Assalamualaikum...hari sabtu yg lepas kawan saya ajak maen futsal kat court futsal dekat-dekat dengan rumah saya.Saya ni,memang jenis kaki futsal dari dulu.Kat UiTM pun,selalu maen petang-petang.Sejak balik cuti hari tu,tak maen lagi futsal so memang excited la.Lama tak maen.Jadi,lepas maen tu dapat pulak idea untuk entri baru ni.
Memang kalo kita tengok skang pun,futsal ni memang popular lebih-lebih lagi dalam kalangan orang muda-muda ni.Orang tua pun maen futsal,lagi ar.Tapi,ape yang kita nak tumpukan kat sini adalah melibatkan semua sukan,tak kira futsal ke,bola sepak ke,tenis ke,badminton ke,ape-ape la.
Macam mana kita nak jadikan bersukan tu satu ibadah?Sebab,bila bercakap pasal ibadah ni dapat pahala la weii.Takkan kita semua taknak pahala?Islam itu syumul,merangkumi semua perkara dalam kehidupan kita.Ramai orang skang anggap Islam tu hanya dalam masjid,mase solat dan seumpamanya.Sebenarnya salah 'mindset' camtu.Islam adalah sempurna.Segala benda dalam kehidupan kita ni sebenarnya perlu mengikut syarak yang telah ditetapkan.Untuk bersukan ni,same la dengan yang laen.
NIAT
Yang pertama,niat kita mesti betul.Kita niat bersukan semata-mata kerana Allah SWT.Bukan sebab laen.Kita skang ni,maen sebab suke-suke,sebab nak menang la ape la.Memang betul kita maen untuk relaks-relaks je tapi niat utama tu tidak laen tidak bukan untuk Allah SWT semata-mata.
MENUTUP AURAT
Ni satu masalah besar skang ni.Saya cukup sedih bile tengok ramai dalam kalangan kita yang still amik mudah pasal bab menutup aurat ni.Bahkan,sahabat-sahabat baik saya pun ade yang tak tutup aurat.Memang sedih.Cukup sedih. Seolah-olah kita ni menafikan perintah Allah SWT.Bile ditanya kenapa taknak tutup aurat,diorang jawab panas la,susah la,macam-macam alasan.Eh abang-abang oii,dekat neraka tu lagi panas.Ni baru panas dunia.
Dalam al-Quran dah jelas sebut perintah untuk menutp aurat.Kenapa kita masih taknak ikut?Bukannya susah pun,kalo taknak pakai seluar trek panjang mase maen,beli la 'tight' yang panjang tu.Tak kisah la warna ape ke.Ramai pemain kebangsaan kita yang tak tutup aurat.Patutnya diorang ni la yang jadi 'role model' kepada budak-budak zaman skang ni.Yang tak pahamnya,stokin lengan tu boleh pulak pakai,nak pakai 'tight' lebih lutut tu pulak susah.Masalah-masalah.
Saya nak serulah kepada semua khususnya kawan-kawan saya baik di UiTM,Starian 060 or kat Kelantan,tutuplah aurat anda semua semasa bersukan.Tak susah sebenarnya,sahabat.Saya ni rase macam tak guna la jadi sahabat anda kalo saya tak tegur anda,sahabat-sahabat yang saya kasihi,untuk tutup aurat.Memang saya seronok maen futsal dengan sahabat-sahabat saya ni,tapi tu la,sedih bile tengok lutut-lutut diorang tu terdedah sana-sini.So kita boleh nampak ye,penghayatan masyarakat kita tentang Islam still rendah lagi.Sedarlah sahabat-sahabat...
So,tu la sikit sebanyak yang boleh saya kongsikan.Tak layak lagi rasenye nak huraikan lagi panjang sebab ilmu di dada belum pun senipis kulit bawang.Tapi,itu tidak menjadi halangan kepada saya untuk menyedarkan orang-orang di luar sana lebih-lebih lagi sahabat-sahabat saya.Tengok,kita bersukan pun boleh dapat pahala kalo dengan niat yang betul dan cara yang betul.Sebenarnya,ramai yang sedar pasal benda ni,khususnya bab tutup aurat tu.Tapi,ramai yang anggap tu sebagai benda biasa.Tu yang kite kene ubah.Wallahualam...
No comments:
Post a Comment