Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Tuesday, February 28, 2012

Kalau Tak Dipecahkan Ruyung,Masakan Dapat Sagunya.

Assalamualaikum semua.Kalau anda perasan,agak lama saya tidak kongsikan apa-apa yang berfaedah di sini.Memang,saya sekarang boleh dikatakan berada dalam keadaan yang agak teruk.Tidak perlu untuk saya ceritakan rasanya bagaimana teruk itu.Jadi kali ini saya tidak mahu menulis banyak.Cukuplah gambar-gambar ini untuk menjelaskan bagaimana keadaan saya sekarang.






"Ya Allah,permudahkanlah urusan aku di dunia dan akhirat."

"Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati,tetapkanlah hati ini sentiasa teguh di jalan agama-Mu"





Saturday, February 25, 2012

Selamat Hari Lahir Adikku...

Assalamualaikum semua.Entri yang lepas pasal hari lahir sahabat saya bukan?Entri kali ini pun berkenaan dengan hari lahir.Hari lahir siapa pula kali ini?Jeng...Jeng...Jeng...Selamat hari lahir kepada adik saya Atikah binti Ab Rahman!!!!!


Tapi,minta maaf la sebab lambat.Hari lahir adik saya ni sebenarnya 24 hb Februari tapi sebab terlalu sibuk dua,tiga hari ni jadi baru hari ini ada kesempatan nak ucapkan selamat hari jadi.Sori ye dik..Adik saya sekarang  belajar di Sekolah Menengah Sultan Ismail Petra,kot...Dia bakal menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini.Saya ada 3 orang adik dan Atikah adik saya yang kedua.Atikah ni,dalam adik-beradik saya tujuh orang tu,saya tengok dia la yang paling rajin dalam bab-bab belajar ni.Balik rumah (dia sekolah asrama),belajar je kerja dia.


Jadi,saya nak ambil peluang ini untuk nasihatkan adik saya ni,supaya belajarlah elok-elok ye dik...Jangan jadi macam abang kau ni,malas..hehe.Then,sebelum buat apa-apa,ingat apa yang umi pesan,ingat apa pengorbanan abah selama ni.Junjunglah Islam dalam hati.Laksanakan semua perintah Allah SWT.Semoga Allah SWT mempermudahkan urusanmu di dunia dan akhirat dan semoga mendapat kemenangan di dunia dan akhirat.Insya-Allah.


Thursday, February 23, 2012

Sanah Helwah,Sahabat...

Assalamualaikum semua.Saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada sahabat baik saya yang memerangkap ketua iaitu Ahmad Azri bin Abdullah.


Di UiTM,saya mempunyai beberapa orang sahabat yang memang rapat dengan saya dan salah seorang daripada mereka ialah Ahmad Azri.Dia memang seorang sahabat yang baik serta seorang ketua yang sangat berkaliber.Saya bangga kerana dapat bertemu dan bersahabat dengan dia.Owh,Ahmad Azri merupakan bekas Ketua Pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah (MOZAC) dan sekarang menyandang jawatan sebagai Ketua Wakil Pelajar Asasi Undang-Undang. Semoga Allah SWT memberkati kehidupan beliau serta dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.Amin...

Inilah dia Ahmad Azri kita..Amacam?Hot takk?Haha..Jangan main-main,dah berpunya ni..Huhu


Sunday, February 19, 2012

Wanita



Kau digelar sebagai penyeri dunia

Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 

Monday, February 13, 2012

12 Barisan Di Akhirat








12 BARISAN DI AKHIRAT..
AGAK AGAK KITA BARIS YANG MANA??.. ALLAHU AKBAR...


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya;


“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
“Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”
Surah an-Naba’:18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab:”Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.

“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”

Jika SAHABAT SEKALIAN mahukan kemesraan dengan Allah, maka GARANGLAH terhadap dirimu sendiri. Jika SAHABAT SEKALIAN merasakan manisnya berhubung dengan Allah.. tahulah KALIAN betapa peritnya berpisah denganNya….









