Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Thursday, February 24, 2011

CONTEST PILIHAN HATI WR


Haa...Nas nk try join contest pilihan hati WR ni.ni jawapan pilihan Nas...

Johan:PH5
Naib Johan:PH6
Ketiga:PH1

Err..kenapa Nas join contest ni ye?hmm,nas nak biasakan diri dengan dunia blog ni.sebab,Nas ni boleh dikatakan orang baru la dalam blogging ni...banyak lagi benda nas tak tahu.so,by joining this contest Nas boleh boleh rasa macam mana bestnye berblog ni...huhu.Siapakah gerangan WR ni ye?WR ni sorg yang berfikiran terbuka.suka berkongsi something yg baik dgn org-org lain.WR suka buat org di sekeliling WR jadi happy...betul x? ^_^

Sunday, February 20, 2011

MEMPERBANYAKKAN LIMA PERKARA


Assalamualaikum semuanya....kali ini cukuplah sekadar entri pendek untuk dikongsikan bersama.Sebabnya,jika entri panjang berjela tapi kita tidak membacanya maka semua itu akan menjadi sia-sia juga.Oleh itu,cukuplah sekadar sesuatu yang ringkas,tetapi padat.

Imam Syafie memberi wasiat lima perkara yang perlu kita diingati:-

  • Banyakkan menyebut Allah SWT daripada menyebut makhluk.
  • Banyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
  • Banyakkan menyebut dan mengingati hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
  • Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
  • jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan orang lain.
Demikian wasiat Imam Ghazali iaitu lima perkara yang elok disebut-sebut selalu bagi memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup.Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan umatnya berkenaan menggunakan lima kesempatan sebelum tiba lima bencana iaitu muda sebelum tua,lapang sebelum sibuk,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.

Sama-samalah kita mengambil pengajaran dan gunakanlah untuk meningkatkan kualiti kehidupan kita.Selamat beramal... ^_^

Monday, February 14, 2011

BELAJAR DAN MENGAJARKAN ILMU


Alhamdulillah....sejak seketika menyepi dari dunia blog kini Nas kembali semula.Oleh sebab sedikit kesibukan kebelakangan ini membuatkan Nas sukar untuk menulis.Oleh itu,kali ini Nas mahu berkongsi sedikit ilmu dengan semua pembaca mengenai adab-adab Taalim.

Sebelum itu,kita harus tahu apakah yang dimaksudkan dengan taalim.Taalim bererti menuntut ilmu.Ilmu yang sebenar-benarnya ialah ilmu yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.Tidak kira ilmu akhirat seperti tauhid ataupun ilmu dunia seperti ilmu sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ilmu ini mengajar kita akan kewujudandan kekuasaan Allah SWT yang tidak terbatas.

"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat,di samping ianya menjadi amalan para nabi,rasul dan orang-orang soleh."

-Imam Syafie-

ADAB TAALIM


  1. Berwuduk
  2. Sembahyang sunat dua rakaat sebelum majlis dengan harapan Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita untuk memahami,mengingati,mengamalkan dan menyampaikan.
  3. Pakaian bersih dan menutup aurat.
  4. Memakai wangi-wangian.
  5. Pandang mulut orang yang sedang membaca taalim.Anggaplah hadis-hadis yang kita dengar sebagai kata-kata Nabi Muhammad SAW yang datang dari mulut baginda sendiri.
  6. Apabila kita membaca taalim,ulang hadis yang kita baca hingga 3 kali supaya mudah dihayati oleh jemaah.
  7. Mendengar dengan penuh konsentrasi.Semasa para sahabat duduk dalam majlis taalim yang dikendalikan oleh Nabi Muhammad SAW ,mereka tumpukan sepenuh perhatian sehingga tidak mempedulikan burung-burung yang bertenggek di atas bahu dan kepala mereka.
Apabila kita menunaikan hak mendengar,Allah SWT memudahkan tiga perkara iaitu:-
  • Allah SWT memudahkan ilmu masuk ke dalam hati kita.
  • Alalh SWT mudahkan kita memahami apa yang didengar.
  • Allah SWT mudahkan kita bercakap tentang ilmu tadi apabila diperlukan.
8. Anggaplah hadis ataupun ayat Al-Quran yang kita dengar itu seolah-olah itulah kali pertama kita mendengarnya.
9. Duduk rapat-rapat supaya syaitan tidak mencelah antara kita dan Allah SWT satukan hati dan wujudkan sifat kasih sayang anrata kita.Semasa para sahabat duduk dalam majlis yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW,mereka duduk rapat-rapat sehingga daun yang gugur daripada pokok tidak jatuh ke tanah,tetapi ke riba dan bahu mereka.
10. Sebaik-baiknya,duduk dalam posisi tahiyat awal.Kalau boleh,lutut kita bertemu dengan lutut si pembaca taalim.Kalau penat dalam keadaan tahiyat awal,boleh berubah kepada posisi tahiyat akhir.Kalau tidak mampu,bolehlah duduk bersila.Cara duduk begini yang ditunjukkan oleh Malaikat Jibril semasa datang kepada Nabi Muhammad SAW dan mengajukan beberapa soalan kepada baginda dengan disaksikan sendiri oleh para sahabat.
11. Apabila disebut nama Allah SWT,kita sambut dengan Allahu azza wajalla atau Allahu Jalla Jallaluhu atau Subhanallah.
12. Apabila disebut nama Nabi Muhammad,hendaklah kita berselawat ke atas baginda.Malaikat melaknat orang yang tidak berselawat apabila nama baginda disebut.
13. Apabila disebut nama para sahabat ataupun sahabiah,kita sambut dengan RadhiAllahu Anhu ataupun Anha.
14. Apabila disebut nama orang-orang alim seperti tabiin,imam-imam besar dan sebagainya,kita sambut dengan Rahmatullah Alaih.
15. Apabila disebut nama musuh-musuh Allah SWT seperti iblis,Firaun,Abu Lahab dan sebagainya,kita dibolehkan menyambut dengan Laknatullah Alaih.
16. Rasa gembira apabila disebut tentang syurga dan takut apabila disebut tentang neraka.Kalau tidak boleh,cuba paksa.
17. Jangan mengganggu perjalanan majlis seperti berbual-bual ataupun bersalaman apabila datang lewat.
18. Menghadiri majlis taalim adalah lebih baik daripada melakukan ibadat-ibadat sunat yang dilakukan bersendirian.Seandainya kita datang ke masjid dan mendapati majlis taalim sedang berlangsung,kita digalakkan duduk dalam majlis taalim itu.
19. Taazem bil qalbi iaitu memuliakan dan membesarkan majlis dalam hati.
20. Tashdiq wa yaqin iaitu membenarkan dan meyakini yakni percaya akan segala yang didengar.
21. Tabligh wa amal iaitu mempunyai niat untuk menyampaikan dan mengamalkannya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...