa.Nanti dalam kubur esok-esok kita takkan ditanya berapa gol kita score mase main futsal,tapi amalan kita.Main futsal sekadar untuk bersukan,niat kerana Allah SWT.

Lagi satu,sori sebab takde gambar tournament futsal tu.Saya dah suruh dah kawan saya Wan Irfan n Ahmad Irfan tu upload,sampai skang tak upload.last-last,search kat google je.Haha.Sebelum tu,saya nak ucapkan terima kasih kepada driver kitorang,Solhan yang sanggup bawak kitorang walaupun die tak maen,penyokong setia,Akram,sahabat-sahabat saya,Wan Irfan,Ahmad Irfan serta saya ingin mintak maaf kepada ahli kumpulan asal team Coca Sona,Pein,Piji,Epul dan Shuh sebab saya tak cukup bagus untuk maen dengan diorang.

Last-last sekali,sampai paling awal,balik pun yang paling awal.Haha.Jangan kata Asar,Zuhur pun kat rumah je.Wallahualam...

Wednesday, November 9, 2011

Keputusan Setimpal Dengan Usaha


Assalamualaikum buat semua...Hmm..hari ni nak citer pasal ape yek?Ok la,memandangkan hari tu saya baru dapat result untuk final exam asasi saya,so saya kongsi la dengan semua yang membaca blog ni.

Biasanya,ramai orang takkan kongsi pasal result exam ni dengan orang ramai sebab sama ada dia dapat tinggi ataupun dapat rendah.Ye la,kalo dapat tinggi nnt kalo post kat blog orang cakap poyo la,ape la pada hal die cuma nak kongsi je,bukan ape pun.Dalam kes saya ni,Alhamdulillah takde la teruk sangat.Boleh kata duk kat tengah-tengah la.Nak tengok result saya?Nah,amik...

BEL260 (INTERMEDIATE ENGLISH) :A-
BEL313 (INTRODUCTION TO CRITICAL THINKING) :B+
CSC134 (COMPUTER AND INFORMATION PROCESS) :B+
CTU081 (ISLAMIC STUDIES) :A
LAW012 (INTRODUCTION TO LAW) :A-
LAW016 (MALAYSIA SYSTEM OF GOVERNMENT AND POLITICS) :A-
LAW038 (LEGAL RESEARCH AND INFORMATION PROCESSING SKILLS) :B+

CGPA:3.55

Hmm...Camtu la result saya.Bile dapat result hari Jumaat yang lepas,4 November rase terkilan sket sebenarnya.Tapi,saya rase result ni memang setimpal dengan usaha saya.Ye la,study pun maen-maen,nak taknak je pastu nak expect 4 flat?Mane boleh bro...So,saya redha je and bersyukur la sebab sekurang-kurangnya lepas syarat-syarat minima tu.

Bila dianalisis result tu,nampak sangat lah saya ni masih tidak berapa critical dalam berfikir pastu lemah dalam information processing.Haha.Kene perbaiki tu next sem.

Bila saya tanya kawan sekelas saya,dengar citer ramai gak dapat tinggi-tinggi.3.7,3.8,3.9 tu memang ramai la.Saya ni memang selalu sekelas dengan budak-budak pandai.Dari dulu sampai sekarang.Haha.Kadang-kadang tu rase jeles la jugak tapi saya tahu diorang duk kat tahap tu sekarang bukan dengan goyang kaki tapi dengan usaha yang tinggi.So,saya kene contohi lah ape yang baik untuk memperbaiki kelemahan diri saya sendiri dan berusaha lagi untuk semester kedua.Wallahualam...

Tuesday, November 8, 2011

Saidina Ali Seorang Pakar Metematik:Kisah Pertama


Saidina Ali digelar gedung ilmu oleh Rasulullah SAW.Bukan sahaja beliau bijak dalam permasalahan agama namun ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu bahawa beliau juga seorang pakar matematik.Tak caye?Baca kisah ni....

KISAH PERTAMA

Pernah ada seorang Yahudi yang berniat ingin memalukan Saidina Ali di hadapan orang-orang Arab bertanya kepadanya satu soalan.

"Wahai Imam Ali,berikan aku satu nombor bulat yang apabila dibahagi dengan nombor satu hingga sepuluh,jawapannya akan tetap nombor bulat dan bukan nombor pecahan."

Saidina Ali menjawab,"Hitunglah bilangan hari dalam seminggu didarab dengan bilangan hari dalam setahun."