Semoga kita beroleh kemenangan di dunia dan akhirat.Wallahu'alam...

Hukum Lelaki Memakai Cincin Suasa



UNTUK LELAKI.. HARAM DAN BERDOSA SEKIRANYA MEMAKAI EMAS.. SEBAGAI PERHIASAN DIRI ATAU MENUNJUK.. CINCIN, GELANG, RANTAI DLL.. DUIT BANYAK??
Sedekah takpun BELI DINAR EMAS.. Haa itu diizinkan syara'..

SOALAN:
Assalamualaikum Ustaz. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ustaz.

JAWAPAN:
Waalaikumussalam. Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:

1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%

Logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga.

Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan HARAM bagi orang-orang LELAKI.

Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.



Wallahu'alam...

Saturday, February 11, 2012

JOM KE NERAKA




Hari Valentine semakin menghamipiri. 
Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata. Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati….

Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali
14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya.

Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan ‘supercalis‘ bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

SAMBUT VALENTINE?? TEMPAH TIKET KE NERAKA!!!!



Untuk mengetahui dengan lebih lanjut,rujuklah penjelasan JAKIM tentang Hari Valentine,sila Klik Sini...

Friday, February 10, 2012

SIMPTOM-SIMPTOM DIGANGGU JIN



PERNAH RASA SEPERTI DIPERHATIKAN WALAUPUN TAKDE ORANG....
Waktu lain OK tapi bila DENGAR ALQURAN mengantukk....
JOM SCAN DIRI KITA.. KOT ADA SOMETHING BERDAMPING..

INI ADALAH SIMPTOM2 ANDA DIGANGGU JIN...

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.

6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.

16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.

21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.

31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.

36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila

Tuesday, February 7, 2012

Cara Sengal Untuk Cover MALU : MALU PUNYA PASALL...

Assalamualaikum semuanya.Hari ini mari kita bergelak ketawa sedikit kerana saya ada sesuatu yang saya rasa agak menggelikan hati saya ketika membacanya...Nak tahu apa? Nah, layan ni....



Cara Sengal Untuk Cover MALU
1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?.



Sekadar untuk perkongsian.Wallahu'alam..

Monday, February 6, 2012

Air Mata Seorang Lelaki...Bila Ia Jatuh...




Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul





SALAM KASIH DAN RINDU KAMI PADAMU YA RASULULLAH..!!!

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Salam AtasMu Ya Rasulullah SAW,
Salam atasmu Wahai Perhiasan Para Nabi,
Salam atasmu Wahai Nabi Yang Paling Bertaqwa,
Salam atasmu Wahai Nabi Yang Paling Suci,
Salam atasmu daripada Tuhan empunya langit,
Salam atasmu selama-lamanya tanpa kesudahan,
Salam atasmu Wahai Ahmad Kekasihku,
Salam atasmu Wahai Thoha Penawarku,
Salam atasmu Wahai Kasturi dan Wangianku,
Salam atas Ikutan Yang Paling Utama,
Salam atas Nabi Yang Dimahkotakan Dengan Kemuliaan,
Salam atas Nabi Yang Dinaungi Awan,
Salam atas Nabi Pemberi Syafaat Pada Hari Kiamat.

Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÙˆَÙ…َÙ„َائِÙƒَتَÙ‡ُ ÙŠُصَÙ„ُّونَ عَÙ„َÙ‰ النَّبِÙŠِّ ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا صَÙ„ُّوا عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ُوا تَسْÙ„ِيمًا

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.

[Al-Ahzab: 56]










Thursday, February 2, 2012

11 Orang Yang Mendapat Doa Malaikat



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.



Subhannallah.Tidak mahukah kita mendapat doa daripada malaikat?Ayuh laksanakan semua perkara di atas.Insya-Allah akan beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.Wallahu'alam.

Wednesday, February 1, 2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...