Yang Setia

Sekadar Penghibur Hati

Sunday, May 30, 2010

Kekalahan Dalam Piala Muhibah






Tahun ini,sekali lagi pihak BADAR(Badan Dakwah Dan Rohani) Sekolah Tuanku Abdul Rahman menganjurkan Piala Muhibah.Pertandingan ini disertai oleh semua rumah sukan di STAR dan rumah Merah juga tidak terkecuali dalam memasuki pertandingan yang dianggap berprestij di STAR.Objektif Piala Muhibah ini diadakan ialah untuk menggalakkkan para pelajar supaya bersukan dengan menutup aurat di samping bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Kami,rumah Merah berada dalam kumpulan yang disifatkan sebagai Kumpulan Maut bersama rumah Putih dan Kuning.Kedua-dua rumah ini memang terkenal dengan sukan disebabkan ramai atlet.Walaupun begitu,kami tetap tabah menghadapi sebarang dugaan dan cabaran.

Perlawanan pertama menentang Rumah Kuning yang dipenuhi oleh pemain wakil sekolah.Namun,kami tetap berjaya mengikat mereka 1-1 walaupun kami mendahului permainan buat jangka masa yang lama.Perlawanan kedua pula menentang rumah Putih.Walaupun ketiadaan pemain 'bintang' tetapi rumah Putih berjaya menundukkan kami 1-0.

Congakan strategi telah dibuat untuk memastikan kami layak ke pusingan separuh akhir.Dalam perlawanan ketiga,sekali lagi kami berhadapan dengan rumah Putih.Kali ini,mereka menampilkan kesebelasan terkuat.Kami mendahului pada separuh masa yang pertama.Mereka akhirnya berjaya mengikat kedudukan setelah bertungkus lumus menyerang.Namun,kami berada di depan sekali lagi.3 minit sebelum perlawanan tamat,rumah Putih berjaya mencari gol penyamaan menerusi gol jarak jauh yang membuatkan penjaga gol kami terkapai-kapai.Keputusan seri ini bermakna kami mesti menang dalam perlawanan menentang rumah Kuning.

Perlawanan ini menentukan hidup mati rumah Merah dalam kejohanan ini.Kami bermain bersungguh-sungguh namun kebuntuan mencari gol dan akhirnya rumah Kuning layak ke pusingan separuh akhir menerusi gol sepakan percuma oleh Akmal yang juga penjaring terbanyak kejohanan.Kami akur dengan keputusan itu dan terpaksa mengakui bahawa kekalahan itu sememangnya pahit.

Kekalahan ini mengajar kami bahawa semangat perpaduan dan kerjasama dalam sesuatu pasukan itu amat penting.Semangat dan komitmen yang tinggi terhadap pasukan juga amat diperlukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...