Yahudi itu pun mengira.Kemudian Yahudi itu menemui hasil seperti berikut:

-Jumlah hari dalam 1 tahun=360 (kalendar Arab)
-Jumlah hari dalam 1 minggu=7
-Hasil darab dua angka di atas=360 x 7=2520

Sekarang buktinya...

2520 /1=2520
2520/2=1260
2520/3=840
2520/4=630
2520/5=504
2520/6=420
2520/7=360
2520/8=315
2520/9=280
2520/10=252


Ikuti sambungan kisah kedua pada minggu hadapan.Hehe.Wallahualam...

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha Buat Semua


Assamualaikum buat semua.Salam Aidiladha.Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan rahmat dan kasih sayang-Nya dapatlah kita bertemu sekali lagi dengan Aidiladha.

Aidiladha ini juga biasa kita sebut Hari Raya Qurban dan Hari Raya Haji kerana umat Islam yang berkemampuan digalakkan untuk membuat korban haiwan sembelihan.Pada hari raya Aidiladha ini,kita disunatkan untuk bertakbir mukayyat iaitu takbir yang dikaitkan dengan solat setiap kali selesai solat fardhu atau solat sunat.Kita disunatkan takbir sebenarnya bermula dari 9 Zulhijjah hingga selepas solat Asar pada 13 Zulhijjah.

Hari Raya Qurban merupakan hari di mana kita memperingati pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s yang tidak ada tolok bandingannya.Rasenye,semua dah tahu kisah yang menakjubkan tu jadi tak perlu la saya ceritakan lagi.Jadi,kita seharusnya menghayati kisah tersebut bagaimana besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim a.s serta tingginya keyakinan baginda kepada Allah SWT.Oleh sebab itu,kita umat Islam digalakkan untuk membuat qurban bagi mengikis sifat sayangkan harta dalam diri kita dan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Oleh itu,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada sahabat-sahabat saya,Umar,Haikal,Muazzin,Batch of 060,kawan-kawan kelas F dan bilik 1414,sahabat sesosej,Azri dan Naim,abang Khairul Anwar,guru-guru STAR Ipoh dan semua yang mengenali diri ini. Semoga kita akan mendapat kemenangan di dunia dan di akhirat.Moga berbahagia semuanya di pagi Aidiladha ini.Wallahualam...

Thursday, November 3, 2011

Seksualiti Merdeka,Kita Mengundang Kemurkaan Allah SWT


Assalamualaikum...Pagi tadi,tengah saya 'iron' baju sambil mendengar siaran radio IKIM FM,hati saya menjadi panas marah apabila mendengar tentang isu Seksualiti Merdeka yang dikupas oleh kedua-dua DJ yang bertugas.Marah bukan sebab ape,sebab wujud di Malaysia golongan yang berada di tahap pemikiran lebih rendah daripada binatang dengan menyokong Seksualiti Merdeka ini.

Seksualiti Merdeka

Sebelum itu,mari kita kenal dulu apekah sebenarnya program jijik dan keji ini.Seksualiti Merdeka ini adalah program yang dilaksanakan oleh golongan lesbian,gay,biseksual dan transeksual(LGBT) atas alasan Hak Asasi manusia seharusnya dipertahankan.Sebenarnya,program yang terkutuk ini merupakan rancangan antarabangsa oleh persatuan golongan-golongan tersebut yang telah menyasarkan Malaysia,antara 12 negara Islam untuk meluaskan pengaruh mereka.

Program ini telah berlangsung bermula semalam sehingga 13 November,di mana kemuncaknya adalah konsert seorang ikon gay yang terkenal,penyanyi Elton John.Yang lebih menyedihkan,lebih kurang 20 NGO serta individu-individu yang menyokong aktiviti keji ini termasuk Majlis Peguam dan SUARAM.Seksualiti Merdeka ini membawa alasan bahawa golongan LGBT ini berhak mendapat hak mereka sebagai manusia.Dengan bertemakan "Queer Without Feer" mereka seolah-olah mahu menunjukkan kepada dunia bahawa mereka tidak berasa malu untuk melanggar fitrah manusia.Mereka meminta untuk diterima dalam masyarakat seperti yang telah berlaku di US.

Azab Allah SWT Kepada Kaum Lut

Allah SWT berfirman dalam surah Hud,

فَلَمَّا جَاء أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ

"Maka tatkala datang azab Kami,Kami jadikan negeri kaum Lut itu yang atas ke bawah (Kami balikkan), dan kami hujani mereka dengan (batu belerang) tanah yang terbakar secara bertubi-tubi."


