Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Sunday, February 20, 2011

MEMPERBANYAKKAN LIMA PERKARA


Assalamualaikum semuanya....kali ini cukuplah sekadar entri pendek untuk dikongsikan bersama.Sebabnya,jika entri panjang berjela tapi kita tidak membacanya maka semua itu akan menjadi sia-sia juga.Oleh itu,cukuplah sekadar sesuatu yang ringkas,tetapi padat.

Imam Syafie memberi wasiat lima perkara yang perlu kita diingati:-

  • Banyakkan menyebut Allah SWT daripada menyebut makhluk.
  • Banyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
  • Banyakkan menyebut dan mengingati hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
  • Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
  • jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan orang lain.
Demikian wasiat Imam Ghazali iaitu lima perkara yang elok disebut-sebut selalu bagi memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup.Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan umatnya berkenaan menggunakan lima kesempatan sebelum tiba lima bencana iaitu muda sebelum tua,lapang sebelum sibuk,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.

Sama-samalah kita mengambil pengajaran dan gunakanlah untuk meningkatkan kualiti kehidupan kita.Selamat beramal... ^_^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...