Maka,kita boleh lihat bagaimana azab Allah SWT ke atas kaum Nabi Lut a.s yang melakukan homoseksual.Allah SWT mendatangkan azab yang nyata kepada mereka di dunia sebelum azab yang lebih pedih menanti mereka di akhirat kelak.Mahukan kita menjadi seperti ini?Kita perlu ingat,bahawa azab Allah SWT itu tidak datang hanya kepada mereka yang berbuat dosa itu,tetapi kepada semua penduduk di tempat itu.Seksualiti Merdeka ini sememangnya akan mengundang bala dan azab daripada Allah SWT andai tidak dibendung dengan segera.

Seperti yang dinyatakan di atas,golongan LGBT yang tidak berakal ini memberikan alasan Hak Asasi manusia sebagai hujah mereka untuk mendapat kebebasan mereka untuk melakukan kegiatan terkutuk mereka itu.Dalam Islam,hak manusia itu perlu dilihat dalam satu sudut yang terkawal.Ada perkara yang kita boleh buat,ada perkara yang telah dilarang oleh Allah SWT secara jelas.Dan,program ini sememangnya bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia.Malah,setiap agama juga melarang hubungan sejenis ini apatah lagi agama Islam yang suci.

Bersatu Menentang

Oleh itu,kita sebagai umat Islam seharusnya bangkit bersatu untuk menentang kegiatan-kegiatan tidak bermoral ini demi menyelamatkan umat kita yang semakin hari semakin hanyut dalam kesesatan.Kita bimbang ye,betapa banyak dugaan dan cabaran kita untuk mempertahankan akidah kita.Terlalu banyak ancaman dari luar dan dalam yang cuba merosakkan umat Islam sekarang khususnya di Malaysia kita ni.Jika kita hanya membiarkan sahaja perkara-perkara seperti ini berlaku di hadapan mata kita,maka tunggulah azab Allah SWT baik di dunia mahupun ahkirat.

Kita seharusnya kene lebih peka terhadap isu-isu yang dilihat boleh merosakkan akidah umat Islam di negara kita.Banyak keburukan jika Seksualiti Merdeka ini dibiarkan begitu sahaja.Saya rase la,diorang ni tak abis tadika kot ataupun tak sihat pemikiran sebab tu sampai jadi macam ni.Untuk tahu lebih lanjut mengenai isu ini,bolehlah layari laman web http://muafakatmalaysia.wordpress.com/2011/11/03/muafakat-bantah-festival-seksualiti-merdeka-dan-segala-bentuk-aktiviti-yang-mempromosi-dan-cuba-mengiktiraf-lbgt/#comment-266.

Moga-moga kita diberi keampunan oleh Allah SWT.Wallahualam...










Wednesday, November 2, 2011

Akhirnya....Alhamdulillah.


Assalamualaikum...Jeng,jeng,jeng...Haha.Rasenye pembaca semua dah tahu ape citer entri kali ni.Seperti gambar di atas,setelah 3 kali percubaan Alhamdulillah akhirnya saya berjaya mendapatkan lesen P tapi untuk motor baru,bukan kereta pun.Haha.Macam ape je kan?Setakat motor kecoh ape?Hehe..Kalo para pembaca masih ingat,saya pernah mengalami kekecewaan kerana gagal test motor kali kedua tu.Untuk mengetahui kisah tersebut,boleh la klik link ini...http://ngapi.blogspot.com/2011/10/aku-dikecewakan-sekali-lagi.html Tapi,walau apapun saya tetap bersyukur kerana Allah SWT telah memudahkan urusan saya.

Sentiasalah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT di atas segala nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita.Semoga kita beroleh kemenangan di dunia dan akhirat.Wallahualam...

Tuesday, November 1, 2011

Jom Heboh vs Jom Masjid:Sape Menang?


Assalamualaikum...Kalo sape-sape yg masih tak tahu bahawa pada hari Jumaat dan Sabtu lepas iaitu 28 dan 29 Oktober 2011,Jom Heboh telah diadakan di Kota Bharu Kelantan buat kali yg kedua rasaenye kalo tak silap saya.

Memang tak dinafikan bahawa penganjuran Jom Heboh di Kelantan lain daripada negeri lain kerana ade syarat-syarat perlu dipatuhi seperti memisahkan penonton lelaki dan wanita ketika konsert malah artis-artis wanita perlu memakai tudung untuk ape-ape aktiviti.Sama ade diorang ikhlas atau tak biarlah antara diorang dengan Allah SWT.Kita tidak layak untuk menilai seseorang kerana kita hanya hamba Allah SWT yg menumpang di bumi Allah SWT ini.Namun,ape yg boleh kita buat hanyalah menyeru kepada kepada mereka yg sudah tersasar supaya kembali kepada jalan Allah SWT.

Kita boleh lihat sendiri rasenya,bahawa betapa ramainye manusia yg telah pergi ke Jom Heboh tersebut.Tak kira la tua ke muda ke,lelaki atau perempuan semua ade.Rasenye dekat berpuluh ribu jugak la yg pergi ke Jom Heboh tu.Satu perkara yg konfem,mmg jammed la dekat jambatan tu.Kalo hari biase pun dah jammed,inikan pula time-time ade event camni.Memang berjam-jam la dalam kereta.

Mmg tak dapat dinafikan ye bahawa ade program Jom Heboh ni yg memberi manfaat kepada pengunjung seperti Program Al-Kuliyyah.Saya tengok la dalam tv,tak pegi pun sebab saya ni jenis yg tak minat pergi ke tempat yg sesak ramai orang.Lagipun,sakit kaki pun tak hilang lagi.

Krisis Jemaah

Namun,sekarang masyarakat kita sebenarnya sedang mengalami satu krisis.Krisis ni masalah yg besar la.Krisis itu adalah krisis jemaah muda di masjid.Kita sekarang ini kekurangan jemaah muda di masjid.Yg ramainye,jemaah pakcik-pakcik dan makcik-makcik yg sudah berumur.Persoalannya ialah,ke manakah menghilangnya jemaah muda kita?

Sedih jika melihatkan keadaan para remaja sekarang yg semakin hari semakin parah tenggelam dengan pengaruh dan gejala sosial.Imam Al-Maududi pernah berkata,

"Jikalau mahu melihat masa depan ummah,lihatlah para belianya."

Subhanallah,jika melihat keadaan sebilangan besar remaja kita pada hari ini maka sudah pasti kita akan diserang oleh kebimbangan yg amat mendalam.Remaja kita pada hari ini terlalu sukakan hiburan dan keseronokan.Ditambah dengan pengaruh dari luar seperti Korea ape sume tu,Jom Heboh kat atas tu pun termasuk sekali,lama kelamaan kita ni semakin hari semakin jauh dari Islam.Sedih saya apabila melihat ramai rakan saya yg terlalu sukakan bintang-bintang Korea yg menjadi trend masa kini.Kalo ditanya pasal Korea,semua benda boleh jawab.Tetapi,kalo lah kita ditanya pasal sirah Nabi,biodata Nabi Muhammad SAW mampukah kita jawab?

Kurangnya ilmu berkenaan Islam dalam diri remaja kita sekarang.Ade seorang rakan saya memberitahu pada saya pada bulan Ramadhan yg lalu,die ditanya oleh seorang rakan die macam mana solat terawih tu dilakukan.Saya bile dengar tu mmg rase sedih la,menunjukkan betapa para belia kita sekarang jauh daripada cahaya Islam.

Sepatutnya kita ni sebagai para pemuda dan pemudi Islam yang bertenaga dan mempunyai fikiran yang bernas harus bangkit untuk menegakkan syiar Islam.Kita sepatutnya berbangga dengan cara hidup Islam.Di usia saya ni,Sultan Muhammad Al-Fateh telah memimpin sebuah pasukan tentera yang besar untuk menegakkan agama Allah SWT.Malunya kita remaja zaman sekarang ni kalo nak dibandingkan dengan remaja-remaja zaman kegemilangan Islam.

Bila lihat masjid-masjid dan surau-surau yang kekurangan jemaah muda ni membuatkan saya rase sangat sedih.Sedih kerana masih ramai remaja seusia dengan saya,bahkan sahabat-sahabat saya yg masih belum memahami Islam dengan sebenar-benarnya.

Kita sebagai para belia,pemimpin masa akan datang seharusnya berusaha menuntut ilmu,serta mendalami Islam agar kita mempunyai benteng yang kukuh dan ampuh untuk menghalang segala cubaan dari luar yang cuba untuk merosakkan iman kita.

Diri yang menulis ni sebenarnya lebih teruk dari yang membaca.Saya anggap entri ini adalah peringatan kepada diri saya sendiri yang banyak kekhilafan ini terlebih dahulu.Mudah-mudahan beroleh manfaat dan kebaikan untuk kita semua.Semoga kita mendapat kemenangan di dunia dan akhirat.Amin.Wallahualam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...